Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 December 2021

Gincu BlackRevfa MERVE Cosmetics Usaha Bantu Wanita Jana Pendapatan Musim Pandemik

Menarik dan jelita, usahawan sensasi, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 34, menerusi rangkaian MERVE Cosmetics Malaysia melancarkan koleksi gincu diberi nama BlackRevfa pada 5 Disember 2021.

Gincu berkenaan menjadi koleksi terbaru dan ke-30 yang dikeluarkan sejak syarikat itu ditubuhkan dan didaftarkan pada Februari 2015 di bawah MERVE Group Holdings Berhad.

Joy Revfa bersama koleksi gincu BlackRevfa 

Pelancaran gincu BlackRevfa berlangsung di Sky Glass, Sky Park Cyberjaya dan dirasmikan oleh Joy sendiri. Kata Joy, dia ingin memperkenalkan koleksi gincu ini sebagai salah satu keluaran yang unik dan mengetengahkan sisi yang lebih misteri.

Walaupun ibu tunggal, namun semangat Joy untuk membantu orang ramai terutama wanita yang memerlukan sepanjang musim pandemik ini mempunyai pendapatan sendiri amat membanggakan. 

"Ramai yang meminta bantuan daripada Joy sejak Covid-19 ni. Joy tak dapat nak bantu semua, tetapi dengan pelancaran produk gincu BlackRevfa ini diharap dapat membantu orang diluar sana menjana pendapatan setiap bulan.

Walaupun kita memakai mask ketika hendak keluar rumah, namun kita masih perlu menjaga bibir untuk sentiasa lembap dan tidak merekah," katanya.

Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy  mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik  COVID-19 ini untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

"Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat," katanya.

Gincu BlackRevfa

"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan. Baunya juga sangat 'lazat' dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.

Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut," katanya.

Dengan tagline “Cantik Bukan Lagi Fantasi”, koleksi gincu ini mensasarkan kepada remaja perempuan, wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin  bergaya dan tampak cantik. 

"Sedari dulu, tagline 'Cantik Bukan Lagi Fantasi' direka khas saya ini memberi impak dan kuasa tersendiri kepada semua wanita untuk jadi lebih yakin dengan apa yang dimiliki.

Harus diingat menjadi cantik itu bukan lagi fantasi bagi setiap wanita. Tak salah berfantasi atau berangan, tapi biarlah kena pada gayanya," katanya. Rangkaian kosmetiknya juga adalah satu-satunya produk kecantikan yang mempunyai konsep unik yang tersendiri. 

Malah Joy turut menjiwai watak setiap konsep produk keluaran terbarunya. Pada masa yang sama, pelancaran kali ini turut ingin meraikan ejen dan stokis dari seluruh Malaysia.

Majlis pelancaran tersebut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Ruffedge mendendangkan 3 buah lagu popular mereka iaitu Da Bomb, Bila Rindu dan Khayalan.

Kumpulan Ruffedge di Majlis Pelancaran Gincu BlackRevfa

#mervetiktokchallenge turut dilancarkan bermula 6 hingga 26 Disember ini. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini. 

"Pastikan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge, #Blackrevfa, #MERVEblackisred dan #MERVEcosmetics turut disertakan apabila memuat naik video berkenaan," katanya.

Pada acara sama, Intan Shuhaidah, stokis dari Putrajaya turut berani mengambil 2000 gincu untuk dijual kerana yakin dengan kualiti produk berkenaan.

Harga promosi gincu berkualiti antarabangsa ini mampu dimiliki dengan harga serendah RM59.90. Koleksi BlackRevfa ini boleh didapati melalui laman web rasmi di pautan http://www.mervecosmetics.com.my/ 


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com