Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

07 June 2022

AEON x Kloth Cares Teruskan Inisiatif Kitar Semula Fabrik Terpakai

Usaha kitar semula perlu dititikberatkan pada masa kini kerana kekurangan tapak pelupusan dan seperti sedia maklum, fabrik terutama polister mengambil masa yang lama untuk terurai.

AEON CO. (M) BHD (AEON) meneruskan usaha kemampanannya dengan bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk menyediakan tong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

Inisiatif kitar semula yang dilancarkan di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur adalah salah satu usaha AEON dalam memperkasakan inisiatif kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.

Menurut Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, “AEON komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,”.

“AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan kami,” tambahnya.

Sebanyak 38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun.

Para tetamu jemputan turut bersama-sama membawa barangan fabrik untuk dikitar semula

Majlis yang diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 itu diserikan oleh Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya

Pengarah SWCorp, Ummi  Kalthum Shuib turut berucap, “Kami di SWCorp telah melakukan tugas kami sebaik mungkin. Ramai yang beranggapan bahawa kami tidak menjalankan tugas. Namun anggapan itu salah kerana kami setiap hari mengutip sisa pepejal yang banyak setiap hari. Bahkan ketika banjir pada hari itu, kami menemui sebuah patung anak gajah yang besar menyekat laluan air didalam longkang.”

Tambah beliau lagi,"Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab individu, sekiranya kita ternampak orang yang membuang sampah merata-rata kita kena berani menegur perbuatan salah tersebut. Sebolehnya janganlah kita membuang sampah merata-rata".

Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNSDG) - 12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.

Majlis turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.

Adik Kumika Kufaizul menyampaikan pantun GoGreen

Antara barang yang boleh disumbangkan ialah:


  • Pakaian
  • Kasut
  • Langsir dan barangan fabrik rumah
  • Anak patung lembut
  • Topi
  • Beg dan Tali Pinggang

Nik Suzila sebagai Pengasas Bersama Kloth Cares menyatakan, “Nilai barangan kitar semula ini sangat subjektif dan tidak boleh dianggarkan kerana lain-lain orang akan menderma barang yang lain. Namun sebagai contoh, kasut wanita mempunyai nilai yang lebih rendah berbanding selipar jepun dalam dunia kitar semula. Ini adalah kerana selipar jepun senang mempunyai padanan dan mempunyai permintaan yang tinggi oleh itu nilainya tinggi.”


Nik Suzila sebagai Pengasas Bersama Kloth Cares 

"Barangan yang dimasukkan ke dalam kotak kitar semula ini akan diasingkan mengikut kategori dan barangan yang masih elok dan cantik akan diberikan kepada mangsa banjir atau bencana. Manakala barangan yang lusuh akan dijadikan kain pengelap untuk mengelap mesin industri. Fabrik seperti jeans dan baju kurung dikitar semula kepada barangan lain seperti beg dan lain-lain. 


Dengan inisiatif ini, diharap orang ramai untuk mendukung program ini dengan menderma apa sahaja yang boleh diderma. Bersama-samalah kita memilih penyelesaian bijak dalam mengurus sisa pepejal kita. Jom dermakan barang terpakai di tong kitar semula AEON Mall dan AEON BiG terpilih. Untuk  mengetahui lebih lanjut melalui kerjasama ini serta mendapatkan maklumat terkini boleh singgah ke Facebook https://www.facebook.com/aeonxklothcares . Anda juga boleh menghubungi 1300-22-2258 untuk mendermakan barangan terpakai yang banyak dan besar.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com