Jatuh dan bangun merupakan asam garam kehidupan. Sebelum memulakan empayar jualan sabun, Nurul Hasrah bekerja sebagai kelindan lori menemani suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori. Seawal 4.30 pagi mereka keluar mencari rezeki dan pulang kerja 1.30 pagi bagi melengkapkan perjalanan menurunkan barang ke 45 buah kedai setiap hari kerana hasil komisen mereka bergantung pada jumlah tan. Penat mengejar trip akhirnya pasangan ini berhenti.
Usahawan Sabun Dolive Nurul Hasrah dan suami |
Melalui modal simpanan sebanyak RM400, pasangan ini mencuba nasib untuk menjadi pengedar jualan sabun kerana sabun dilihat sebagai satu barangan wajib yang perlu ada di setiap premis dan kediaman tidak kira penggunanya berbeza latar belakang kerjaya, pendapatan, tinggal di ibu kota atau di kampung serta berkeluarga ataupun individu bujang. Berdepan dengan masalah teknikal yang diabaikan oleh pihak pengurusan atasan di ibu pejabat, pasangan yang berkahwin pada usia semuda 20 tahun itu tekad mengundur diri dengan membuat perancangan sendiri membina syarikat baharu yang dinamakan Fresh Expert Sdn. Bhd. (Fresh Expert) pada tahun 2018.
Sabun Dolive Empat Dalam Satu |
Ilmu bisnes yang ditimbanya selama ini tidak akan dipersiakan begitu sahaja dan inilah platform terbaik untuk merealisasikan impian mereka menjadi usahawan sabun berjaya. Menggunakan jenama Dolive, Nurul Hasrah memperbaiki model perniagaan dengan sistem yang lebih teratur bagi membolehkan semua wakil jualannya berniaga secara telus tanpa bersaing sesama mereka. Semasa baru memulakan perniagaan sabun, Nurul Hasrah hanya menaiki kereta kancil dan kereta tersebut boleh memuatkan 50 hingga 60 botol sabun. Dengan usaha gigih, Nurul Hasrah membuka tapak-tapak jualan bagi mempromosikan sabun jualannya.
Pada peringkat awal perniagaan Sabun Dolive ini, mereka pernah berniaga di tapak pasar tani, masuk ke tapak promosi di dalam Mydin. Melalui tapak promosi itu ada beberapa orang berminat untuk menjadi ejen. Kemudian beralih kepada sistem online menggunakan FB Ads yang menyasarkan penduduk di bahagian utara tanah air sehingga mampu menyewa premis kedai untuk dijadikan kilang permprosesan sabun. Semakin hari jualan semakin meningkat dan permintaan sabun semakin banyak. Nurul Hasrah mengambil inisiatif membuka kilang di Kepala Batas dan selepas setahun kilang di Bukit Serdang dibuka untuk memenuhi permintaan di bahagian selatan.
Kini, Nurul Hasrah mampu tersenyum apabila melihat perniagaannya semakin maju.
Nurul Hasrah, Pengarah Urusan bagi Fresh Expert Sdn. Bhd. |
“Peluang hanya datang sekali, jika kita abaikan dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh maka kita tidak mencapai yang diimpikan selama ini,” kata Nurul Hasrah selaku Pengarah Urusan bagi Fresh Expert di pejabatnya di Seri Kembangan baru-baru ini.
Sabun Dolive berkonsepkan empat dalam satu (4 in 1) yang bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria. Sabun ini memiliki sembilan haruman eksklusif telah dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) yang teliti. Antara wangian yang mendapat tempat dihati pelanggan ialah Pink Sakura Blossom, Blue Original Ocean, Hijau Apple Blossom dan Purple Lavender.
Antara Wangian Sabun Dolive dipasaran |
Mohd. Hafiz menjelaskan, sabun seberat 10 liter yang dijual pada harga RM30 cukup berbaloi kerana selain menghasilkan cucian yang memenuhi keperluan pelanggan ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana kuantiti sabun Dolive mampu bertahan sehingga hampir tiga bulan.
Produk Dolive telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Jualannya kini telah mencatat sehingga 100,000 botol sebulan sejak mula dipasarkan pada tahun 2019. Pasarannya juga bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga telah berjaya menembusi ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.
“Kami mengunjurkan jualan bertambah kepada satu juta botol sebulan pada masa depan, jumlah ini mampu dicapai memandangkan komitmen rangkaian pengedaran dan juga keyakinan pelanggan yang tinggi terhadap produk sabun Dolive yang berkualiti,” jelasnya. Banyak testimoni yang diterima merupakan testimoni yang baik seperti sabun sesuai untuk kulit sensitif malahan sesuai untuk membasuh pakaian bayi.
Tambah Mohd. Hafiz, strategi juga sedang dirancang untuk menambah lebih ramai pengedar kepada 3,000 orang pada masa depan dan juga 30 master leader di seluruh pasaran domestik dan di negara jiran. Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,000 ejen dan pihaknya mahu menawarkan peluang perniagaan yang berpotensi kepada mereka yang terjejas pendapatan dan kewangan ekoran pandemik Covid-19. Nurul Hasrah mengajak suri rumah yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi ejen dan stokis untuk produk ini. Modal serendah RM250 dan akan mendapat 10 botol sabun dan haruman boleh dipilih.
Bukan itu sahaja, ejen dan pengedar di bawah naungan Fresh Expert akan diberi tunjuk ajar selok belok perniagaan dan menariknya, pada siang hari mereka mencari rezeki manakala waktu malam mereka menjemput rezeki.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti :
Instagram :
Sabun Dolive ni memang wangi. LeYa pun dah pakainya. Berbaloi dan jimat. Boleh pakai sebulan
ReplyDelete