Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

05 September 2021

Review Kurma Rose dan Rilax Nite Dari Kitsui Malaysia

Assalamualaikum dan hai, 

Badan lemau, letih dan tak bertenaga untuk menghadapi kerja rumah dan kerja pejabat? Qiss pun selalu alami masalah ni. Sedangkan tidur cukup. Pagi bangun pun positif. Tapi masih rasa penat nak mulakan hari baru.

Kitsui Kurma Rose dan Kitsui Rilax Nite

Masa tengok laman web Kitsui Malaysia hari tu, Qiss perasan dua produk dari Kitsui iaitu Kurma Rose dan Rilax Nite.  Dua-dua produk ni Qiss belum pernah cuba. Sebab tu lepas cuba dan nampak hasilnya memang tak sabar Qiss nak kongsikan dengan anda semua.

Sebelum tu, jom kita kenal dulu produk Kitsui Kurma Rose + Vit C ni.

Kitsui Kurma Rose ni diperbuat daripada 100% susu segar dan membantu:

- Membekalkan tenaga sepanjang hari 

- Mengekalkan kandungan air dalam badan

- Membantu sistem penghadaman

- Sesuai untuk semua peringkat usia 

Bahan-bahan 

1. KURMA: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber Kurma memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat. 

Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium. 


2. BUNGA ROSE: Memberikan mood ketenangan kepada anda dalam situasi yang sangat sibuk dan banyak masalah.


3. VITAMIN C: Ramai orang perlu mula mengambil suplemen yg mengandungi vitamin C utk membantu meningkatkan tenaga badan, sehingga dapat mencegah badan dari cepat letih. Vitamin C juga membantu meningkatkan imunisasi badan pada waktu pandemik ini.

Cara Penggunaan

1. Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam atau sejuk.

Lebih sedap di campurkan dengan air sejuk.

2. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. 

3. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.

Kesan Pengunaan

Qiss kadang-kadang tak rajin nak pakai set penjagaan wajah. Tapi sejak amalkan minum Kitsui Kurma Rose ni, bangun pagi je mesti tengok kulit tangan dan muka. Nampak lebih anjal dan lebih lembut. Mula-mula terperanjat juga. Tapi Qiss teruskan minum selama seminggu. 

Badan tak letih bila bangun pagi dan senang nak membuang air besar sebab Qiss ada masalah sembelit. 

Tak cepat lapar, minum Kitsui Kurma Rose ni pun salah satu alternatif Qiss untuk turunkan berat badan sebab kandungan kurma dalam produk ni membuat Qiss rasa kenyang tak seperti selalu setiap jam pasti cari makanan untuk dikunyah.


Kat sini Qiss kongsikan juga beberapa testimoni daripada pengguna:

Kitsui Rilax Nite

Siapa yang ada masalah susah nak tidur? Penat macam mana sekalipun selagi tak pukul 3 pagi tak boleh nak tidur. Jenis Qiss tidur awal tapi pukul 3-4 pagi kucing Qiss mula mengacau main pagi-pagi buta. Esok nak kena bangun awal kerja pagi lagi. Memang stress dan depress kalau hari-hari macam ni kan. 

Lepas jumpa Kitsui Rilax Nite, masalah susah nak tidur tu hilang. Ambil 1 sachet sebelum tidur, selepas 10 minit terus boleh tidur lena. Dan yang best lagi semua stress dan serabut2 semua hilang. Aman rasa dapat tidur sampai pagi. Takdelah asyik terjaga je kan.

Kitsui Rilax Nite ni sesuai untuk anda yang ada masalah seperti dibawah:

1. Susah Tidur Malam

2. Otak Stress Dengan Kerja

3. Badan Penat Tapi Otak Terus Berfikir

4. Gangguan Tidur

“Setiap hari adalah istimewa, begitu juga anda, dan jaga diri anda"

Bahan-bahan: 

1. Chamomile: memberi rasa santai dan ketenangan.

2. Ashwagandha: Mengurangkan tekanan dan kegelisahan, membantu tidur malam yang sihat & tenang.

3. Vitamin C: membantu memperbaiki sel dan menguatkan imunisasi badan.

Kesan Penggunaan:

– Badan terasa ringan, santai dan membantu kitaran tidur yang semulajadi. Memberikan tidur yang nyenyak tanpa sering terjaga.

– Mengurangkan tekanan “kegelisahan”. Pada waktu siang kita alami banyak perkara yang mengganggu mood kita. Dengan produk ini, Qiss lebih tenang dan tak berfikir secara melampau.

– Memperbaiki sel

– 100% Selamat kerana diperbuat daripada bahan botani

Cara Penggunaan:

1. Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam atau sejuk.

Lebih sedap di campurkan dengan air sejuk.

2. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. 

3. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.

Berikut adalah beberapa testimoni daripada pengguna:

Bebas bahan-bahan berbahaya

Produk Kitsui Kurma Rose dan Rilax Nite ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau. 

Telah mendapat pengiktirafan Halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ramuan Semulajadi untuk anda

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.

Anda akan kelihatan Cantik Semulajadi

Produk ini boleh di beli di Watsons dan juga Shopee.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty


Kitsui Rilax Nite

Website : https://kitsui.com.my/product/kitsui-rilax-nite/

Shopee mall : https://shopee.com.my/product/100810671/3560409464?smtt=0.100812150-1629105356.9


Kitsui Kurma Rose

Website : https://kitsui.com.my/product/kitsui-kurma-rose/

Shopee mall : https://shopee.com.my/product/100810671/7961915039?smtt=0.100812150-1629105336.9

Read More

01 September 2021

Flagship Killer realme GT Master Edition Enters Malaysia together with Joe FIizzow, Hullera, and Bunga as realme 5G Ambassadors


PETALING JAYA, 1st September 2021 — realme Malaysia today released the realme GT Master Edition in the market followed by its global launch during the realme Fan Festival 2021. The realme GT Master Edition is furnished with a Qualcomm Snapdragon 778G processor chip, 120Hz Super AMOLED Fullscreen, and supports 65W SuperDart Charge. realme fans will be able to purchase the long-awaited flagship series of realme smartphones lineup starting from 9 September via its official first sale on Lazada.

“Two weeks ago, we have just launched realme Book in Malaysia, and today we are thrilled to bring another product which many Malaysian fans have been waiting for, the realme GT Master Edition. The realme GT Master Edition is the birth of another masterpiece through realme’s collaboration with Mr. Naoto Fukasawa. This Master Edition of realme flagship smartphones is the first brand to introduce 3D vegan leather technology in the smartphone industry. Fans can expect realme to continue its Dare to Leap spirit by developing and presenting more comprehensive devices and flagship experiences to them in the future,” said Tiffany Teh, Brand Director of realme Malaysia.

Award-winning Master Design by Naoto Fukasawa

The design of realme GT Master edition is inspired by the most representative thing in travel – suitcases. Every time people open and close their suitcases, they will recall the story of their travels. Naoto Fukasawa extracts inspiration from life and amazes the industry with a new and interesting horizontal grid suitcase design on the smartphone that will arouse the urge of people to travel and explore. realme GT Master Edition also adopts a concave vegan leather process which is the industry's unprecedented vegan leather design. 

realme GT Master Edition offers two color options: Voyager Grey and Daybreak Blue. The use of low saturation and high tolerance grey color makes people feel comfortable and tranquil at a glance. realme used the most direct method - a 6-step ink printing process to achieve a delicate color effect. The color of daybreak used Japan's patented PICSUS®️ technology - nano-laminate coating to give the phone a metallic shiny feel and enable it to refract holographic colors at different angles.

Qualcomm Snapdragon 778G 5G Flagship Processor that adopts 6nm advanced process

The device undoubtedly brings a comprehensive and powerful performance experience as it is powered by the Qualcomm Snapdragon 778G 5G flagship processor, adopting the current 6nm advanced process, four A78 architecture super cores, and the main frequency is up to 2.4GHz. realme GT Master Edition already supports the 90-frame mode of Honor of Kings.

Flagship Display

realme GT Master Edition’s 6.43-inch display features the Samsung AMOLED Fullscreen. It supports 120Hz screen refresh rate and 360Hz touch sampling rate, and has 100% DCI-P3 wide color display. It has rich color expression, narrower frame and lower energy consumption.

4300mAh Battery Pairs Up with realme 65W SuperDart Charge

realme GT Master Edition has discovered 65W low-voltage high current flash charging and adopted a 3C-Certified dual-cell design, supporting a higher charging efficiency and making it safer to the users. VCVT intelligent tuning algorithm can intelligently adjust the voltage and current, finely adjust the unit and thus improve the charging efficiency along with reducing the unnecessary heat loss caused during charging.

Flagship Camera

realme GT Master Edition’s camera is able to satisfy users’ photography needs as it is equipped with a 64MP primary camera, a 119° ultra-wide lens, and a 4cm macro lens. The 64MP professional camera can record perfectly from far to near, from day to night, and from portrait to landscape. On the front, the device features a 32MP selfie camera with a Sony IMX615 sensor, F2.45 aperture, 85-degree field of view (FOV), and 6560*4928 resolution. 

This sensor allows better image quality with high resolution, enabling every selfie to be super sharp. realme introduces the exclusive and professional street photography mode in realme GT Master Edition after working with many professional street photographers to discuss the methods in creating emotive and storytelling street photography. The two characteristics of ‘fast’ and ‘real’ are the keys to developing this new mode that can quickly capture and reduce the interference of algorithms. 

In terms of filters, photography enthusiasts will also be able to try out the new Street filter that provides a science of colour for street photography. realme simulates film effects based on Kodak, a century-old imaging brand, to provide a visual effect with strong color contrast. 


GT Mode On to Unleash The Greatest Performance

When GT Mode is on, the peak performance will be unleashed with maximum CPU, Ultra Reality Enhanced Picture Quality, Ultra-HD Visual Effects, Game quick launch, and 4D gaming vibration On. The Vapor Chamber Cooling System is efficient in reducing the temperature while keeping the phone in a high performance state. 

8GB RAM + 256GB ROM, Steps Advance with DRE Technology

Furthermore, the Advanced Dynamic RAM Expansion Technology (DRE) equipped in realme GT Master Edition can convert ROM into virtual RAM in order to multitask more smoothly. In regards to that, the device will expand its 8GB RAM with an additional 5GB virtual RAM. With the huge RAM size, users will not have to worry about lagging issues and assured super smooth daily use performance.

Product Availability

Product

Color

Sales Info

realme GT Master Edition

8GB + 128GB

RRP: RM1,499

Voyager Grey

 

Daybreak Blue

First Sale on 9th of September via realme Malaysia’s Lazada Flagship Store

            Promotional Price: RM1,399

            Only on 9.9 Sales

            Link: https://bit.ly/gtme8128pr

 

realme GT Master Edition

8GB + 256GB

RRP: RM1,699

Voyager Grey

 

Daybreak Blue

First Sale on 9th of September via All Authorized Stores and Lazada

            Only on 9.9 Sales

            Free Gift: realme Soundbar

worth RM129

            Link: https://bit.ly/gtme8256pr

To find out more about realme’s events and promotion, do follow our Facebook page and Instagram at @realmemalaysia.

#realmeGTMaster

#MasteryBeyondSpeed 

#GoToExplore

#FlagshipKiller2021

Read More

31 August 2021

RM100,000 Barangan Dapur Dimenangi Pemenang-Pemenang Peraduan Makan & Menang Anjuran LENGQUAS

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2021, -Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021.Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumukan secara rasmi melalui media sosial LengQuas.

Selain menawarkan hadiah buat pembeli0pembeli LengQuas, KOPETRO turut menawarkan hadiah-hadiah lumayan buat ejen-ejen dan pengedar-pengedar yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April, Mei dan Jun 2021.

LengQuas adalah produk keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd. salah sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula mmperkenalkan dua menu produk sejuk beku pada tahun 2019. LengQuas boleh ditempah secara atas talian melalui akaun sosial media Facebook dan Instagram @LengQuas.official. Tempahan boleh dibuat juga melalui WhatsApp di talian 017 319 5764

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Encik En. Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, biarpun KOPETRO sudahpun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seumpana Makan & Menang diadakan bagi mana-mana anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan di luar jangkaan yang diterima melalui peraduan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas untuk berusaha dengan lebih inovatif lagi demi meningkatkanjualan LengQuas pada masa hadapan. 



Ahmad Shakir memaklumkan bahawa sepanjang tempoh peraduan dijalankan pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan termasuklah mengiklankan produk-produk LengQuas di stesen televisyen. Hal ini menyebabkan sambutan yang luar biasa di terima sehinggakan jumlah pengeluaran produk LengQuas terpaksa di tingkatkan demi memenuhi permintaan pembeli. Sambutan yang cukup hebat ini juga dirasai ejen-ejen dan pengedar LengQuas yang turut menambah jualan tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.

Tambah beliau lagi, KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai 400 ejen berdaftar serata Malaysia. Sedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini. 


Sambutan yang memberangsankan unu membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makan tradisional seperi Ayam Percik, Daging Masak Hitam, dan Daging Dendeng. Makanan sejuk beku amat mudah , cepat disediakan juga enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga. 

Untuk informasi lanjut mengenai senarai produk LengQuas,ikuti Akaun media sosial LengQuas di Facebook, Instagram dan TikTok.

Read More

28 August 2021

Hidup Lebih Efektif Bila Luangkan Masa Bermain Game Di plays.org

Assalamualaikum dan hai, 

Mengisi masa lapang sewaktu musim pandemik covid-19 ni tidak mudah. Bagi yang suka menanam pokok, mereka suka tuai hasilnya. Bagi Qiss, Qiss suka duduk dalam rumah dan buat aktiviti santai seperti bermain game. 

Qiss selalu tengok suami Qiss main game, jadi dia ajar Qiss main game dekat plays.org ni. Mula-mula kekok juga sebab Qiss jarang main game. Rupanya banyak manfaat juga seperti:

Mengurangkan tekanan dan stress

Bermain game selalunya orang berfikiran negatif dan selalu orang kata membuang masa. Sedangkan bermain game dapat membantu mengurangkan tekanan mental dan emosi. Macam Qiss tak dapat keluar pergi event macam biasa jadi Qiss susah nak dapat idea kreatif untuk penulisan blog Qiss.

Salah satu sebab Qiss kata macam ni mungkin bergantung kepada individu itu sendiri. Macam Qiss, bila dapat bermain game dan capai target yang kita nak, Qiss rasa lebih gembira dan senang nak buat kerja selepas itu.

Mengeratkan hubungan keluarga

Bermain game juga dapat mengeratkan hubungan keluarga. Qiss kalau main game mesti suami ada kat sebelah. Kadang-kadang main game sama-sama takpun suami Qiss akan tolong Qiss untuk naik ke peringkat seterusnya. Maklumlah suami Qiss pandai bab-bab game ni.

Seronok bila dapat pasangan yang suka minat yang sama. Jadi tak bergaduh kalau masing-masing sibuk dengan game masing-masing.  Malah Qiss suka bertanding markah game dengan suami Qiss. Selalunya Qiss kalah dan kena belanja suami makan. Ok juga kan. Dapatlah bergurau senda.

Isi Masa Terluang

Setelah penat bekerja seharian, otak kita perlukan rehat. Qiss suka main game sebelum tidur setelah seharian penat bekerja dan membuat kerja rumah. Masa sebelum tidur tu memang dikhaskan untuk bermain game. Tak lama dalam setengah jam macam tu je. Boleh Qiss rehat sambil mencuba game yang terdapat di web plays.org

Game menarik di plays.org

Kalau anda tak tahu nak main game apa kat plays.org jom cuba game yang Qiss cadangkan ni:

1. Teenage Mutant Ninja Turtles Pizza Quest 

Seronok rupanya main game lawan-lawan ni. Untuk main game ni kita perlu special skills. Kena upgrade senjata dan kena complete kan level. Bila dah complete level tu baru best nak tunjuk markah kat kawan-kawan kan.


Sebelum main boleh baca rating dulu. 




Comel ye watak Teenage Mutant Ninja Turtle ni. Jangan risau kalau tak pandai main sebab ada arahan yang perlu diikut sebelum mula bermain.

Kalau nak cuba game ni, boleh klik sini: 

https://plays.org/game/tmnt-pizza-quest/


2. Nick Ultimate Mini Golf Universe: Best Free Minigolf Game

Bagi yang suka bersukan tu boleh cuba main game ni. Tapi game ni untuk peminat sukan golf. Susah ye nak masukkan bola golf tu dalam lubang dia. Ada je halangan. Siap ada rekod jumlah mata lagi. Tiba-tiba rasa macam pemain golf professional pula.





Seronok main golf sambil ditemani kartun dari Nickelodeon ni. Jom main: 
https://plays.org/game/nick-ultimate-mini-golf-universe/

3. Space Adventure Pinball Game

Game pinball ni normal kalau main kat komputer dulu-dulu. Tak sangka boleh main lagi game ni kat plays.org. Seronok main tapi lebih baik guna desktop baru puas hati tengok skrin.


Nak main game ni? Klik sini: https://plays.org/space-adventure-pinball/

Semua game ni Qiss main kat telefon pintar. Boleh main sambil baring dan rehat. Nak buka kat desktop pun boleh. Yang penting semua game kat plays.org ni memang FREE / PERCUMA ye. Rugi kalau anda tak main masa waktu terluang.

Untuk lebih banyak pilihan game boleh layari https://plays.org/ dan mula bermain sekarang. Pasti hidup anda akan lebih ceria.

Read More

27 August 2021

Senarai Kabinet Baharu Tahun 2021

Selepas pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke Kesembilan, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berikut adalah senarai kabinet baharu tahun 2021.

(Tiada Timbalan Perdana Menteri)

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong


Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz


Menteri Kewangan

YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa


Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya 

YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup


Menteri Kanan - Menteri Pendidikan 

YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) 

YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed 

Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas)

YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad

Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin 


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tuan Idris bin Ahmad 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib


Menteri Pengangkutan 

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong


Menteri Alam Sekitar

YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman 


Menteri Sumber Manusia 

YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim 


Menteri Wilayah Persekutuan 

YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim 

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias 


Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datuk Seri Rina Binti Harun 

Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff


Menteri Pengajian Tinggi 

YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad 


Menteri Tenaga dan Sumber Asli 

YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan 

Timbalan Menteri 

YB Datuk Ali Anak Biju 


Menteri Dalam Negeri 

YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin


Menteri Kesihatan

YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar 

Timabalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali

Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang


Menteri Pertanian dan Industri Makanan 

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah 

Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh 


Menteri Pembangunan Luar Bandar 

YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad

Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah 


Menteri Luar Negeri 

YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah 

Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

YB Datuk Alexander Nanta Linggi 

Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid


Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa 

Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 

YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican 

Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 

YB Datuk Seri Dr Adham Baba 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar 

Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya 


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin 

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng 

Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin


Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan 

YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri 

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu


Menteri Perpaduan Negara 

YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal 


Menteri Belia dan Sukan 

YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Read More

26 August 2021

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Ketenangan Jiwa Dan Tidur Yang Tenang

Assalamualaikum dan hai, 

Sejak PKP hidup jadi tak tentu arah, penat, susah nak terima yang kita tak boleh keluar bekerja macam biasa. Duduk rumah sampai dah bosan tak tahu nak buat apa.

Qiss cuba aplikasi Mindful Muslim 


Sampai satu tahap tu terfikir nak buat apa dekat rumah ni kan. Memasak, basuh baju, kemas bilik semua dah siap. Tapi hati masih kosong. Rupanya Allah bagi cuti kerja ni sebab Allah sayang. Allah nak dengar kita berdoa, Allah nak kita perbaiki solat dan ibadah kita. 

Menangis Sebab Aplikasi Mindful Muslim

Sebelum pandemik covid-19 Qiss jarang ada masa untuk beribadah dengan baik. Sebab rumah jauh dengan tempat kerja, perjalanan sejam lebih, kadang tumpang suami pergi kerja pagi tapi event petang. Kena la keluar awal. Kadang-kadang sampai lewat malam baru sampai rumah.

Allah tengok pun letih ye. Bila lah hamba Aku seorang ni nak beribadah, berzikir dan membaca Al-Quran. Sekali Allah jentik hati ni, terus menangis bila dah siap install Aplikasi Mindful Muslim ni, terus dengar ayat suci Al-Quran. Dalam hati kata, Ya Allah, ampunkan kelalaian ku beribadah kepadamu. Sebelum ni aku berusaha cari duit tanpa pedulikan Kau yang memberi rezeki. Ye, betul. Qiss tersentap masa ni.

Hati Lebih Tenang Dan Tidak Cepat Marah

Sejak diperkenalkan dengan Aplikasi Mindful Muslim ni, hati Qiss lebih tenang. Qiss akan buka ayat suci Al-Quran sambil buat kerja. 

Qiss dah tak pedulikan media sosial. Kalau tak sebelum ni 24jam dengan media sosial. Qiss akan buka aplikasi ni sambil tengok tanaman Qiss. Hati lebih tenang, susah nak marah dan kurang dah gangguan makhluk halus yang sering ganggu Qiss sebelum ini.

Apa Tujuan Sebenar Aplikasi Mindful Muslim ni?

Mindful Muslim merupakan aplikasi  berteraskan Islam yang dilengkapi dengan bacaan ayat Al-Quran, Bacaan Ruqyah, Surah-surah, Zikir, Kisah para Nabi, ceramah motivasi dan doa-doa khas untuk ketenangan hati. 


Doa langsaikan hutang. Dulu doa dalam bahasa Melayu je, sekarang boleh dengarkan doa untuk langsaikan hutang dalam aplikasi Mindful Muslim ni. Sekurang-kurangnya kita masih ada alternatif untuk mensyukuri nikmat yang diberi dan memohon pertolongan daripada Allah.

Ada satu bahagian dalam aplikasi ini yang mengumpulkan bunyi alam semula jadi yang cukup menenangkan seperti bunyi air terjun, bunyi ombak dan pelbagai lagi.


Qiss akan buka aplikasi ni masa memasak bekal untuk suami pagi-pagi jadi sambil memasak sambil dengar alunan ayat suci Al-Quran.  Jadi takdelah rasa sunyi. Lepas tu malam sebelum tidur Qiss akan dengar bunyi air terjun kadang-kadang bunyi ombak sebab rindu sangat nak jungle trekking dan ke pantai sambil dengar kata-kata motivasi dari aplikasi Mindful Muslim. 

Background sound ni sesuai dengar bila nak tidur, jadi otak kita lebih tenang dan mudah untuk melelapkan mata.


Macam ni contoh playlist Qiss. Kalau nak ubah atau tambah ayat yang lain pun boleh. Senang nak uruskan playlist ni ye.

Diari

Dalam aplikasi ini juga ada ruangan seperti diari yang membolehkan kita menulis apa yang kita rasa dan taknak orang tahu. Untuk mengakses ke ruangan diari ini anda perlu memasukkan kata kunci atau password jadi tak semua orang boleh akses bahagian ini sewenangnya.





Siapa yang perlu install aplikasi ini?

Semua orang boleh download aplikasi ni sebab aplikasi ni membantu menenangkan jiwa kita. Melindungi diri kita dari gangguan jiwa dan mental. Membuatkan kita sedar yang kita sebenarnya tidak keseorangan dalam kehidupan kita. 

Ambil kata-kata dari aplikasi ni sebagai motivasi untuk mulakan hidup baru setiap hari. Inshaa Allah semua kesukaran akan dipermudahkan dan segala hutang mudah untuk diselesaikan.

Kalau anda nak cuba aplikasi ni boleh muat turun aplikasi Mindful Muslim dari pautan di bawah:-

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513

Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

#MindfulMuslimMy #MindfullMuslim

#MindfulMuslimApp #MotivasiIslam

Read More

19 August 2021

LIVE Sharing Eksklusif Bersama Tun Mahathir Di Platform YEG Academy

Platform pendidikan dan kerjaya atas talian, Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif.

Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan.

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang.

Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM.

Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim.

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini.

Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi.

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy .

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com