Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

14 December 2021

#OwnWhatYouWear Scarlet x Steven Sunny Kolaborasi Gaya Menarik Akhir Tahun

Sejak zaman mula-mula kerja dulu memang Qiss selalu beli jenama Scarlet dekat Aeon terdekat. Selain daripada jenis fabrik yang selesa, Qiss suka pattern baju yang menarik dan feminin dari Scarlet ni. Baju pun tahan bertahun-tahun. 

Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan Steven Sunny bersaman koleksi kolaborasi Scarlet x Steven Sunny

Kini Scarlet, jenama terkenal AEON berkolaborasi dengan ikon fesyen, Steven Sunny dalam memberi nafas baharu jenama kasual kegemaran ini memperbaharui fesyen gaya tersendiri.

Melalui kolaborasi ini AEON CO. (M) BHD. mengorak langkah ke hadapan untuk penggayaan serta memberi nafas baharu kepada koleksi Scarlet melalui sesi yang diadakan di AEON Mid Valley Megamall pada 4 Disember lalu.

Kolaborasi yang sungguh menarik ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen serta jemputan khas media dan para pempengaruh. Terdapat juga demonstrasi tambahan di lokasi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido.

Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. 

Semua baju cantik-cantik belaka dan diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, Scarlet x Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.



Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya “pandemic-stay-home”, penggayaan ini menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini. Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan “fit wear” hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik.


Steven Sunny merupakan seorang pakar fesyen yang terkenal dan serba boleh yang juga seorang jurusolek yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. 

Walaupun beliau menamatkan pengajian dalam bidang cat minyak, Steven Sunny adalah pereka pakaian dan fesyen yang dikenali dan terkenal untuk skrin dan pentas.

Steven Sunny bersama pakaian rekaannya untuk kolaborasi Scarlet x Steven Sunny

Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Steven berkata, “Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini.”

Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat. 

100 pasang koleksi akhir tahun istimewa Scarlet x Steven Sunny yang merupakan edisi terhad buatan tangan ini boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama dengan harga yang berpatutan.

Sempena pelancaran itu, pelanggan akan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang dengan berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram daripada sekarang hingga ke 31 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram www.instagram.com/aeonretail.my.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com