Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

Read More

Beauty Review l Eco Wellness Sanctuary Spa Bandar Botanik Klang

Rawatan Urutan Aromaterapi Organik
Read More

ETW6: Keunikan Philea Mines Beach Resort

Philea Mines Beach Resort yang juga dikenali sebagai pantai di dalam bandar
Read More

Gadget: Moto Z2 Play

Motorola Malaysia mengumumkan Moto Z2 Play
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

16 August 2019

Safi Shayla Pilihan Wanita Berhijab Atasi Masalah Kelemumur

Wanita berhijab tidak lari daripada masalah kelemumur. Begitu juga remaja yang aktif bersukan dan rambut terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.

Qiss juga bekerjasama dengan model, make up artist dan usahawan yang muda belia dan mempunyai semangat yang tinggi

Qiss juga mengalami perkara yang sama. Jadi Qiss pun nak tahu punca terjadinya kelemumur ni.

Punca utama terjadi kelemumur adalah kerana kulit kepala yang kering. Kekurangan penghasilan sebum (minyak) natural kulit menjadi punca kulit kepala kering.

Penghasilan sebum yang kurang kemungkinan di sebabkan oleh stratum corneum yang rosak.

Sebab lain berlakunya kelemumur adalah :

Syampu yang tidak sesuai
Kebanyakan syampu yang dijual menyebabkan rambut menjadi kering dan menghilangkan kelembapan semulajadi rambut.

Pemakanan
Salah satu cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur ialah pemakanan seimbang yang penuh dengan zat galian, vitamin dan mineral akan merawat secara dalaman, pasti akan menunjukkan kesan luaran. Penghasilan minyak berlebihan ialah disebabkan pemakanan yang berlemak dan tinggi kandungan garam dan gula.

Kulit Kepala Sensitif
Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal.

Jarang membasuh rambut
Rambut yang tidak kerap kena air dan dibersihkan dengan syampu boleh menyebabkan menghasilkan minyak dan lebihan sel kulit.


Koleksi beg silang We Bare Bears


Banyak juga masalah penyebab kelemumur ni. Tapi jangan risau, Qiss akan kongsikan juga cara penjagaan rambut supaya korang tak dibelengu masalah kelemumur ni.

Tip Penjagaan Rambut


Gunakan syampu yang sesuai

Pilih syampu yang sesuai terutamanya daripada bahan semulajadi & syampu  yang dapat membersih sehingga ke kulit kepala.

Amalkan pemakanan yang sihat

Jauhi makanan berminyak dan pedas. Untuk merangsang pertumbuhan rambut makanan yang mengandungi protien dari sumber daging , ikan , telur & zink amat bagus

Lebih kerap mencuci rambut 

Mencuci rambut adalah asas dalam penjagaan rambut dan kita kena lebih kerap mencuci rambut sekiranya ada masalah kelemumur ni.

Gunakan minyak perapi & pelembap yang betul

Pemakaian minyak perapi yang betul  ialah dengan letakkan pada hujung rambut bagi mengelakkan rambut kering dan bercabang

Bagi memudahkan semua, Qiss cadangkan penggunaan syampu rangkaian Safi Shayla anti kelemumur yang kini telah berada di pasaran.

Rangkaian produk Safi Shayla

Produk pertama Qiss guna ialah Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control. Korang picitkan sikit kat tangan kemudian sapu kat kulit kepala. Mask ni dapat membantu kurangkan kegatalan kepala korang.

Kedua, Qiss guna minyak rambut Safi Shayla Anti Kelemumur. Cara penggunaannya sungguh mudah iaitu dengan titiskan beberapa titis minyak ke tapak tangan kemudian sapukan di kulit kepala bagi mengekalkan kelembapan kulit kepala.

Kemudian Qiss gunakan Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla. Bagi minggu pertama Qiss akan mencuci rambut setiap dua hari sekali dan seterusnya jika kelemumur sudah berkurangan Qiss akan mencuci rambut tiga hingga empat hari sekali.



Terdapat empat beg yang berlainan untuk korang dapatkan dengan pembelian rangkaian produk Safi Shayla bernilai RM35 dan ke atas di pasaraya yang terpilih. Jangan lupa untuk kumpulkan kesemuanya.



Senarai pasaraya yang terpilih untuk pembelian rangkaian produk Safi Shayla dan menebus beg edisi terhad We Bare Bears.

Untuk makluman lanjut, layari:
http://safi.com.my/bm/products/personal-care/shampoo/
Read More

9.9 Super Shopping Day Memperkenalkan Cristiano Ronaldo Sebagai Duta Shopee

Dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna.

Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital.

Kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah. Dengan ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna. Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa, dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day.

Zed Li (kiri), Head of Business of Shopee Malaysia with Song Hock Koon (kanan), Director of E-Commerce MDEC at the Shopee 9.9 Super Shopping Day Launch

Akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9.

Mengalu-alukan inisiatif itu, Song Hock Koon, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, berkata, "Salah satu objektif MDEC adalah untuk menggalakkan penglibtatan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital kerana inisiatif sedemikian akan membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif. Kami sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri dan mempercayai bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha keusahawanan digital."


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, Misi Shopee sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat tempatan dengan cara yang bermakna dan mampan menerusi inisiatif seperti kempen jualan kami yang akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek. Pada masa yang sama, saya sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami, Cristiano Ronaldo. Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting bagi kami. Ini menjadikan kami lebih daripada sekadar sebuah platform membeli-belah kerana kami terus memberi inspirasi kepada pengguna dan mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti yang terbesar di dunia.

Pada hari pelancaran 9.9 Super Shopping Day di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Shopee mengumumkan duta terbarunya, Cristiano Ronaldo. Sebagai salah seorang atlet yang paling hebat, beliau adalah inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak bergema dengan komitmen Shopee terhadap penggunanya. Beliau akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasarannya dalam pelbagai aktiviti untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada orang ramai di rantau ini.

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:
Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1.

Pek Baucar Hebat RM9.90

Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan.


One or Not

21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh.

Pemegang kad Standard Chartered Mastercard

 Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.

Shihlin Taiwan  Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup)

Wonda Coffee  Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama.

Dunkin Donuts  2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.

Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.

The Alley  Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.

Häagen-Dazs  Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19.

Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha  Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September.

BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untuk saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.

Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:
https://shopee.com.my/shopeexronaldo

Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99
Read More

05 August 2019

Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose Baharu Dari NIVEA

Hai semua, ok Qiss memang dah lama guna Nivea Deodoran ni sebab selain memutihkan bawah lengan ia juga membantu Qiss kekal segar sepanjang hari tau.

Baru-baru ni Qiss berpeluang ke Majlis Pelancaran Nivea Deodoran Serum Ros Hokkaido terbaru dari NIVEA. Tak sabar sebenarnya nak tahu lebih lanjut pasal deodoran baru ni.

Bergambar bersama Akma dan Farah Nabilah


Keindahan Ros Hokkaido, yang mekar hanya setahun sekali, adalah tumpuan utama dalam Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang baharu, menawarkan cara yang baru untuk pengguna menikmati wangian yang mewah ini setiap hari!

Deodoran ini menggunakan formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido yang memulihara kulit bawah lengan, untuk memberikan pengguna 3x tindakan iaitu, ia memulih dari dalam, menjadikan kulit bawah lengan yang lebih cerah dan licin, serta mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari.



"Sebagai jenama dan peneraju nombor satu dalam pasaran deodoran, NIVEA dengan bangganya memperkenalkan produk baru ini yang mengandungi esen Ros Hokkaido yang sangat unik dan berharga kepada wanita Malaysia. Dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif, formula eksklusif ini memulihara dan mencerahkan kulit, dan pada masa yang sama menawarkan haruman yang mewah lembut. Dengan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang baharu ini, wanita akan menikmati wangian yang tahan lama untuk kesegaran dan keyakinan sepanjang hari," kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura.


Dari kiri, Cheong Wai Lun, Head of Marketing, Ng Hock Guan, Country Manager Malaysia dan Singapore dan Jessica Kan dari Beiersdorf Malaysia


Keunikan Ros Hokkaido ini bersertakan rangkaian produknya yang mengujakan telah memberikan inspirasi kepada pereka fesyen terkenal Malaysia, Melinda Looi untuk merekakan koleksi ‘bespoke’ eksklusif yang merangkumi enam busana menawan.


Rekaan busana menawan dari Melinda Looi 


“Kisah Ros Hokkaido yang menarik telah memperhalusi visi saya untuk koleksi istimewa ini dengan menangkap keunikkan serta kemewahan intipati bunga tersebut. Yang pasti, saya mahu setiap wanita untuk merasai keunikan dan kecantikan bak bunga Ros Hokkaido sebaik saja menyarung salah satu rekaan saya”, jelas beliau.


Sesi sidang media bersama Joey, Farah Nabilah dan Jessica Kan


Artis tempatan Farah Nabilah turut menyerikan majlis pelancaran dengan mengabungkan busana yang dipakai bersama inspirasi utamanya, Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose.

“Saya amat menyukai cara pakaian saya menonjolkan yang terbaik pada diri saya, sementara Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose menyerlahkan keyakinan saya dengan aroma mewahnya. Ia amat mengujakan untuk meraikan kekuatan dalaman yang ada dalam setiap wanita; kita semua berhak untuk merasai sentuhan kemewahan dalam kehidupan, sama ada menerusi pakaian dari pereka fesyen untuk acara istimewa mahupun sentuhan wangian Ros Hokkaido yang menawan dan boleh membantu kita mengharungi setiap hari dengan penuh keyakinan”, jelas Farah.

Turut hadir menyerikan majlis pelancaran adalah penyanyi popular Joey Chua, pengguna dan peminat rangkaian terbaru Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum.


Dapat bergambar bersama Joey

"Selepas menggunakan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose, saya mendapati kulit bawah lengan saya kelihatan lebih licin dan berseri. Ini sangat penting bagi saya sebagai penghibur yang sentiasa berada di atas pentas, kerana menggunakan deodoran NIVEA memberikan saya keyakinan dan kesegaran setiap kali saya membuat persembahan atau berada di atas pentas. Tambahan pula, saya suka sangat wangiannya! "jelas Joey.


Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose and Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam roll-on 50ml dan botol semburan 150ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM12.50 dan RM17.50.

Ikuti www.facebook.com/mynivea untuk informasi terkini atau untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA, sila layari https://www.nivea.com.my/

Read More

03 August 2019

Pengalaman Shopping Handbag Berjenama dari Luar Negara Menggunakan Aplikasi Grabean

Hari ni Qiss nak perkenalkan satu aplikasi baru buat korang yang sukakan barangan berjenama tapi nak jimat kos. Cara yang mudah lagi praktikal ni memang sangat berguna untuk Qiss yang sukakan barangan berjenama.

Kalau korang nak tahu, Qiss guna aplikasi Grabean tau. Sekarang ada promosi bila korang naik taraf aplikasi ni atau korang yang baru nak cuba shopping barangan berjenama kat Grabean ni korang akan dapat baucar RM300.

Best bila dapat baucar RM300 ni. Korang boleh jimat banyak masa shopping menggunakan Grabean ni.




Langkah-langkah untuk dapatkan baucar ini ialah:

Langkah 1 : Go to My Account > Voucher

Langkah 2 : Lihat semua baucar & boleh kumpul sampai nilai maksimum

Korang hanya gunakan baucar tu bila nak bayar nanti.

Lega betul bila barang yang Qiss order ni dah sampai. Mula-mula tak pandai guna aplikasi ni. Tapi bila dah cuba sekali dan dah dapat barang baru Qiss teruskan guna Grabean sebab apa yang Qiss nak shopping semua ada kat sini. Qiss tak perlu pun pergi sampai keluar negara.




Michael Kors

Qiss pilih beg ni sebab sangat praktikal Dan semestinya sebab ia warna biru. Warna kegemaran Qiss Tu.

Sekarang pun dah senang kalau nak beli barang dari United States sebab kita boleh beli terus dari kedai premium kat United States tu hanya menggunakan aplikasi ni je.

Sebab Qiss pilih aplikasi ini ialah:

Barangan dia 100% Authentic. Jadi Qiss tak ragu-ragu untuk shopping tau.

Barangan terus dari United States. Ye betullah sebab banyak barangan tiruan sekarang kan. Tapi yang ni memang barang dari United States.

Ada juga 200% Money Guarantee back. Jadi kalau korang dapat barangan yang tak ok, korang akan dapat gantirugi 200%.

Untuk return barang, masa diberi ialah 7 hari.

Kalau korang tak ada idea nak beli barang apa, korang buka je bahagian katalog dan pilih barang kat situ.

Korang pun boleh suruh orang yang travel tu untuk bawak balik barangan korang dan nikmati kos penghantaran seumur hidup tau. Menarik betullah. Untung pun untung juga.

Kalau korang tak jumpa barang tu kat katalog barulah korang hantar order baru.

GRABEAN TRAVELLER

Part ni best kalau korang pergi travel dan jadi Grabean Traveller. Perjalanan korang keluar negara itu akan dibayar tau. Korang hanya perlu jadualkan perjalanan korang dan tengok di travel rewards.

Korang boleh offer to help dan claim travel rewards tu. Berita baiknya ialah setiap order untuk travel rewards tu telah dibayar tau. Korang hanya perlu klik offer to help dan seterusnya membuat pembelian barangan itu.

Jangan lupa untuk membuat pembelian  dan klik Bought dalam masa 24 jam selepas claim rewards.

Jangan lupa claim the duty free order sebelum korang balik Malaysia. Bila dah sampai Malaysia, korang drop off kat KLIA/ KLIA2 airport drop off point > http://bit.ly/2YdEudo

Antara servis lain yang disediakan ialah: tiket masuk, day tour , simcard , wifipocket dan lain-lain.

Korang yang nak cuba aplikasi ni boleh 
 Download Grabean App kat:

Playstore
http://bit.ly/2XZyPMM

IOS
https://apple.co/2y6Bzsf     

Untuk maklumat lanjut mengenai Grabean, layari  www.grabean.com.my
Read More

Peluang Menonton Konsert Mini Dan Minum Petang Bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia amat meminati dan menyayangi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Mula mencipta nama pada usia 16 tahun, anak kelahiran Temerloh ini telah menghasilkan lebih 20 album, menggubah lagu dan membuat persembahan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di persada antarabangsa, termasuk di Royal Albert Hall London yang berprestij, dalam masa hanya dua dekad.



Penyanyi yang telah memenangi banyak  anugerah ini menjadi inspirasi kepada ramai, bukan sahaja kerana beliau seorang penyanyi, penerbit muzik dan kini seorang ibu, tetapi juga kerana kewibawaannya sebagai seorang ahli perniagaan.

Sembilan tahun dahulu, beliau mengasaskan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan wangiannya sendiri, SimplySiti, dengan menawarkan pelbagai pilihan produk mekap, daripada produk pemutihan kepada krim rawatan kulit dan pemerah pipi hingga lipstik, yang disahkan Halal.

Perniagaan yang diceburi ini telah mencatat pertumbuhan yang; menakjubkan hingga membolehkan pasaran diperluaskan ke Indonesia, Singapura dan juga Asia Barat. Untuk mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengguna teknologi digital, SimplySiti meluaskan tapak digitalnya dan melancarkan kedai rasmi SimplySiti di Shopee hampir tiga tahun dahulu.

Siti Nurhaliza merupakan perintis Shopee Selebriti Skuad apabila platform e-dagang ini melancarkan portal dalam aplikasi khusus untuk pilihan produk selebriti.

Menerusi platform ini, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi bertemu mesra dan acara yang dianjurkan oleh Shopee. Kini, SimplySiti meluaskan kerjasamanya dengan Shopee bersama CIMB Islamic untuk memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi.




Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi tawaran menarik produk SimplySiti, konsert mininya dan juga peluang untuk minum teh bersama bintang pop.

“Sejak menyertai Shopee, perniagaan dalam talian kami telah meningkat lebih 100%. Pertumbuhan ini adalah hasil daripada acara-acara media eksklusif, sesi bertemu peminat dan kempen yang dianjurkan oleh Shopee seperti Shopee Brands Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, ini adalah kali pertama kami bersama-sama akan menganjurkan Super Brand Day, konsert mini dan jamuan minum teh untuk peminat saya! Saya teruja dengan pakatan perkongsian ini dan melihat perkembangan jenama saya yang boleh dilanggani oleh semakin ramai pengguna Shopee yang kini mencecah hampir 20 juta,” kata Siti Nurhaliza, Pengasas SimplySiti.


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, berkata, “Kami memang sentiasa meminati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bila SimplySiti memutuskan untuk membuka kedai rasminya di Shopee, usia kami belum mencecah satu tahun. 

Kami gembira dan pada masa yang sama kami rasa terharu kerana Ratu Pop Malaysia memberi kepercayaan kepada kami dan menyokong kami. Ini sangat besar ertinya bagi platform e-dagang yang baru diasaskan! Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk memacu pertumbuhan jenama SimplySiti ke tahap seterusnya dengan meluaskan kerjasama di luar platform digital. 

Ia bukan sekadar jualan, tetapi merupakan sebahagian daripada langkah kami untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna kami dan ini termasuk aspek hiburan dan pendekatan gamifikasi di dalam dan luar platform.

Reef Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank Berhad, mengulas, “PKS merupakan tunggak ekonomi Malaysia. 

Sebagai Bank Islam serantau yang terkenal, CIMB Islamic teruja untuk menyokong dan memperkasakan PKS bagi membolehkannya membesar di dalam dan luar Malaysia, khususnya menerusi inisiatif Koridor Halal CIMB. Dan sekarang, dengan PKS Malaysia seperti SimplySiti di platform berbilang saluran Shopee, disertakan dengan diskaun hebat dan tawaran untuk pemegang kad CIMB, pengguna akan mendapat manfaat dari segi kesenangan dan pembelian produk yang berkualiti. 

SimplySiti memperlihatkan peranan CIMB – menerusi tawaran kewangan dan perkongsiannya yang luas – boleh membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka dalam persekitaran runcit yang sangat kompetitif.” 

Simplysiti Super Brand Day di Shopee akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2019, membolehkan pengguna mendapat potongan harga sehingga 60% manakala Pemegang Kad Kredit CIMB Islamic akan mendapat potongan harga tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM70 untuk produk SimplySiti. Pemegang kad Debit, Kredit dan Prabayar CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM70.

Pada 5 Ogos, peminat boleh mengikuti siaran langsung Shopee Live menerusi aplikasinya dan menyaksikan Siti Nurhaliza memperkatakan tentang produknya. Pelanggan yang membelanjakan jumlah paling tinggi di bawah peraduan Belanja & Menang akan memenangi barangan peribadi milik Siti Nurhaliza.




Konsert Mini Shopee X SimplySiti 

Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2 Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian.

Atau peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM900.

Minum petang dengan Siti Nurhaliza Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.

SimplySiti  Super Brand Day dianjurkan sempena Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall.

Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan berjenama kegemaran mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih.

Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Read More

02 August 2019

Restoran Sisik Ikan Bakar Klang Sajikan Makanan Laut Yang Segar Dengan Citarasa Masakan Melayu

Mencari ikan bakar di tengah Bandar Klang kini tidak lagi menjadi masalah kerana berhadapan dengan GM Klang ada satu restoran Masakan Melayu yang menghidangkan pelbagai masakan Melayu khususnya masakan dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Qiss bersama keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk menjamu selera di Restoran Sisik

Korang teringin nak makan gulai tempoyak? Datang je sini. Korang boleh pilih ikan apa yang korang suka dan semua ikan-ikannya segar belaka. Kat sini Bakar Tempoyak menjadi menu utama dan sangat sedap. Qiss sempat juga merasa bakar tempoyak malam tu.

Pelbagai pilihan ikan segar

Antara makanan laut yang disediakan

Terdapat beberapa pilihan set untuk korang pilih dan anggaran harga pula bergantung kepada jenis ikan dan jumlah timbangan beratnya.

Pelbagai masakan yang disediakan

Antara menu yang ada di sini ialah bakar berempah, stim hijau, bakar tempoyak dan tiga rasa. Korang boleh pilih cara memasak ikut selera korang.

Kat sini juga disediakan pepahat dan lala masak berlada, rasa dia memang sedap sangat-sangat.  Sayuran pula ada kangkung goreng belacan dan ulam-ulaman. Tak lupa juga tomyam.




Untuk asam pedas ada beberapa pilihan seperti telur ikan mayong, telur sotong & siakap.



Sotong bakar madu ni Qiss cadangkan kat korang sebab isi dia lembut dan hasil perapan rempah dia memang sedap.



Nasi Lemak Buluh Perindu. Nasi Lemak ini diisi dalam daun pisang dan diletakkan didalam buluh. Korang nak makan nasi lemak ni dengan apa? Haaa makan je dengan ikan bakar. Rasa dia? Memang tip top. Kalau tak percaya, datang sini cuba tau.



Bagi orang yang tak makan pedas, masakan kat sini agak pedas untuk korang. Tapi kesemuanya sedap-sedap.

Selain masakan lauk pauk, ada juga disediakan set steamboat jika pelanggan memilih untuk menikmati hidangan itu.




Inilah restoran ikan bakar kat Klang yang menjadi tempat kegemaran Qiss untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lama tak jumpa, memang bergambar je semuanya

Bergambar kenangan seisi keluarga


Masakan Melayu Asli boleh didapati dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang manakala dari 5.00 petang hingga 12.30 malam ialah masakan berasaskan makanan laut.

Keterangan lanjut boleh layari pada pautan sosial media Restoran Sisik di:-
www.facebook.com/restoransisik

Untuk tempahan dan pertanyaan:-
019-2263004 ataupun 016-2240474

Alamat: No. 32, Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor.
Read More

Pesta Futsal Rakyat 2019 Piala Tun Dr Mahathir Mohamad

Hai korang, dah sedia untuk perlawanan futsal yang akan datang ni? Qiss tak sabar tau nak tengok perlawanan futsal yang pertama kali dianjurkan secara digital ni.

Melalui penganjuran kali pertama di bawah naungan Perdana Menteri
Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi sebuah fenomena terbaru Malaysia dengan sasaran merevolusikan penganjuran melalui pelaksanaan secara digital.




Melalui penganjuran oleh Futsal.Asia, jelajah Piala ke setiap zon di seluruh Semenanjung Malaysia – Pahang, Kedah, Selangor dan Johor – yang dipertandingkan menerusi tiga kategori Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun dan Kategori Terbuka Lelaki manakala Kategori TerbukaWanita akan dipertandingkan di “Grand Final”.

Dengan tawaran hadiah dan wang tunai melebihi RM200,000 untuk dimenangi, dianggarkan lebih 10,000 orang peserta dijangka hadir. Pertandingan yang berlangsung sepanjang dua bulan
itu mendapat sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan dan MYE.G. Services Berhad (MYEG) selaku penaja utama.


“Acara sukan seperti ini merupakan cara terbaik mempromosikan sukan seperti futsal dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada bakat-bakat baru menonjolkan potensi mereka. 

Dari pihak MYEG, kami gembira kerana dapat memberikan sokongan kepada usaha memupuk semangat kesukanan yang akan melahirkan pemimpin muda yang berpotensi dan menyumbang secara positif kepada masyarakat,” kata Pengarah Eksekutif MYE.G. Services Berhad, Y.H.M
Dato’ Haji Raja Munir Shah Raja Mustapha.



Pesta ini akan melibatkan beberapa siri aktiviti dan pertandingan yang berakhir di acara kemuncak Grand Final bertempat di Uptown Sports, Bangi pada 31 Ogos dan 1 September 2019 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-62.

“Kami percaya, sudah tiba masanya untuk sukan Futsal, ‘Freestyle’, ‘Panna’ dan E-Sukan wajar mendapat pengiktirafan. Walaupun begitu popular dalam kalangan rakyat, namun ia kurang diberi perhatian oleh media arus perdana. Kami berharap melalui penganjuran pertandingan ini,
kita dapat membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia di samping menghimpunkan rakyat bersama memeriahkan pesta yang berlangsung selama dua bulan ini,” kata Pengarah
Eksekutif Futsal.Asia, Pravin Nair.


Selain penganjuran kejohanan futsal sebagai acara utama, Pesta Futsal Rakyat 2019 akan menganjurkan Kejohanan MY E-Games dan juga Kejohanan Panna.
Untuk meningkatkan lagi pengalaman menarik di pesta, kejohanan ini akan memperkenalkan proses pendaftaran berasaskan aplikasi sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih “Tournamentor”
Futsal.Asia, memberikan kemaskini secara langsung kepada peserta mengenai keputusan pertandingan dan kedudukan semasa pasukan.

Setiap pasukan akan diberikan kod QR dan setiap pemain akan dibekalkan gelang tangan RFID yang mempunyai maklumat profil pemain yang lengkap, mengesan kehadiran dan pergerakan pemain dan keluar masuk pemain di setiap gelanggang dan juga turut digunakan untuk peserta
menebus barangan melalui pembaca kod.



Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad dianjurkan oleh Futsal.Asia bersama penaja rasmi MYE.G. Services Berhad dan hurr.tv sebagai rakan media rasmi. Acara ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pesta Futsal Rakyat 2019 - Piala Tun Dr Mahathir Mohamad turut ditaja oleh Ekovest Berhad, Berjaya Corporation Bhd, Conquest, aL-ikhsaN Sports, 100PLUS, Ice Mountain, dengan kerjasama bersama Malaysian Football Freestylers & Gamesbond dan Picasso Media Sdn. Bhd.
sebagai agensi media rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Futsal Rakyat 2019 - Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad 2019, sila layari www.pestafutsalrakyat.com
Read More

01 August 2019

Lenovo Announced A Partnership With Microsoft To Offer Preinstall Windows 10

Lenovo is one of the favourite brand in Malaysia. Lenovo today announced a partnership with Microsoft to offer preinstall Windows 10 based consumer PCs with Office Home & Student 2019 suite.

Customers who purchase the new IdeaPad and IdeaCentre series – Lenovo IdeaPad C340, S340, S540, and L340 as well as Lenovo IdeaCentre AIO A340 will have lifetime access to the full version of Microsoft’s essential applications for everyday use, including Microsoft Word, Excel, PowerPoint and Onedrive.

Varinderjit Singh,General Manager of Lenovo MalaysiaWong Yuen LaiConsumer Segment Lead andVlasta BerkaSenior Director of Microsoft South East Asia Device Sales showcase the new Lenovo IdeaPad C340, L340, S340 and S540 after the announcement of the partnership of Lenovo and Microsoft, alongside with Lenovo Friends – Nabila Razali, Farhan Mazlan and Shalma Eliana.

Vlasta BerkaSenior Director of Microsoft South East Asia Device Sales, announces Lenovo is the first tech brand in Malaysia to partner with Microsoft to provide lifetime Microsoft Office Home & Student Office Suites 2019 license preinstalled on all of Lenovo's new IdeaPad and IdeaCentre devices.

Varinderjit SinghGeneral Manager of Lenovo Malaysia gives shares Lenovo's customer centricity philosophy which drives the brand to provide users with innovative devices and services at the launch of the new IdeaPad and IdeaCentre series.


Lenovo’s newly launched line of IdeaPad and IdeaCentre devices are suitable for those who want a reliable and versatile workhorse, which readily adapts to your everyday work and entertainment needs without breaking the bank. Coupled with this landmark partnership between Lenovo and Microsoft, users can immediately fire-up their brand-new device and get to work right away.

The launch of the “Exclusively Yours” campaign was also attended by Lenovo’s Friends –Local sensation artist, singer and actress, Nabila Razali, Pop singer, Shalma Eliana, best known for her debut single ‘Janji Terindah’ and Malaysian YouTube star and director, Farhan Mazlan of STERK production.


From left, Nabila Razali, Farhan Mazlan & Shalma Eliana trying the new series from Lenovo

‘Lenovo Friends’ Nabila Razali, Shalma Eliana and Farhan Mazlan make their appearance at the Official Launch of Lenovo x Microsoft Partnership event to show their support and love for Lenovo Malaysia.


The latest line of Lenovo IdeaPads and the IdeaCentre are :

Lenovo IdeaPad C340

Equipped with up to 8th Generation Intel® Core™ i7 processing, the Lenovo IdeaPad C340 provides the best performance in terms of speed and responsiveness which is perfect for productivity, creativity, and entertainment for the users.




With Rapid Charge technology, the versatile laptop can fuel up to 80% battery capacity in just one hour, allowing users a worry-free and mobile experience all day.

The 15-inch Lenovo IdeaPad C340 is now available online and at all Lenovo exclusive stores (LES) nationwide in Malaysia. Recommended Retail Price starts from RM2,799.

Lenovo IdeaPad S340 & S540

Powered with 8th Gen Intel® Core™ processors, Lenovo IdeaPad S340 and S540 offers heavy-duty performance in addition to its premium look and feel with slim top and side bezels and up to FHD resolution. IdeaPad S340 is equipped with Dolby Audio™, bringing the users best audio experience with theatre-like sound effect.

The 15-inch Lenovo IdeaPad S340 is now available online and at all Lenovo exclusive stores (LES) nationwide in Malaysia. Recommended Retail Price starts from RM2,599.

With the optional NVIDIA® GeForce® graphics, IdeaPad S540 is ready to impress with its style of narrow-bezel display, luxurious color palette, and diamond-cut aluminum chassis, alongside with impressive battery life that’s the perfect companion for the always-on generation.

The 15-inch Lenovo IdeaPad S540 is now available online and at all Lenovo exclusive stores (LES) nationwide in Malaysia. Recommended Retail Price starts from RM3,499.

Ideapad S540

Ideapad S540



Lenovo IdeaPad L340

The Lenovo IdeaPad L340 comes with Lenovo Vantage’s Eye Care Mode which reduces blue light emission and minimize the risk of eye strain. The IdeaPad L340 is also equipped with TrueBlock Privacy Shutter which allows the users to close the webcam for privacy purpose.



Its rapid recharging technology and stunning audio, performance, and visuals makes it your always go-to device for work.

The 15-inch Lenovo IdeaPad L340 is now available online and at all Lenovo exclusive stores (LES) nationwide in Malaysia. Recommended Retail Price starts from RM1,799.

Lenovo IdeaCentre AIO A340

Lenovo Ideacentre AIO A340 impresses with its sleek design and stunning 90% screen-to-body ratio which is crafted to perfection with a unique asymmetrical stand for the minimal and modern home. The powerful all-in-one runs seamlessly and smoothly which is suitable for users who are require heavy multitasking machines.



The 22-inch Lenovo IdeaCentre AIO A340 is now available online and at all Lenovo exclusive stores (LES) nationwide in Malaysia. Recommended Retail Price starts from RM2,199.



For more information on these Lenovo products and more, please visit https://www.lenovo.com/my/en/
Read More

27 July 2019

4 Orang Pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia

Hari ini tercipta sejarah selepas dua bulan pencarian wajah cantik dan sihat serta duta Guardian Malaysia.

Empat orang daripada 16 orang peserta akhir telah dinobatkan sebagai pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia di pertandingan peringkat akhir The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia yang berlangsung di Central I-CITY Shah Alam.

Pemenang The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia


Tahniah kepada KARYLL CHEE KAR YEE, YASMIN BINTI KHALID, NURUL EZZATY BINTI HASBULLAH dan NUR AIMI BINTI ABDUL GHANI. Kesemua keempat-empat peserta ini akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian dan membawa pulang hadiah RM10 000 wang tunai dan RM10 000 baucar Guardian serta wang tunai RM5000 akan diberikan kepada peserta untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih.




Pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian kali ini akan menjadi wajah pilihan Guardian untuk katalog-katalog yang akan dicetak oleh Guardian sepanjang tahun 2019.

Di peringkat akhir pertandingan, cabaran pertama peserta ialah memperkenalkan diri dan diminta untuk menceritakan tentang pakaian yang mereka pilih untuk pertandingan akhir.

Cabaran kedua ialah memilih salah satu produk di Guardian dan mereka diminta memberi sebab kenapa memilih produk tersebut.

Cabaran terakhir ialah menghias terrarium menggunakan produk dari Guardian.



Peserta diberi masa 30saat untuk menjelaskan tentang rekaan terrarium mereka




Menarik kan. Pertama kali juga Qiss dengar tentang terrarium ni.

16 orang finalis The Face Of Healthy Beauty Guardian

Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah:

Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex

Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh

Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani

Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee

Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah

Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal

Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon

Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman

Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500.


Barisan juri The Face Of Healthy Beauty Guardian
Peserta diadili oleh 5 orang juri antaranya Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid yang merupakan artis dan pelakon Malaysia.



Qiss juga tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama pemenang, Nurul Ezzaty. Nak ambil aura untuk pertandingan tahun depan. Hahahah..

Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500. 

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding zakat zoo

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com