Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 December 2021

Fred Advantage Lancarkan Jelajah Program Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD) Melalui Kingblaster

Majlis perasmian bagi JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD) telah pun berlangsung baru-baru ini di Spice Restaurant, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Program ini dirasmikan oleh Dato' Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden Koperasi Angkasa). Program ini merupakan satu inisiatif untuk membantu lebih ramai lagi usahawan di luar sana mendigitalkan model perniagaan mereka kepada tahap yang optima. 


Menurut pengarah program ini En.Romeyzee Zainuddin melalui ucapannya, program ini bakal melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyai ilmu bagaimana untuk berniaga secara atas talian dengan cara yang lebih efisyen dan sistematik. Ini kerana Fred Advantage Sdn. Bhd telah pun mengeluarkan satu produk berjenama KINGBLASTER yang membariskan 12 Aplikasi Digital yang mampu untuk menjimatkan kos pengiklanan para usahawan atau lebih dikenali dengan "Kos pengiklanan Sifar"

Pelbagai kerjasama strategik yang melibatkan pihak seperti Koperasi Angkasa, Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) dan juga PERDASAMA Selangor telahpun dijalinkan. Ia diyakini akan menjadi satu gerakan besar-besaran untuk membawa program ini kepada lebih ramai usahawan. 

Menurut beliau lagi, semua usahawan yang terlibat akan dibimbing oleh pihak syarikat dengan MODUL USAHAWAN DIGITAL. Proses pembelajaran adalah secara ONLINE dan ianya adalah secara sistematik oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman. 

Dr. Ammar Hassan selaku Pengerusi Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) telah menyatakan kesediaan pihak yayasan untuk sama-sama menyusun strategi untuk pelaksanaan program ini.

Dengan terciptanya produk KINGBLASTER 12 aplikasi dalam 1 jenama, kini usahawan tidak perlu lagi membelanjakan ribuan ringgit untuk konsep iklan berbayar yang ditawarkan oleh pelbagai media sosial. Menurutnya,syarikat milik bumiputera ini yang ditubuhkan sejak akhir tahun 2019 sehingga 1 April 2021, telah melancarkan produk KINGBLASTER ke pasaran Malaysia dan hingga kini terdapat lebih dari 3,000 usahawan telahpun menggunakan aplikasi KINGBLASTER dalam usaha mereka untuk melakukan sebaran info perniagaan mereka secara teratur dan efisyen. 

Menurutnya lagi, kini pihak syarikat telahpun menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan yang mempunyai produk produk yang bermutu seperti BLACK G , KRASZ KMOOD , BAYU SIRI dan juga SMARTBiz. Kerjasama ini adalah untuk menyediakan peluang kepada mereka diluar sana untuk menjana pendapatan melalui sesi Mentor-Mentee yang akan turut dijalankan dalam program JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD). 

Turut hadir pada majlis ini adalah wakil dari 2 platform edagang milik anak tempatan Malaysia iaitu platform EZYSHARE dan juga platform SKYFRON. Kedua dua platform ini adalah rakan strategik kepada syarikat. Ekosistem yang telah dibina dianggarkan menelan kos jutaan ringgit ini diyakini akan dapat menjadi satu tempat untuk usahawan yang dilahirkan melalui program jelajah usahawan Digital memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara atas talian. Dengan platform yang hebat dan juga dibantu oleh 12 aplikasi KINGBLASTER. 

Pada majlis ini juga hadirin turut menyaksikan satu sesi menandatangani plak simbolik kerjasama diantara rakan strategikdan juga vendor-vendor (mentor-mentee). 

Program JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD) ini akan bermula pada Januari 2022 dan mensasarkan seramai 2220 usahawan dari pelbagai lokasi di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. 

Para usahawan yang berminat boleh menghubungi sekretariat program iaitu Trader di setiap Parlimen di Malaysia ataupun terus mendaftar di laman sesawang kami iaitu https://partner.kingblaster.com/join

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com