Dari dulu sampai sekarang kalau membeli-belah dekat Aeon sama ada Aeon Big ataupun Aeon Mall mesti singgah beli roti dan pastri dekat La Boheme. Tak lengkap rasa kalau tak singgah sini sebab pelbagai pilihan roti dan pastri ada kat sini.
Baru-baru ini AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama Nestle KITKAT untuk memberi variasi kepada pilihan produk pastri AEON La Boheme. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya.
Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.
Menurut Sunny Setiawan, “Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami,”
Pelbagai variasi pastri dengan kolaborasi bersama coklat KITKAT |
Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG.
Matcha Croissant |
Chessy Loaf |
Supreme Muffin |
Polkadot Donut |
Nutty Donut |
Yit Woon Lai pula mengulas “Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.”
La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa. Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan aktiviti bersama pengunjung.
Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.
Jom dapatkan pastri dengan KITKAT ni di La Boheme berdekatan anda. Sekali rasa pasti nak lagi.
0 comments:
Post a Comment