Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

13 August 2021

Review Kitsui WhiteBerries BB Beaute Dan Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Assalamualaikum dan hai, 

Apa khabar PKP anda? Sabar ye walaupun masih kena duduk rumah. Qiss perasan juga sejak pkp ni memang jarang nak cuci muka dengan cuaca panas lagi kan. Senang pula naik jerawat bila pakai mask keluar rumah. 

Cari punya cari minuman yang sesuai untuk kulit muka berjerawat ni dan jumpalah Qiss dengan satu produk dari Kitsui iaitu Kitsui WhiteBerries BB Beaute.  Manakala untuk kesihatan pula Qiss ambil Kitsui Fedloss Fibre D'tox.

Kitsui WhiteBerries BB Beaute dan Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Kitsui WhiteBerries BB Beaute


Bebas bahan-bahan berbahaya

Kitsui WhiteBerries BB Beaute ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau. Jadi memang terjamin la produk Kitsui ni. Sebab tu Qiss berani cuba untuk atasi masalah kulit. Selalunya Qiss akan gunakan set penjagaan wajah tapi kali ni Qiss cuba produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute.  Menjadi. Jerawat mengecut dan tak naik merah-merah bila keluar pakai mask. Seronok sangat tengok kulit muka sekarang. 

Selain itu produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit seperti:

1. Jerawat

2. Pigmentasi

3. Liang roma besar dan parut jerawat

4. Lingkaran gelap bawah mata

5. Kedutan mata dan kedutan senyuman

6. Tona kulit tidak sekata

7. Kulit kering

8. Kulit kusam

Fungsi Kitsui WhiteBerries BB Beaute:

Vitamin C

1. Membantu meningkatkan penyerapan zat besi

2. Pembentukan kolagen

3. Mencantikkan kulit

Vitamin E

1. Melindungi daripada radikal bebas

2. Antioksidan membantu melambatkan tanda-tanda penuaan

3. Mencerahkan dan melembapkan kulit

Vitamin A

1. Menjadikan kulit lebih sihat

2. Penglihatan lebih baik

Kitsui WhiteBerries BB Beaute

Terdapat 6 jenis beri-beri terpilih yang kaya dengan antioksidan aktif iaitu:

Beribiru

- raja antioksidan

Dipilih oleh time magazine antara buah-buahan superfood yang disyorkan.

Kranberi

- juga dikenali sebagai buah rubi

- kaya dengan antosianin 

Strawberi

- kandungan vitamin C lebih banyak daripada buah oren

Rasberi

- kaya dengan flavonoid dan magnesium 

Plum

- kaya dengan serat dan potasium

Anggur

- kaya dengan serat, vitamin K dan B6

Produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini juga dibuat dengan formulasi terkini dari Korea. Menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol. Teknologi dan buah yang digunakan adalah dari Itali.

Testimoni Kitsui WhiteBerries BB Beaute


Ramuan Semulajadi untuk anda

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.

Anda akan kelihatan Cantik Semulajadi 

Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Muka dah cantik, jerawat tak naik tapi sejak pkp ni Qiss asyik lapar. Makan 5 kali sehari sebab Qiss jenis cepat lapar tapi makan sikit. Masalahnya Qiss susah nak membuang air besar. Kadang 4 kali sehari, memang risau jugalah. 

Ada kawan cadangkan minum Kitsui Fedloss Fibre D'tox sebab dia pun dah cuba dan nampak perubahan.  Senang nak membuang air besar katanya. Dalam seminggu Qiss cuba Kitsui Fedloss Fibre D'tox. Malam sebelum tidur memang Qiss minum sebab senang je nak buat air ni, sediakan air sejuk atau air suam 150ml, tuangkan dalam cawan 1 sachet Kitsui Fedloss Fibre D'tox, goncangkan sehingga larut, kemudian minum. 

Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Dua tiga hari lepas minum memang nampak perubahan. Qiss senang nak buang air besar, badan rasa segar bila bagun pagi dan terus buat kerja, takda nak badmood sepanjang hari.

Rupanya badan terlebih toksin. Tanda-tandanya ialah:

1. Masalah kulit

2. Mulut berbau

3. Bau badan

4. Cepat letih

Kadang-kadang disebabkan oleh masalah pencernaan. 

1. Suka makanan berlemak

2. Kurang makanan serat

3. Tiada masa bersenam

4. Kurang minum air

5. Makan berlebihan.

Kitsui Fedloss Fibre D'tox dirumus khas buat mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Mengandungi buah-buahan seperti epal, kiwi, oren, avocado, tomato, lemon dan nenas. 

Selain itu, bahan-bahan lain ialah acacia gum, psyllium husk(sekam beras), senna dan teh hijau. Bahan-bahan ini membantu melancarkan sistem penghadaman, mengekalkan kesihatan usus dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Bebas bahan-bahan berbahaya

Kitsui Fedloss Fibre D’tox ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau

Daripada testimoni yang diterima, ada juga yang menurunkan berat badan setelah penggunaan Kitsui Fedloss Fibre D'tox. 



Anda bila lagi nak cuba. Produk Kitsui Fedloss Fibre D'tox dan Kitsui WhiteBerries BB Beaute dijamin halal tau. 

Harga bagi Kitsui WhiteBerries BB Beaute anggaran 1 sachet sehari ialah RM 1.78 manakala Kitsui Fedloss Fibre D'tox ialah RM 1.60 sehari.  Dengan penggunaan yang disyorkan anda akan dapat melihat perubahan pada diri anda.

Bagi yang ingin mendapatkan produk ini, boleh ke farmasi berdekatan ataupun beli secara online.

Jom ikuti laman media sosial rasmi Kitsui

Instagram : 

https://instagram.com/kitsuimalaysia

Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Website :

https://kitsui.com.my/

#kitsui 

#kitsuimalaysia

#tipskecantikankulit

#kulitsihat


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com