Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

08 October 2019

Ciri-ciri Menarik Vivo V17 Pro

Tak sabar rasanya masa tunggu kemunculan Vivo V17 Pro ni. Selalu tengok Sherry pegang telefon ni masa live Big Stage je. Jadi masa pelancaran Vivo V17 Pro ni kat Hotel Majestic Kuala Lumpur, Qiss dapat pegang sendiri telefon ni tau.


Vivo V17 Pro tampil dengan 2 ciri yang menarik iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.


Qiss suka tangkap gambar malam-malam tapi bila hasil gambar tak cantik, tiba-tiba jadi murung kejap.

Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik. Kiranya dengan hanya satu klik untuk ambil gambar pada waktu malam dan hasil yang cantik, korang pakai jelah Vivo V17 Pro ni.



Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP Untuk Pengambilan Swafoto yang cantik. Ciri ini telah diperkenalkan pada siri telefon yang lepas cuma kali ini lebih baik.

Cubaan kamera depan

Peranti terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik.

Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.


Merdu alunan suara Dato' Sri Siti Nurhaliza menyanyi semasa majlis pelancaran Vivo V17 Pro

Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP
Mantapkan lagi keupayaan penggambaran anda dengan kamera utama 48MP 6P.

Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap.

Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%. Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti.


Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin.

Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat.

Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa
V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna.



Peranti ini juga dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan.

Vivo V17 Pro juga merupakan official smartphone untuk PMCO 2019.

Vivo V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.

Vivo V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa.


Bateri
Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat.



Warna
Peranti ini tampil dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Knight Black dan Crystal White.

Harga
Vivo V17 Pro berharga RM1,699 sahaja dah dah boleh didapati di pengedar yang berdekatan korang.



Untuk maklumat lanjut layari:

Laman web: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Reactions:

21 comments:

  1. perghh..tergoda tgk kamera dia..ini buat ku nak bli tepon baru lagi ni..hihi

    ReplyDelete
  2. aishhhh bila dah beli hp lain baru nak kluar yg ni tau... makin advance dan canggih la vivo sekarang... kumpul duit dulu mana tau leh beli 2nd hp kannn

    ReplyDelete
  3. Tertawan sungguh dengan perincian baharu Vivo V11 Pro ni. Harga pun nampak berbaloi untuk semua. Kena tambah koleksi ni hehe

    ReplyDelete
  4. lawa sungguh vivo v11 pro ni.Terkenang pulak nak beli model mcm ni,lawa camera dia buat selfie..hehehe

    ReplyDelete
  5. Suka dengan design dan perincian baru Vivo V17 ni..dengan kamera macam tu punya canggih ha..kalau anak akak dapat ni memang dia suka la ni...harga pun boleh tahan berpatutan tu...

    ReplyDelete
  6. Kenapa lah diri ini digoda tanpa henti dengan peranti pintar yang semakin menarik dan harga kebabom nie? Huhu. Buat Rawlins teringin tapi hati masih dimiliki buah yang telah digigit tu.

    ReplyDelete
  7. Dato Siti Nurhaliza!!! and my favo. phone VIVO!!! YEAY!!!!

    ReplyDelete
  8. Smartphone semakin canggih pada waktu sekarang. Rambang mata nak melihat . Kalau Naim lebih kepada storan phone haha

    ReplyDelete
  9. Macam nak tukar je vivo yang lama ni ke vivo 6 kamera tu hehe

    ReplyDelete
  10. woww..banyak betul phone baru keluar skrg ni, canggih2 pulak tu. Jadi rambang mata sis nak buat pilihan yg mana satu idaman kalbu

    ReplyDelete
  11. Menarik apa yang VIvo tawarkan, pada harga ni pasti ramai terpikat sebab ciri ciri yang Ada memang terbaik

    ReplyDelete
  12. Vivo user sini cewah.. Tapi model lama V7, Vivo V11 Pro ni nampak best pulak, hadoi mengoda..

    ReplyDelete
  13. V17 Pro bestnya kita sekarang rambang mata nak beli phone baru semua bagus dan juga berkualiti tinggi harga pun memang memberi saingan seperti telefon baru ni geram tengok cantik..

    ReplyDelete
  14. Dah banyak model dan Vivo keluarkan ye.. kali ni Vivo V17 lak.. wah.. nampak banyak keistimewaan pada spek kali ni.. boleh la tengok-tengok nanti

    ReplyDelete
  15. Terus ras amacam nak grab satu ni... acaner nih?... hehehehe... fungsi dual camera tu memang menarik sehhhh... dah la kaki swafoto nih... mana tak teruja bila dapat tahu yang kamera depan dah makin power kannnn...

    ReplyDelete
  16. Design vivo v17 pro ni cantik laaa. Harga pun affordable dgn kelebihan2 yg ada kt phone ni. Adakah ini petanda nur kena tukar phone baru hahahaah

    ReplyDelete
  17. Kalau tengok big stage kan mesti geram dorang promote vivo ni. Suka sangat ciri selfie waktu malam & hasil gmbar Yang terang.

    ReplyDelete
  18. cantik sangat dah kamera dia. sangat okei untuk kita tangkap gambar and buat video. harga pun tak lah errkkk sangat.

    ReplyDelete
  19. cantik betul gambar dgn Vivo ni..selain bateri tahan lama tu pasti gamers teruja dgn Voice Changer tu..

    ReplyDelete
  20. makin banyak option di pasaran skrang. semua lumba2 nak hasilkan yang terbaik. hehe tak terkejar =D

    ReplyDelete
  21. Menariknya vivo v17 nie.. Ada stail n nmpk elegen.. Nnti ada rezeki lebih, AM nak sabar satu la..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com