Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 December 2021

Cikgu Erin Ajak Orang Ramai Jalani Hidup Sihat Untuk Lebih Mudah Beribadah

Perubahan memerlukan kita bersedia dari segi fizikal dan mental. Biarpun masih ramai yang gemar melabelkan Cikgu Erin @ Ery melalui kisah silamnya namun itu tidak menghalang Cikgu Erin untuk terus bersemangat menjalani kehidupan baru.

Cikgu Erin Bersama Krim Selulit 2E Ery Energetic pada program Sihat Bersama Cikgu Erin

Menerusi aktiviti seperti Rumah Ngaji, Kelas Silat, Kelas Akademik, Kelas Bisnes dan Kelas Senaman, Cikgu Erin terus bangkit demi menggerakkan dakwah Islam disamping terus mendekati golongan yang dipinggirkan.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Cikgu Erin hanya dapat melakukan aktiviti tersebut melalui dalam talian dan baru-baru ini barulah dapat lakukan secara fizikal tetapi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.


Pengasas Persatuan Kebajikan Darul Modahish, Cikgu Erin ( Mohd Khariri Mohamad Ramli),  banyak terlibat dengan aktiviti NGO dan dakwah.

Baru-baru ini dianjurkan Program Sihat untuk menguar-uarkan fungsi dan kegunaan mini studio dan ruang seminar kepada semua lapisan masyarakat. Dalam pada itu, Cikgu Erin ingin mempromosikan aktiviti-aktiviti  yang dijalankan di bawah Persatuan Kebajikan Darul Modahish (PKDM).


Tambah Cikgu Erin, program hari ini juga ingin merialisasikan pembinaan Rumah Perlindungan dan Pusat Tahfiz untuk anak-anak yatim dan asnaf dengan wujudnya jaringan dikalangan para usahawan dan aktiviti yang dianjurkan.

“Program ini melibatkan seramai 40 org peserta dari Team Sihat Cikgu Ery yang menampilkan persembahan senam tari sebagai acara pembuka majlis. Peserta Team Sihat Cikgu Ery merupakan suri rumah dan mereka yang ingin hidup gaya aktif dan sihat bagi memastikan mereka dapat beribadah dengan lebih baik.

Kesihatan adalah tidak ternilai, kita boleh makan apa sahaja namun bila badan besar, kita mudah letih dan susah untuk beribadah. Oleh demikian, Cikgu Erin menubuhkan Team Sihat untuk melakukan aktiviti senaman dan zumba bersama-sama. 

Peserta Marhaban dari Rumah Ngaji juga adalah daripada penduduk setempat yang belajar mengaji bersama Cikgu Erin. Bagi mendapat lebih keberkatan, Cikgu Erin turut mengadakan marhaban sambil memperkenalkan Rumah Ngaji.

Tentang tentatif program pada kali ini saya cuba menampilkan kelainan dengan adanya gimik seperti silat, senaman dan marhaban. Ia simbolik dan mewakili setiap aktiviti yang dijalankan di bawah PKDM", katanya.

Krim Selulit 2E Ery Energetic 

“Dalam pada itu, hari ini saya juga ingin mengetengahkan produk Krim Selulit 2 E Ery Energetic ke persada dunia perniagaan,” katanya.

Krim selulit ini boleh mengurangkan lenguh badan, mempercepat aliran darah, melegakan senggugut, kembung dan senak perut, melegakan selsema, batuk dan sakit dada. Membantu melegakan sakit lutut dan membantu membakar lemak dalam badan.

Krim Selulit 2E Ery Energetic 

“Di samping itu kita juga memberikan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Baitul Sakinah Telok Gong anak anak yatim dan asnaf daripada individu perseorangan dan kutipan di bawah Team Sihat serta Rumah Ngaji,” jelasnya.

Justeru, Cikgu Erin berharap majlis ini dapat diteruskan untuk membantu para usahawan di luar sana yang mencari platform bersesuaian demi mempromosikan produk, penjenamaan dan usahawan itu sendiri.


1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com