Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

13 December 2021

Rozita Che Wan Inspirasi Pelancaran Set Percubaan Jeragat Mylea

Buat julung kalinya jenama Mylea dalam sejarah penubuhan telah melancarkan set percubaan jeragat bersama duta penjagaan kulit Mylea iaitu Rozita Che Wan ataupun dipanggil Che Ta. Mylea menyasarkan jualan sebanyak RM500K bagi pelancaran set percubaan jeragat tersebut dan juga pertambahan ejen baru sebanyak 500 orang.  

Duta Mylea, Che Ta dan pengasas Mylea, Puan  Amylia Farhana pada majlis pelancaran set percubaan jeragat Mylea

Majlis pelancaran set produk percubaan jeragat Mylea diadakan secara Virtual menggunakan Zoom Meeting yang dihadiri oleh ejen-ejen Mylea dan juga pengguna setia Mylea. Turut sama dalam pelancaran tersebut adalah pengasas Mylea sendiri iaitu Puan. Amylia Farhana dan Encik Khairul.

Pada malam tersebut, turut diadakan cabutan bertuah pakej percutian 3 hari 2 malam di Langkawi, gold bar, peralatan elektrik, dan set percubaan jeragat Mylea. 

Seperti yang sedia maklum jenama Mylea sebelum ini memang terkenal dengan kelebihanya bagi menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam sejak tahun 2015 lagi. Tahun ini juga merupakan tahun ke-6 jenama Mylea berada di pasaran. Pelbagai pencapaian yang telah dimiliki oleh jenama Mylea seperti kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelulusan Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry Of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM, Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020),100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.

Pengasas Mylea, Puan. Amylia Farhana


Alhamdulillah dek pandemik covid19 ramai orang diuji dengan masalah kewangan yang teruk tetapi Jemaah Mylea (ejen Mylea) dilimpahi dengan rezeki yang sangat mewah oleh Allah SWT kerana jualan kebanyakkan Jemaah mylea meningkat sebanyak 3 atau 4 kali ganda dari kebiasaan. Ini kerana kekuatan utama Jemaah Mylea adalah menggunakan platform online. 

Untuk tahun 2020 sahaja, Mylea telah berjaya mencapai jualan RM21juta dengan hanya iaitu Mylea Freckles Serum dan Mylea Freckles Bar dan telah membayar hampir RM500K bagi zakat pendapatan. Dan menjadikan Mylea salah satu syarikat yang terbesar membayar zakat di Terengganu. Pencapaian tersebut adalah yang paling luar biasa dalam  sejarah Mylea sejak ditubuhkan.

Dek ramai yang terkesan dengan wabak Covid19 yang melanda negara kerana telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi negara menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian dan peluang pekerjaan. Ramai daripada mereka terutamanya golongan wanita yang mengalami masalah kekangan wang tetapi mengidamkan kulit wajah yang cantik, bebas daripada cela jeragat. Tidak hairanlah kerana memang fitrah setiap wanita mengimpikan dan mencintai kecantikan itu sendiri. Maka, Mylea telah mendengar dengan penuh rasa bertanggungjawab dan berbesar hati ingin memberikan manfaat kepada semua pengguna baharu Mylea dengan mengeluarkan set percubaan jeragat (4 dalam 1) dengan harga mampu milik iaitu bawah RM100 ringgit sahaja.

Set Percubaan Jeragat Mylea

Set percubaan jeragat ini mengandungi 4 dalam 1 iaitu Mylea Freckles Serum, Mylea Freckles Bar, Mylea Exfoliate Mask dan Travel bag dengan harga RM99.00 sahaja. Set ini dikeluarkan dengan harga mampu milik, mudah dan senang dibawah kemana-mana yang mana disertakan sekali dengan travel bag. Sasaran pengguna bagi set ini ialah bagi golongan wanita yang berumur 28 tahun keatas.

Diformulasi dari bahan terbaik dunia bagi merawat masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam seperti Centella Asiatica (Korea), Canadian Willowherb (Canada) Moist 24 Essence (US), dan Skinmoon (Bionap, Italy) secara semulajadi tanpa melibatkan bahan kimia merbahaya pada kulit dengan hanya 7 hari sahaja.

Bagi pengguna yang berminat untuk mendapat set ini boleh mendapatkan dengan ejen Mylea yang sah diseluruh Malaysia, website (www.mylea.my), ataupun HQ Mylea di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu (09-622 2450) bermula pada 13 Disember 2021.


2 comments:

  1. http://www.wasap.my/60193541295/Mylea

    π™ˆπ™žπ™‘π™žπ™ π™ž 𝙆π™ͺ𝙑!𝙩 π˜½π™šπ™—π™–π™¨ π™…π™šπ™§@π™œπ™–π™©πŸ˜˜
    π˜½π™žπ™–π™§ 𝙇𝙖𝙒𝙗𝙖𝙩 π˜Όπ™¨π™–π™‘π™ π™–π™£ π™Žπ™šπ™‘π™–π™’π™–π™©πŸ˜˜

    ReplyDelete
  2. Hai, Tiha Leader Sah MYLEA SKINCARE☺️

    SELANGOR/PUTRAJAYA

    Nak cuba MYLEA atau nak join Dropship/ Agent MYLEA, boleh wasap Tiha ye, nak cod pun boleh awak bgtau area mana nnti Tiha inform team Tiha di seluruh Malaysia☺️

    www.wasap.my/60129611535/MYLEAcheta

    FB : https://www.facebook.com/arelong.fauzi ( Fatihah Fauzi)
    IG : mylea_byfatihah

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com