Kugiran Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboi, Floor 88 & Zyn Nakal Antara Artis Bakal “Kasi Pecah" Havoc Midnight Concert!
Temui mereka 3 & 4 September ini
Tidak ada yang lebih havoc apabila beberapa kugiran dan band tempatan yang menjadi kegilaan ramai akan bersama dalam satu panggung. Apa lagi persembahan persembahan 'gila' mereka sudah lama tidak dilihat secara langsung kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Barisan artis Havoc Midnight Concert antaranya Kugiran Masdo, Floor 88 dan Yonnyboi |
Kini seperti banyaknya pihak penganjur yang sudah berani menganjurkan semula beragam acara hiburan, salah sebuah 'rumah' yang menyediakan bukan sahaja bersifat pengurusan acara seperti festival makanan, automotif, fesyen dan kecantikan, tetapi juga ikut menyemarakkan dunia hiburan dengan persembahan dari para artis. Dikenali sebagai Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC) atau lebih popular sebagai Havoc Food Festival, tahun ini mereka ingin meraikan masyarakat bersama acara hiburan yang pastinya 'pecah'.
Lihat barisan penghibur yang disediakan. Melalui program yang diberi nama Havoc Midnight Concert, acara seperti festival ini akan dilaksanakan di beberapa lokasi.
Pelancaran menandatangani kad konsert disempurnakan Syed Yahya Syed Othman (kiri) sambil disaksikan bersama Dat Firdaus Nadxaman dan barisan artis terbabit |
Istimewanya juga, untuk acara Havoc Festival yang sudah masuk kali ke-enam Ini, Tun Syed Yahya Syed Othman iaitu Pengarah Kanan Bahagia Perancangan Strategik Tourism Malaysia sudi hadir bagi melancarkan festival ini pada 18 Julai di Panggung Asia, Gombak.
Lokasi pertama yang akan dihavockan oleh barisan pemuzik seperti Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique adalah di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor selama dua malam berturut-turut iaitu 3 dan 4 September 2022 ini.
Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 10 sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket bermula dari RM69 untuk Early Bird di Normal Zone, RM109 (Early bird) di Rock Zone, Combo Rock Zone RM199 dan Combo Normal Zone dengan harga RM120.
Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.
Paling menarik, jika anda terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, Havoc Midnight Concert dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4,5 dan 6 November 2022 depan.
Selanjutnya, barisan pemuzik yang cukup berkaliber dan punya banyak peminat daripada pelbagai lapisan masyarakat ini akan menutup karnival Havoc di Johor Bahru.
Lebih mengujakan, Havoc Midnight Concert ini akan diadakan pada dua malam terakhir sebelum 2023 menyapa dunia iaitu 30 dan 31 Disember dan meraikan kedatangan tahun baharu pada 1 Januari 2023.
Selain hiburan, terdapat pelbagai vendor makanan dan minuman hipster yang akan turut serta memeriahkan perkarangan tempat festival berlangsung.
Lebih menarik lagi Havoc Food Festival ini mendapat kerjasama dari Cuti-Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019.
Manakala, Havoc Midnight Concert di selatan negeri ini akan berlangsung di Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru!
“Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat industri muzik tempatan. Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan, semuanya akan anda perolehi pada satu malam.
Jadi jangan sampai terlepas kerana ada tiga tempat yang menanti anda untuk dihiburkan!,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.
Jom pilih sama ada hadir ke Shah Alam, Selangor, MITC, Melaka atau Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru!
Tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.
0 comments:
Post a Comment