Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

18 October 2019

Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang Gabungan Mantap Di Konsert Hausboom Music 2019

Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, K-Clique & Budak Nakal Hujung Simpang atas satu pentas. Memang Hausboom kan. Dapat tak korang bayangkan yang korang tengah saksikan konsert artis kegemaran korang ni?

Barisan para artis yang bakal menggegarkan konsert Hausboom Music 2019

Kesemua artis ni memang Qiss minat sangat-sangat dan lagu-lagu dorang memang best. Harus jadi siulan tatkala menunggu pensyarah masuk ke kelas dan melihat indie band menyanyikan lagu-lagu dorang masa belajar dulu.

Kalau masa belajar tak berkesempatan membeli tiket dan menyaksikan konsert kesemua artis ni, jadi pada konsert Hausboom Music 2019 ni Qiss takkan lepaskan peluang nak jadi penonton depan pentas.

Sedap juga air Hausboom perisa Roti Bakar. Lain daripada yang lain!


Konsert Haus Boom Music 2019 akan diadakan di MIECC Seri Kembangan pada 10 November 2019. Dengan kapasiti 7000 orang penonton konsert ini akan bermula pada jam 4 petang. Jadi korang jangan datang lambat tau. Nanti rugi sebab terlepas persembahan artis kegemaran korang.

"Hampir setiap tahun Hausboom menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah", kata Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi.

Gabungan pelbagai genre rock, hip hop, reggae dan ska berlangsung selama 7 jam sekaligus. Best kan?!



Percaya atau tidak, korang dapat saksikan konsert ni dengan hanya RM30 sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket masuk sekarang:

RM30 (early bird)
RM60 (Pintu Masuk)⁣⁣ 
RM100 (Rock Zone)

Tiket akan mula dijual pada hari Jumaat 18 Oktober 2019 melalui aplikasi 'TicketApps'.


Bila dah ke konsert nanti jangan lupa muat naik gambar kemeriahan konsert dan jangan lupa
#HausBoom dan #HausBoomMusic

Maklumat lanjut boleh didapati di:
Facebook: www.facebook.com/Hausboom
Instagram: www.instagram.com/Hausboom
Website: www.hausboom.com

Reactions:

19 comments:

  1. harga tak masuk akal betul...berbaloi kot ada Ella, Hujan, Bunkface..terbaiklah Haus Boom

    ReplyDelete
  2. Wow bukan main artis dia semua terkenal dan letopss. Dah lama yaya cari Haus boom roti bakar tu tapi tak jumpa2 huhu

    ReplyDelete
  3. Heard so much about this up-coming Haus Boom Music Concert 2019 at MIECC Seri Kembangan from you guys. Bet all the fans of the performers will definitely have a great time as the tickets prices is affordable too!

    ReplyDelete
  4. semoga konsert yang akan diadakan nanti berjalan lancar. in shaa Allah macam berminat jugak sebab ada kawan yang akan perform. thanks share ya.

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!!! Seronok nyer concert nie. Have fun ke pada sesapa yg Akan attend. Take care.

    ReplyDelete
  6. hehe dalam ramai ramai tu i minat Bunkface dan ella je hihi

    ReplyDelete
  7. Tak pernh minum lagi air hausboom ni..nanti nak cuba rasala..wah artis dia gempak semua..siapa tak suka artis tu semuaa

    ReplyDelete
  8. wah bestnya, mesti dengar ni, minat juga ella time dia popular zaman dulu. skrang pun minat lagi, suara dia masih macam dulu

    ReplyDelete
  9. Roti bakar? Lain macam perisa baru ni. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  10. Concert! But I don't know much about Malay music industry~ but I will definitely share with my Malay friends! Thanks

    ReplyDelete
  11. Harga tiket memang murah dah tu. Retis semua ok dan tambah pula ada Ella kot! Tak pernah rasa lagi air HausBoom ni. Perisa roti bakar??Buat i rasa nak try lah!

    ReplyDelete
  12. wow..syoknye hharga tiket pun murah
    salam singah done follow

    ReplyDelete
  13. I baca I hausss. Hahaha. Hok lagu ni lah tiket tak semahai mana. Paling2 pun RM 100 kat depan tu. Lagipun boleh sokong artis tempatan kita. Qis pi ke 10 Nov ni?

    ReplyDelete
  14. Oo konsert.. Bagi peminat-peminat penyanyi ni pastikan grab tiket ni.. Saya suka Ella, suaranya merdu and lagunya sedap didengae.

    ReplyDelete
  15. Ini ker konsert House Boom tu hehehe kita nampak ramai orang update pasal konsert ni menarik dan juga ramai artis hebat tak sabar nak tengok Ella perform mesti meriah.

    ReplyDelete
  16. A concert is sure fun to attend and the price is really affordable as well.

    ReplyDelete
  17. Wow!!! Bestnya boleh dapat rege camtu... artis-artisnya pulak tu perghhhh, legend belaka... seriously berbaloi-baloi gitu... Ella, Hujan, Bunkface, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta ni memang zaman belajar sampai kat U dok layan... yang lain tu agak baru tak berapa nak baru la jugak kan... #ska #indie #kitalayan

    ReplyDelete
  18. Nice la ade concert macam no boleh release stress and enjoy ourselves

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com