Kuala Lumpur, 15 Ogos 2022 : Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia, USAHANITA hari ini melancarkan “Malaysian Food, Fashion, Fiesta 2022 UK (MFFF UK), yang bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, di London, United Kingdom pada 16 September - 18 September 2022. Majlis pelancaran ini berlangsung di Chicken Rice Kiosk, Setapak yang merupakan kedai rangkaian makanan yang diusahakan oleh salah seorang ahli Usahanita yang juga merupakan usahawan wanita.
Ahli Usahanita berusaha membawa dan mempromosi produk ahlinya ke luar negara |
Program kerjasama ini melibatkan pihak HALIA.UK iaitu sebuah restoran Malaysia yang terkenal di Kota London, yang telah bersetuju untuk mengetengahkan produk hasilan usahawan ini secara eksklusif sebagai aktiviti utama misi dagangan USAHANITA ke Kota London dan juga bersama pihak MyGalore, sebagai platform rasmi “e-commerce”, yang akan memasarkan produk-produk ini secara pemasaran atas talian.
YBhg Dato' Hajjah Faridah A. Jabbar, Yang Di Pertua Usahanita Malaysia berucap di majlis pelancaran Malaysian Food, Fashion, Fiesta 2022 UK (MFFF UK) |
Inisiatif ini merupakan usaha pihak persatuan, USAHANITA GOING GLOBAL, sebagai menyahut dan menghargai usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi dan memperkasakan kelangsungan Perniagaan PMKS, terutamanya wanita. Serta membantu agar produk keluaran Wanita akan lebih dikenali dan lebih kompetif serta berdaya saing diluar negara.
Noor Amy Ismail, Pengarah Urusan mewakili Halia UK juga merupakan COO MAVCAP(Malaysia Venture Capital) |
Program yang diharap ini pasti akan dapat mengembangkan produk tempatan, menerokai dan menembusi pasaran Eropah amnya, spesifiknya di United Kingdom diketika ini dan pasti akan ke negara lain seterusnya. Disamping juga pelbagai input dan info sebelum dan selepas program ini berlangsung pada 24 Ogos jam 9.00 pagi Di Exim Bank HQ akan diberi penerangan ilmu kelebihan berkenaan export dan penglibatan Usahawan ke sana.
Penyanyi terkenal, Reyhana akan membuat persembahan sempena Makan Malam Amal bersama Reyhana di Halia UK pada 17 September ini |
Sidang media ini bertujuan untuk memaklumkan perkembangan terkini tentang penganjuran misi dagangan ini, sekaligus memperkenalkan barisan produk dan usahawan yang akan terlibat sama di dalam program MFFF 2022, dan juga akan diserikan dengan persembahan eksklusif Makan Malam Amal bersama Reyhana di Halia UK dengan memperkenalkan songket pada 17 September 2022.
0 comments:
Post a Comment