Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

14 October 2018

Fernleaf UHT 100% MMMMM

Hai semua, buat apa tu? Qiss nak share satu susu yang memang dah lama ada di pasaran tapi kali ni ada sedikit pembaharuan dibuat iaitu susu yang 100% dibuat dari New Zealand ni dikotak kan.


Qiss minum susu coklat Fernleaf guna straw hipster


Wowww! Senang betul nak bawa susu ni ke mana-mana bila dia dah dibungkus sebegini. Didatangkan dengan perisa coklat dapat menarik kanak-kanak untuk menikmati susu ini sepanjang hari.



Susu Fernleaf ini sangat istimewa kerana di New Zealand ladang lembu tenusu ini dijalankan secara semula jadi dan memberi kebebesan kepada lembu-lembu tersebut meragut rumput di padang yang subur.




Kaedah penanaman rumput yang berkualiti tinggi ini membuatkan rumput yang tumbuh sangat segar dan sesuai untuk dijadikan makanan lembu tenusu.


Dengan cuaca dan kadar purata turunan hujan disana turut membantu lembu-lembu ini menghasilkan susu secara natural.




Di New Zealand juga ada pakar tenusu yang memantau lembu-lembu ini. Ini bertujuan untuk mendapatkan susu yang berkualiti dan pastinya 100% mmmmm


Read More

12 October 2018

Woww! Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu Kini Di Pasaran

Hai korang, Ada yang gemar memasak menggunakan rempah dan herba McCormick tak?  Sekarang kalau korang pergi kedai mesti korang akan jumpa rempah dan herba McCormick dalam bungkusan baru.

McCormick yang juga pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.




Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai.





Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.


Anda mencari inspirasi sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.



Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”



Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.






Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

 McCormick diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.
Read More

Kulit Lebih Cerah dengan KITA PU’TH

Hai semua, hari ni Qiss nak share satu minuman yang Qiss jadikan minuman rutin harian Qiss untuk mendapatkan kulit yang cantik.



Qiss pilih produk KITA BEAUTIES dari Gemini Beauty Resources iaitu KITA PU'TH. KITA PU'TH ni adalah minuman botani yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti camu-camu, biji anggur dan juga vitamin C. Berperisa Oren jadi Qiss lebih mudah minum dan sangat sedap.




Antara kelebihan lain ialah KITA PU'TH ni membantu memelihara kulit wajah supaya kelihatan cantik dan sihat. Ia juga dapat meminimumkan liang-liang pori di wajah dan mengurangkan kesan bekas jerawat.




Kulit Qiss adalah jenis kombinasi dan KITA PU'TH ni membantu mengurangkan kesan berminyak pada wajah tau.




Cara penyediaannya ialah, ambil segelas air suam sebanyak 150ml dan tuangkan 1 peket KITA PU'TH ke dalam air tersebut. Kemudian teruslah diminum. Korang jangan lupa banyakkan minum air putih sepanjang hari.





Harga bagi satu kotak KITA PU'TH ni ialah RM28.80 dan boleh didapati di GUARDIAN berhampiran korang tau. Dalam satu kotak ada 10 peket kecil dan penggunaan yang berterusan boleh membuatkan wajah korang jadi lebih cerah dan lembut. Malah boleh maintain tona warna kulit.





Korang kena dapatkan minuman ni dan lihat hasilnya. Minuman ni sesuai untuk semua terutamanya yang ada alergi kepada makanan laut.




Untuk maklumat lanjut layari:

www.kitabeauties.com
Read More

11 October 2018

honor 8X price is only RM949

Hye girls and boys.. Have you been excited to know more about Honor 8X?


Well, let me introduce to you the device with a 6.5-inch, 91% screen-to-body ratio FullView display - An extraordinary flagship performance at accessible price finally hits Malaysian shores.


I am excited to hold a new Honor 8X



Honor Malaysia, the leading mobile device e-brand, launched its brand-new honor 8X in Malaysia yesterday. Also present during the launch event were official honor Malaysia brand ambassador, famous homebred singer-songwriter and rapper, SonaOne, alongside popular local TV personality Zizan Razak, the official ambassador for honor 8X.



Living up to the spirit of its tagline “Beyond Limits”, honor 8X offers users a device that provides an unrivalled technology and a supreme lifestyle companionship experience at only RM949.


“We had a great year in 2018, and we would like to end the year on a positive note with the honor 8X,” said George Zhao Zhiwei, Head of honor Malaysia.




“The honor 8X is an exceptional technological advancement towards a truly borderless FullView display. With a very competitive 20MP-strong rear camera and our latest GPU Turbo technology embedded into the device, honor 8X manages to cover all the bases of a day-to-day usage for any smartphone user, no matter the gender, profession, hobbies and interests,” added Zhao. 


In conjunction with the launch of honor 8X, the brand also took the opportunity to introduce a special collaboration with Suriana Welfare Society Malaysia, a non-government, not-for-profit child protection organization which promotes and protects the rights of children. The collaboration aims to empower and inspire the next generation to live the moment and achieve their dreams. This initiative is driven through collaborative art with the theme “The Braves”.





“Honor was created to meet the needs of digital natives through unrivalled products and unbeatable values, and is rapidly becoming a youthful, innovative, and trendsetting brand across the globe. To live up to our brand spirit and the tagline ‘Beyond Limits’, we want to co-create value and empower the youth through this meaningful collaboration. Together with Suriana, we urge members of the public join us in empowering the next generation to take their destinies into their own hands,” said Zhao.


More Screen Space, Better View

For the first time ever, the honor 8X comes with a seamless HD FullView screen, with advanced chip-on-film (COF) technology and special antenna design. With only 4.25 mm of the bottom border size, the honor 8X simply provides more screen space for the user to enjoy every bit of graphic that is projected from the device. The 91% screen-to-body-ratio means that every bit of the screen is utilized to ensure the user could get a larger view even though the size of the phone body remains the same.



With a nearly borderless design, the 6.5-inch device shows visuals in a 1080P High Definition display, offering an enhanced video quality in a cinema-like experience. The device covers 85% of the NTSC colour gamut and supports a split screen mode, with a Unique Eye Comfort Mode Certified by TÜV Rheinland – which equals to a larger screen that reduces eye fatigue!


A Powerful Performance

The honor 8X comes with a chipset that might sound familiar to everyone – the Kirin 710, which is a 64-bit octa-core mid-range performance mobile chipset. It is complemented with a 12nm Cortex-A73 generation-based SoC and a Mali G51 GPU that offers a 130% increase in GPU performance and 75% increase to the CPU single-core performance. 




Following in the footsteps of previous honor models, the honor 8X also comes with the spectacular GPU Turbo. The graphics-enhancing technology, which was previously only available on honor flagship devices, along with EMUI 8.2 system, will ensure better graphic-processing technology and less power consumption for your device, if the 3750mAh enhanced battery life was not already enough for you.


Great photography quality

The new honor 8X is equipped with not only a dual-lens, 20M + 2M, F/1.8 aperture rear camera, but also a modern AI Camera Technology which recognizes 22 different categories and 500 scenarios in real-time, then optimizes camera settings and enhances photo quality based on what you are shooting.


Furthermore, the honor 8X also features the 3D portrait lighting technology that allows users to further beautify photos that already has an accurate ‘bokeh’ effect from the 3D portrait lighting technology. Combined with the 16MP front camera that has an enhanced-ISO with 4 Cell fusion technology and multi-frame image processing, the new device will promise users for covering every aspect of photography.



Display
6.5-inch 2340p x 1080p LTPS display with 16,700,000 colors, 397 PPI
19.5:9 wide screen
Multiple-point touch-sensitive screen
Size and Weight
160.4 mm (H) x 76.6 mm (W) x 7.8 mm (D)
Approximately 175g (including the battery)

Operating System
AndroidO + Huawei EMUI 8.2

Processor
Kirin 710, Octa-Core (4 x Cortex-A73 2.2 GHz + 4 x Cortex-A53 1.7 GHz)
GPU (Graphics Processing Unit)
Mali G51



Battery
Typical value: 3750 mAh battery
Charging duration: approximately 150 minutes from supplied charger
Airtime: 3G: 21 hours
Standby time: GSM: 662 hours, WCDMA: 639 hours, LTE FDD: 675 hours, LTE TDD: 697 hours

Memory
ROM: 128 GB
RAM: 4 GB
Expandable storage: microSD card (up to 400 GB)

Camera
20-megapixel (F/1.8 aperture) + 2-megapixel dual-lens rear-facing camera with Phase Detection Auto Focus (PDAF)
Photo resolution: up to 5120 x 3840
Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P, 60fps)
16-megapixel (F/2.0 aperture) front-facing camera
Photo resolution: up to 4608 x 3456
Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P, 30fps)

Audio/Video
1080P full HD video recording and video playback
3.5 mm headset jack

SIM card
3 card slots: nano-SIM card + nano-SIM card + microSD card
Connectivity
4G LTE FDD: B1/3/5/7/8/20
4G LTE TDD: B40/41
3G UMTS: B1/5/8
2G GSM: B2/3/8

Other Connectivity
Wi-Fi 802.11 b/g/n, 2.4 GHz, support Wi-Fi hotspot and Wi-Fi Direct
Bluetooth BT4.2 + BLE
USB 2.0
GPS/AGPS/Glonass/BeiDou Navigation System
Sensors
Gravity sensor
Proximity sensor
Ambient light sensor
Gyroscope
Fingerprint sensor
Digital compass

Colors
Blue/Black


Extraordinary offers up for grabs!




Early purchasers of the honor 8X will receive exciting gifts*:
Promotion period
Location
Free Gifts (per purchase of one unit)



12 Oct
(ONE DAY PROMOTION ONLY)
Hihonor
One unit of honor Band 3, one unit of Special Gift Box, one unit of honor 8X Flip Cover, Hihonor voucher RM100


Shopee
One unit of honor Band 3, one unit of Special Gift Box, one unit of honor 8X Flip Cover, Hihonor voucher RM100, Shopee Coin RM50

13 – 14 Oct

MyTown Cheras
One unit of honor Band 3, one unit of Special Gift Box, one unit of honor 8X Flip Cover, RM50 Hihonor voucher, one unit of honor backpack (Worth over RM500 in total)

Prangin Mall, Penang

Sutera Mall, Johor Bharu

*Free gifts available in very limited units, while stocks last. Terms and Conditions apply.

Customers could also receive free gifts worth up to RM266 that includes an honor Band 3 and an honor 8X Flip Cover in selected honor stores nationwide, limited to 20 units per store*. To find out more, please visit this link: http://bit.ly/8Xpromoparticipatingstorelist.


For more information on the new honor 8X, its promotions and other innovative gadgets, please visit honor’s official e-commerce website and information portal at http://hihonor.com/my, or drop by or drop by their official shop on Shopee at https://shopee.com.my/honor.os, or follow their official Facebook page at https://www.facebook.com/HonorMY/ for more exciting updates.
Read More

10 October 2018

Menang RM 6 Juta dengan Menikmati Chicken Cheesy Bites di Pizza Hut

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Qiss nak share satu game untuk korang main sambil makan pizza kat Pizza Hut. Permainan ini dinamakan "Siapa Kena The Spicy Bites". Prop istimewa akan disediakan untuk korang main sambil makan Chicken Cheesy Bites ni.




Tersembunyi diantara 18 cheesy bite ada 2 gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya. So siapa yang tergigit cili tu dia yang menang.





Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.





Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain. 




“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”


GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti

Krew GOL & GINCU Vol 2 turut hadir di majlis pelancaran dan mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites ni, antara yang hadir ialah Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir. Malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili sambil mempamerkan masa riang bersama.

DD dan Jad

Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.





Mari pastikan semua kena!

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.




Hadiah yang ditawarkan termasuklah:
35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2 

Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018. Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.




Kalau korang dah kena gigitan cili tu jangan lupa #pizzahutsiapakena

Ada 2 kerak pizza yang ada cili. Korang rasa yang mana satu?

Alamak! Qiss dah kena


Read More

06 October 2018

Poh Kong Dinobatkan Sebagai Syarikat Terbaik Bagi Tahun Ini di Anugerah JNA 2018

Peruncit barang kemas terulung Malaysia, Poh Kong Holdings Berhad, telah memenangi anugerah Enterprise Outstanding Of The Year di Anugerah JNA Tahunan bagi tahun 2018. Acara tahunan ini diadakan bersempena Pameran Perhiasan dan Permata di Hong Kong pada bulan September yang lalu dan menyaksikan kehadiran pelbagai jenama serata dunia yabg memperagakan koleksi terbaik masing-masing.





Anugerah yang berprestij ini pula merupakan satu anugerah bertaraf antarabangsa, bertujuan mengiktiraf jenama dan pelopor industri perhiasan dan permata dengan pencapaian luarbiasa dalam pasaran global. Selain mempamerkan perhiasan dan permata, pengusaha industri akan berkumpul dan meraikan upacara dengan berkongsi kisah kejayaan jenama mereka yang telah berjaya di peringkat antarabangsa pada Edisi Ketujuh Anugerah JNA 2018.


Diterajui oleh Datuk Choon Yee Seiong, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Berhad, berusia 42 tahun, merupakan pengusaha industri barangan kemas yang sentiasa berinovasi dalam rekaan dan menggunakan teknologi terkini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka, membuatkan jenama mereka terus berada di barisan paling hadapan dalam industri barangan kemas di Malaysia.



Di dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, syarikat yang mempunyai 94 cawangan merupakan peneraju jualan barang kemas Malaysia, masih terus mampu berkembang dan ini di buktikan dengan pulangan hampir US $224.74 juta setiap tahun. Penerima Anugerah Enterprise Outstanding Of The Year ini, melaksanakan sistem pengurusan dan rantaian bekalan terkini dan terbaik. Malah, Poh Kong Holdings Berhad mampu merealisasikan sistem pengumpulan data, penyelarasan proses inventori serta dapat meningkatkan kecekapan khidmat pengurusan pelanggan organisasi mereka.






Dengan pengumpulan data semasa, tukang emas mampu merekabentuk berlian buatan dan permata mengikut citarasa pelanggan mereka serta mengikut trend semasa. Ermin Siow Der Ming (Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Berhad) menerima Anugerah Syarikat Cemerlang tahun ini. "Ini adalah kali pertama kami mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Adalah satu penghormatan untuk menerima anugerah berprestij ini dan diiktiraf atas usaha kami dalam menyediakan perhiasan yang berkualiti tinggi. Kami berada dalam perniagaan untuk memberikan keceriaan, dan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan kami dalam semua yang kami lakukan, kami komited dalam membantu mereka meraikan kejayaan, besar atau kecil, dengan menghasilkan barangan indah yang dapat mereka nikmati di masa akan datang", ujar Datuk Choon Yee Seiong, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Berhad.

Dianjurkan oleh UBM Asia, Anugerah JNA mengumumkan 15 Penerima daripada 44 penyertaan dalam 12 kategori anugerah yang merangkumi Inovasi Industri Tahun Ini, Inisiatif Kemampanan Tahunan dan juga Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, anugerah tertinggi yang dianugerahkan oleh Anugerah JNA.





 Anugerah yang mendapat pengiktirafan tertinggi ini didedikasi untuk mempromosi dan meningkatkan kecemerlangan, kepimpinan, inovasi dan amalan perniagaan terbaik dalam komuniti pembekal, pengedar dan penjual barang kemas dan batu permata. "Industri kami menghadapi beberapa keadaan dan tempoh yang mencabar, namun kami tidak berputus asa atau kehilangan semangat juang. Sebaliknya, inilah masanya untuk menjadi inovatif. Ini adalah masa untuk mencari peluang perniagaan dari sudut yang berbeza, dan membentuk kerjasama bagi mewujudkan situasi menang-menang. Syarikat dan individu dalam kelompok kami berkongsi wadah ini, untuk memacu perniagaan mereka ke hadapan. Sekali lagi, saya ingin merakamkan penghargaan saya yang mendalam dan tahniah kepada semua syarikat dan individu yang mengambil bahagian dalam Anugerah tahun ini. Bersama-sama, kita akan berjaya menjadikan industri ini berkembang", kata Letitia Chow, Pengerusi Anugerah JNA, Pengasas JNA, dan Pengarah Pembangunan Perniagaan - Kumpulan Perhiasan di UBM Asia.
Read More

05 October 2018

Menangi Pakej Umrah dengan menyertai Skim THOHIR

Assalamualaikum, hai semua.. Pernah dengar tentang Skim Thohir tak? Sekarang hingga 31 Oktober ni korang berpeluang memenangi pakej umrah  dengan hanya menyertai Skim ini.

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.


Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.



Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.
Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.

Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.


SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan:
• Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
• Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
• Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
• Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Syarat-syarat penyertaan kempen:

• Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
11 kaunter PPZ-MAIWP
Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
Majikan di syarikat atau organisasi
TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”





Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com