Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

05 October 2019

Menarik! Promosi Set Jimat Jumaat Marrybrown

Setiap kali hari Jumaat mesti jalan sesak kalau nak balik rumah lepas kerja. Jadi Qiss ambil keputusan untuk makan dulu sebelum sampai rumah. Kebetulan Qiss memang nak singgah pasaraya beli barang dapur sikit jadi Qiss singgah kat Citta Mall.

Lepas beli barang dapur tu rasa lapar sangat dan Qiss pilih nak makan kat Marrybrown. Marrybrown ni restoran makanan segera yang merupakan restoran kegemaran Qiss dan keluarga. Kalau datang kat sini tak sah kalau tak ambil tempat duduk buaian.

Menarik kan. Sambil makan sambil hayun buaian. Nikmat sangat tu. Ok, perut dah lapar jadi Qiss teringin sangat nak makan ayam goreng dan yang bestnya bila adik kat kaunter tu cakap, kak, nak jimat tak? Kita ada promosi Jimat Jumaat ni harga terbaik dan dapat 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget ayam.


Qiss pun setuju jelah sebab fikirkan hari Jumaat dan jalan nak balik ke Kajang mesti sesak punyalah. 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget ayam ni kalau makan sorang pun boleh habis tu. Harga set ni pula ialah RM19.90 tak termasuk cukai. Bila dah termasuk cukai tu RM21.10 aje. Lebih jimat daripada set biasa.

Bagi korang yang tak makan banyak, baik korang ajak kawan-kawan atau keluarga makan sekali sebab promosi ini hanya untuk dimakan di Restoran Marrybrown je. Set ni tak didatangkan dengan air minuman jadi korang boleh order asing air minuman.



Buat korang yang biasa makan ayam goreng kat Marrybrown ni mesti tahu yang Marrybrown ada dua jenis ayam goreng iaitu original dan pedas. Untuk set Jimat Jumaat ni korang boleh pilih ayam goreng kegemaran korang tu. Qiss suka pedas jadi memang Qiss pilih yang pedas aje. Sambil makan tu sambil duduk kat kerusi buaian. Kalau korang nak merasa duduk kat buaian ni korang kena datang awal sebab selalunya tempat duduk ni paling cepat penuh.

Promosi Jimat Jumaat ni  hanya ada pada setiap hari Jumaat pada tarikh 20/9, 27/9, 4/10, 11/10, 18/10, 25/10 & 1/11. Jadi masih ada masa untuk korang bawa kawan-kawan dan keluarga makan kat Marrybrown. Promosi ini ada di semua cawangan Marrybrown kecuali Genting Highland, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang.


Setiap set ada 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget ayam. Memang kenyang dan berbaloi sangat untuk korang. Jangan lupa dapatkan di Marrybrown berdekatan korang pada tarikh-tarikh yang Qiss dah share tu. Qiss pun bercadang nak bawa keluarga pula makan sekali kat Marrybrown, bukan apa Qiss nak juga kongsi detik gembira dengan keluarga kan. Tak sabar nak tunggu hari Jumaat setiap minggu ni.

Untuk maklumat lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=118664801523201&ref=content_filter
Instagram: @marrybrownmy
Read More

02 October 2019

Review Lenovo IdeaPad S340

Suka tak kalau anda ada laptop baru yang sesuai dengan kegunaan korang seharian? Kalau Qiss mestilah suka sangat. Baru-baru ni Qiss guna Lenovo IdeaPad S340.Laptop baru oii..heehee


Keistimewaan Lenovo IdeaPad S340 kali ini ialah kerana ia dibina dengan teknologi potongan melengkung dan untuk memastikan performance on the go, Lenovo IdeaPad S340 ni dikuasakan oleh 2nd Generation AMD Ryzen  Mobile Processor dengan Radeon Vega Graphics. Kiranya kalau pakai laptop ni korang boleh dapat view yang cantik masa tengok video,bermain  game ataupun masa edit video.

Macam Qiss selalu guna untuk menaip je kan, apa yang Qiss pentingkan ialah keselesaan papan kekunci.


Antara fungsi dia yang Qiss suka ialah keyboard yang lembut dan tak bising, bahagian papan kekunci ni agak besar sebab sebelah kanan ada kekunci untuk nombor. Jadi ada dua bahagian untuk taip nombor ikut keselesaan anda.



Berat ke laptop ni? Tak berat sangat pun, berat dia ialah 1.55kg dan lebih nipis berbanding laptop yang lain. Dengan ketebalan 17.9mm je anda boleh bawa laptop ni ke mana sahaja.

BACA JUGA >> Lenovo Announced A Partnership With Microsoft To Offer Preinstall Windows 10


Audio
Best ke guna laptop ni tengok filem kegemaran korang atau dengar lagu di Youtube? Seronok sebenarnya sebab system audio Lenovo IdeaPad S340 ini menggunakan system Dolby speaker system.



Display
Skrin paparan yang lebih luas pastinya membuat anda lebih teruja.

Kamera
Fungsi kamera Lenovo IdeaPad S340 boleh dilaraskan menggunakan butang untuk membuka dan menutup kamera. Ini bagi melindungi anda privasi anda sebagai pengguna.

Untuk spesifikasi Lenovo IdeaPadS340 korang boleh lawati https://www.lenovo.com/my/en/
Read More

29 September 2019

KL Tower International Jump Malaysia 2019 Penuh Aksi Dan Mendebarkan

Memasuki tahun ke 19 acara tahunan terjunan base dan acara ini merupakan acara utama Menara Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat dari penerjun seluruh dunia.

Acara KL Tower International Jump ini berlangsung dari 26 September 2019 hingga 29 September 2019. Anggaran peserta pada tahun ini seramai 100 orang.



Qiss pun tak terkecuali untuk melihat aksi penerjun professional ini secara dekat.
Dengan pembelian tiket Sitting on the Edge, para pengunjung Menara Kuala Lumpur dapat menyaksikan saat-saat para penerjun terjun ke bawah dan seterusnya membuka payung terjun hingga selamat mendarat.

Ni lah tebing nya. Korang berani tak?

Acara terjun base ini berlangsung di empat lokasi berlainan iaitu:

Menara Alor Setar International Jump @menaraalorsetarofficial 11-13 September 2019,

Gua Damai International BASE Jump @guadamaixpark Batu Caves 15-17 September 2019

Sibu International BASE Jump @wismasanyan 19-22 September 2019

KL Tower International Jump Malaysia 2019 @menarakl 26-29 September 2019

Hanya di Menara KL para penonton dapat melihat aksi ini dengan lebih dekat iaitu dengan duduk di tebing Menara Kuala Lumpur.

Tiket boleh didapati pada harga RM118.00 bagi pemegang MYKAD Dan RM148 tanpa MYKAD.



Jom cabar diri korang untuk duduk di tebing Menara Kuala Lumpur sempena terjunan base berdiri di Malaysia bagi tahun 2019.

Kat sini Qiss kongsikan juga gambar-gambar penerjun terawal pada hari pertama acara ini dijalankan untuk tahun 2019 di Menara Kuala Lumpur.











Jangan lupa bergambar di sky box. Korang boleh tengok pemandangan sekitar menara dari lantai kaca.


Hari ketiga 28 September 2019

Hari ketiga Qiss naik Menara Kuala Lumpur pukul 5 petang dan duduk di tebing Menara Kuala Lumpur bagi melihat sendiri aksi penerjun.

Acara petang tersebut berakhir pada jam 6 petang dan disambung pada jam 8 malam.





Cuaca makin cantik sebab jerebu dah kurang. Yeahh.


Dan yang ni gambar paling cantik sebab duduk kat tebing lepas tu dekat dengan platform penerjun. Sebab tu Qiss syorkan kat korang untuk duduk kat tebing tu.

Acara tahun ini diuruskan oleh Ababil Base Jump Club dari aspek teknikal. Kelab ini terdiri daripada penerjun base tempatan Yang mempunyai pengalaman dan kemahiran menguruskan dan menyelaras aliran teknikal acara ini.

Acara ini juga disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) , Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Unifi, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Starbucks, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT), MyBalloon Adventure, MYDIN, AirRider, Spectrum Photo Solution, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), OASIA Suite Kuala Lumpur, Maxx Sports Sdn. Bhd. dan Atmosphere 360.

Tahun depan kita jumpa lagi.
Read More

Ulangtahun Matxi Corp Yang Kedua Diraikan Dengan Meriah

Kejayaan Matxi Corp hari ini yang dulunya dikenali sebagai Matxi S.G adalah disebabkan oleh faktor pengkhususan diri dalam faktor latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu Dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dengan alat sokongan yang professional dan teratur.


Kehadiran lebih 2000 pengedar dari 30 negara untuk meraikan Ulangtahun Ke-2 dan bersempena meraikan Pelancaran Matxi Corp membuktikan bahawa jaringan perniagaan yang luas. Matxi Corp mengumumkan pelaburan strategic dari kumpulan Malaysia dan kini mereka mengorak langkah ke pasaran antarabangsa.



Pencapaian penjualan produk Matxi Corp telah membuktikan bahawa ' Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik' telah melahirkan ahli perniagaan yang berjaya.





Produk Matxi Corp adalah berasaskan tumbuhan dan buah-buahan. Dan sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Matlamat Matxi Corp adalah untuk kepentingan terbaik pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur.

Setelah memasuki pasaran Vietnam, kini Matxi Corp memilih Malaysia untuk pasaran kedua dan seterusnya akan ke Korea dan Amerika Syarikat.

Qiss memang teruja sangat malam tu sebab dapat berjumpa ahli perniagaan di kalangan wanita yang cantik-cantik dan terasa sangat aura positif mereka.

Tengok muka teruja ni

Pengarah Matxi Corp Vietnam, Cik Nhung memberikan semangat untuk meneruskan perniagaan dan sentiasa memberi semula kepada komuniti.

Matxi Corp juga terlibat dalam beberapa bidang lain seperti:

- Hartanah
- Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
- Percetakan dan pembungkusan
- Syarikat Penyelenggara Acara
- Produk Kesihatan dan pengeluaran kosmetik
- Restoran




Matxi Corp adalah pemilik Medino di Vietnam. Medino ini merupakan kilang bersijil GMP dan terletak di Amata Industrial Park.

Kilang ini khusus untuk pembuatan produk makanan dan kosmetik. Kilang ini mampu menghasilkan 1.5 juta produk dalam sebulan.



Kejayaan selalunya lebih berganda apabila berkongsi.  Matxi Corp mengurangkan 10% hasil untung mereka setiap bulan untuk meringankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam.

Selain itu, mereka juga menguruskan sebuah Yayasan Amal Matxi yang dikenali Rumah An Nhien, iaitu tempat perlindungan sosial kanak-kanak dan warga tua.

Persembahan pada malam itu amat menghiburkan dan memaparkan tarian tradisional negara Vietnam dan Malaysia.



Qiss teruja sangat malam tu dan Qiss harap dapat menjadi saksi Ulangtahun Matxi Corp yang ketiga pula nanti.

Untuk maklumat lanjut:
Facebook: www.facebook.com/matximalaysia
Instagram: @matxicorp
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife
Read More

24 September 2019

ETIQA Lancar Rider Penyakit Kritikal Pertama Di Malaysia Dengan Perlindungan Penyakit Mental

Anda dah mempunyai insurans atau belum? Tahu atau tidak sebenarnya kepentingan mempunyai insurans bagi merawat penyakit kritikal? Bagi yang sudah mempunyai pelan insuran asas Etiqa anda telah membuat keputusan yang bagus.

Penyakit mental merupakan sebuah subjek yang sukar untuk diabaikan, memandangkan peningkatan statistik dalam bilangan kaum lelaki dan wanita di negara ini yang mengalami masalah mental.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, menunjukkan bahawa 27% daripada populasi masyarakat menderita penyakit mental.  Penyakit mental mempunyai banyak kesan kerana ia adalah kecacatan yang merupakan faktor risiko penting untuk penyakit-penyakit lain, serta kecederaan yang tidak disengajakan dan disengajakan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Y.B Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah merasmikan pelancaran rider (atau tambahan kepada pelan insurans asas) penyakit kritikal Etiqa yang pertama di Malaysia dengan mempunyai perlindungan penyakit mental, IL CI Plus (Investment-Linked Critical Illness) hari ini.  Rider ini boleh ditambah kepada pelan insurans asas iaitu SecureLink, sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan, dan melindungi 68 jenis penyakit kritikal, termasuk penyakit mental.

Ahmad Rizlan Azman, Etiqa’s Chief Operations Officer, Rozima Yahya, Etiqa’s Human Capital Director, Chris Eng, Etiqa’s Chief Strategy Officer, YB Hannah Yeoh, Deputy Minister Women, Family & Community Development, Shahrul Azuan Mohamed, Etiqa’s Chief Agency Officer, Norhayati Nordin, Director of Hospital Bahagia, Datin Diana Danielle, Siti Nita Zuhra Mohd Nazri, Etiqa’s Chief Bancassurance Officer


Sebuah forum mini telah diadakan pada majlis tersebut, yang bertajuk "Breaking the Silence on Mental Illness" menampilkan Datin Diana Danielle, selebriti media, Dr. Norhayati Nordin, Pengarah Hospital Bahagia, dan Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Agensi, Maybank Ageas Holdings Berhad sebagai panel dan diacarakan oleh pelakon dan selebriti TV, Daphne Iking.

Bagi Datin Diana Danielle, sekiranya kita merasakan kita mempunyai simptom-simptom penyakit mental ni sebenarnya kita perlu banyakkan rehat dan jadualkan semula rutin yang mengganggu kerja seharian kita.


Y.B. Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berucap pada majlis pelancaran

Y.B Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata, “Saya ingin berterima kasih kepada Etiqa, kerana menjadi syarikat insurans Malaysia yang terulung dalam mengatasi trend industri dengan mengiktiraf penyakit mental sebagai penyakit yang boleh dilindungi dengan insurans.  Rawatan untuk penyakit mental adalah mahal, kerana ia bukanlah sebuah penyakit yang mudah sembuh.  Dengan perlindungan insurans, beban tersebut dapat dikurangkan.  

Pihak kementerian berharap melalui langkah yang diambil oleh Etiqa untuk menyediakan perlindungan bagi penyakit mental ini, lebih banyak syarikat insurans di negara ini akan turut mengikut jejak langkah mereka.”

Mengiktiraf akan kebimbangan mengenai penyakit mental yang semakin meningkat di Malaysia, Etiqa dengan berhati-hati telah merangka sebuah rider penyakit kritikal yang melindungi empat jenis penyakit mental iaitu;

Gangguan Bipolar Afektif;
Gangguan Kemurungan Utama;
Schizophrenia; atau
Gangguan Schizoafektif

Kelayakan untuk mendapatkan perlindungan adalah sangat mudah. Selagi pelanggan tersebut diterima oleh Etiqa, mereka layak untuk dilindungi, tertakluk kepada proses pengunderaitan biasa.

Jenis-jenis perlindungan adalah antara RM1,500, dan sehingga RM30,000 maksimum bergantung kepada jumlah keseluruhan rider yang dipilih.  Apa yang menguntungkan pemegang polisi adalah Etiqa tidak menentukan bagaimana jumlah ini bakal digunakan, oleh itu pemegang polisi boleh menggunakannya untuk yuran perundingan, ubat-ubatan, atau kemasukan ke hospital, mengikut kesesuaian masing-masing.

Ahmad Rizlan Azman, Etiqa’s Chief Operations Officer, Rozima Yahya, Etiqa’s Human Capital Director, Chris Eng, Etiqa’s Chief Strategy Officer, YB Hannah Yeoh, Deputy Minister Women, Family & Community Development, Shahrul Azuan Mohamed, Etiqa’s Chief Agency Officer, Norhayati Nordin, Director of Hospital Bahagia, Datin Diana Danielle, Siti Nita Zuhra Mohd Nazri, Etiqa’s Chief Bancassurance Officer

" Kami berbangga untuk menjadi syarikat insurans pertama di negara ini untuk melancarkan rider insurans sifat ini.  IL CI Plus adalah unik di pasaran kerana bukan sahaja mempunyai jumlah yang perlindungan yang tinggi, pemegang polisi boleh menentukan sendiri bagaimana mereka mahu untuk menggunakan pembayaran tersebut, dan menyesuaikannya mengikut keperluan perubatan mereka," kata Shahrul Azuan, Ketua Pegawai Agensi Maybank Ageas Holdings Berhad.

Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan SecureLink adalah pelan asas yang dibeli bersama IL CI Plus. Ia adalah pelan fleksibel dengan perlindungan komprehensif, yang menawarkan faedah utama, seperti penambahan menyeluruh, perlindungan berterusan, bonus kesetiaan, dan faedah kematian & kecacatan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di 1300-13-8888.

Read More

23 September 2019

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Announces Initiative to Promote Talented Local Artists

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur opened its doors to the public in 1991, serving fresh and authentic American cuisine, alongside pitch-perfect live entertainment. The cafe has since been a highly sought after venue for global and local artists to perform.

(Center) Ranjit Singh, General Manager of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur; (third from right) Noorsalwa Mohd Noordin, Secretary to Country Manager of Hard Rock Cafe Malaysia; and members of Wings at the launch of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur’s Sunday Night Live.

“As a restaurant and hospitality brand with a global footprint, we are committed in our support towards promoting local artists and SNL is created for this very purpose,” said Ranjit Singh, General Manager of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. “This platform will feature popular and established artists along with some new faces giving fans an opportunity to catch their favourite artists live.”

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur today announced the launch of Sunday Night Live (SNL), a platform for local artists to perform at the established venue every two months. Legendary rock band Wings will be the first group to perform at SNL with others to be announced at a later date.

Datuk Awie delivering his speech at the launch of Hard Rock Cafe Kuala Lumpur’s Sunday Night Live.

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur plans to hold its bi-monthly SNL beginning October 2019. The venue is equipped with state-of-the-art audio and lighting technology which will allow these artists to fully demonstrate their sound and abilities to their fans.

Wings who will be kickstarting the outlet’s SNL will be performing with original members Awie (Vocals), Eddie (Bass), Black (Drums) supported by Edri and Sham (Lead Guitars) on Sunday, 6 October 2019.

Lineups for Hard Rock Cafe Kuala Lumpur’s Sunday Night Live, Wings and Lefthanded.

For more information, fans can follow Hard Rock Cafe on Instagram at https://www.instagram.com/hardrockcafekl/

Details:
Venue: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Ground Floor, Wisma Concorde
No. 2, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Contact: +603 2715 5555

Website: https://www.hardrock.com/cafes/kuala-lumpur/

Performance Date: Sunday 6 October 2019

Advance Booking: No

Restaurant Hours: Mondays to Sundays, 11:30 a.m. till late (last order at 10:30 p.m.)

Cover Charge: RM100
Read More

21 September 2019

New Taipei City Destinasi Pelancongan Menarik Untuk di Teroka

Dari 20-22 September 2019 akan berlangsung New Taipei City, New Adventure! Travel Fair kat Nu Sentral, Kuala Lumpur.

20-22 September New Taipei City Travel Fair berlangsung di Nu Sentral


Menariknya dekat sini ada replika Shen'ao Rail Bike untuk korang bergambar kenangan. Acah-acah macam dah sampai ke New Taipei City gitu.



Kat sini juga korang boleh dapatkan cenderahati berbentuk makanan kegemaran orang New Taipei City seperti Kek Nenas dan Eggrolls.

Egg rolls



Kalau korang bertuah, korang akan dapat rasa air bubble milk tea yang dibuat sendiri oleh Komisiner Chang Chi-Chiang dan Senior Vice President Charlie Pan.



Tiket penerbangan PERCUMA


Syarat nak dapat tiket penerbangan ni ialah dengan mengambil gambar di booth yang di sediakan dan muat naik ke Instagram dengan #newtaipeitour
#evaair . Mana tahu rezeki korang menang tiket ni nanti.



Bagi yang telah membeli mana-mana pakej dari EVA Air akan dapat New Taipei City Tour Guide Wallet dan set alat tulis EVA Air serta peluang memenangi kupon minum petang Sweetheart di RSL Hotel Taipei Zhonghe dan voucher untuk 2 orang 2 Hari 1 Malam di F Hotel untuk hari biasa, tiket memorial Taoyuan Airport MRT, iPass dengan rekaan istimewa serta banyak lagi. Jadi korang kena luangkan masa untuk ke Nu Sentral dari 20-22 September 2019 ni.

Bagi menarik pelancong Malaysia ke New Taipei City, pihak kerajaan New Taipei City telah melancarkan gift pack berjumlah RM2500 yang merangkumi telekomunikasi, pengangkutan, cenderahati, tempat menarik, muzium dan kilang pelancongan.

1. 5 pek kek Nenas Shou Shin Bou
2. Baucar data rangkaian Chunghwa Telecom
3. Kupon servis charter oleh Taiwan Taxi Tour
4. Diskaun sehingga 20% untuk pelbagai 1 hari perjalanan di New Taipei City oleh KKday

Majlis pelancaran New Taipei City, New Adventure telah diadakan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Sehingga tahun 2018 lebih 520,000 pelancong Malaysia ke Taiwan.



Terdapat 8 tempat menarik yang mesti anda pergi jika ke New Taipei City:

1. Tamsui-Kavalan Trails
2. Shen'ao Rail Bike
3. Shen'ao Fishing Village
4. Laomei Green Reef
5. Baoshi Mountain Platform
6. Sanxia Old Street
7. Christmas Land in New Taipei City
8. New Taipei City Ho-Hai-Yan Gongliao Rock Festival

Sejak 2009, New Taipei City dan EVA Air telab bekerjasama dan sekarang EVA Air beroperasi 7 penerbangan mingguan dari Taipei ke Kuala Lumpur.



Sempena festival ni, EVA Air melancarkan dua diskaun produk iaitu 4 Hari 3 Malam pakej pelancongan untuk seorang bermula dari RM1329 manakala untuk berkumpulan bermula dari RM2599 untuk 7 Hari 6 Malam. Untuk memenuhi permintaan pelanggan Muslim, EVA Air menyediakan makanan Halal sewaktu penerbangan dan tempahan awal diperlukan sebelum tarikh penerbangan.

Untuk pelancong Muslim, New Taipei City telah menyediakan kemudahan untuk beribadah dan makanan yang Halal. Lebih banyak kemudahan untuk pelancong Muslim akan ditambah dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut:

Laman Web : https://tour.ntpc.gov.tw
Facebook : https://www.facebook.com/ntctour
Instagram : https://www.instagram.com/newtaipeitour

Laman Web: https://www.evaair.com
Facebook : https://www.facebook.com/evaairwayscorpen
Instagram : https://www.instagram.com/evaairways
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com