Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 August 2022

Konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022 Bakal Gegarkan Tawau Dan Uptown The Mines

HYPE GLOBAL VENTURES Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme 

Kita bakal menyaksikan konsert yang menggabungkan 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia sempena dengan hari kemerdekaan yang bakal disambut 31 Ogos nanti. 

Sehubungan itu, Hype Global Ventures mengambil peluang ini untuk memeriahkan lagi sambutan hari merdeka dengan mengadakan konsert yang membariskan gabungan artis Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini HYPE GLOBAL VENTURES sangat terkenal sebagai penganjur yang giat terbabit dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun ini mereka mengorak langkah mengembangkan empayar menerusi projek bersifat hiburan seperti konsert. 

Buat julung kalinya, dengan semangat nasionalisme yang tinggi, HYPE GLOBAL VENTURES akan menganjurkan acara hiburan, bukan satu tetapi dua konsert yang dijadual dilaksanakan di Tawau, Sabah dan The Mines Sri Kembangan, Selangor. 

Diberi nama Malam Merdeka Bah Kita 2022, konsert yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau diadakan pada 30 Ogos 2022. 

Konsert tersebut akan bermula dari pukul 6 petang dengan tiket berharga RM45, RM80 dan RM 120

Barisan penghibur yang disediakan pihak penganjur juga sudah mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi satu bonus apabila HYPE GLOBAL VENTURES membawakan penyanyi khas dari Indonesia bagi menyemarakkan malam kemerdekaan negara sebagai lambang serumpun. 

Kemunculan Hazama akan menarik lebih ramai peminat ke konsert ini

Antara penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung ialah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk

“Semua barisan penyanyi yang kami bawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini. Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang kita bawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube. 

Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti,” ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof. 

Malah karnival di Tawau ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 28 sehingga 30 Ogos 2022 sebagai malam kemuncak menyambut kemerdekaan. 

Selain konsert yang menjadi kemuncak kepada karnival di Tawau, terdapat banyak aktiviti disediakan pengunjung termasuk pertandingan karaoke, battle of the band dan jualan karnival dari makanan hingga pelbagai barangan dan pakaian. 

Pengunjung bertuah pula mungkin akan membawa pulang hadiah utama atau lucky draw yang merupakan sebuah motorsikal 250cc selepas detik 12 malam, 30 Ogos itu. 

“Kami sangat mengalu alukan kedatangan pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, tetapi juga Indonesia memandangkan lokasi karnival dan konsert iaitu Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan,” tambah Johari. 

Malam Santai Musical, Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan

Untuk menyambung semarak nasionalisme, HYPE GLOBAL VENTURES mengadakan persembahan kedua, Malam Santai Musical yang dijadualkan berlangsung di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan pada 2 September 2022

Persembahan yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu akan menampilkan Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka serta Valdy Nyonk sebagai penampilan khas menghiburkan pengunjung di tapak uptown yang sememangnya menjadi tumpuan ramai itu. 

Dua harga tiket dijual iaitu RM65 dan RM165

“Pemilihan melakukan persembahan di lokasi Uptown The Mines pula kerana di sinilah tapak pemula HYPE. Kita mempunyai lebih 400 kedai di sini dan secara tak langsung dengan penganjuran persembahan ini akan menambah nilai promosi kepada tempat ini,” kata Johari. 

Untuk sebarang keterangan lanjut boleh hubungi talian +6012-674 8347 Farizal dan +6019 560 7948 Tado untuk acara persembahan di Mines.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com