Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 October 2019

Menarik Tentang Konvoi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP

Assalamualaikum semua,

Qiss harap semua sihat-sihat aje. Hari ni Qiss nak kongsikan tentang perkara menarik sepanjang Qiss ikut konvoi Motor Berkuasa Tinggi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP yang berlangsung baru-baru ini.


Peserta Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP

Qiss memang minat motor-motor berkuasa tinggi ni. Tapi belum pernah cuba bawa ajelah kan. Tengok je dulu. Sempena program ini sebanyak 100 buah motosikal berkuasa tinggi dan 20 buah teksi penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP yang menerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi berkonvoi sejauh 35.9km.

Seawal 7.00 pagi Qiss dah bersiap untuk keluar rumah ke tempat permulaan konvoi iaitu di Taman Metropolitan Batu. Sampai kat sini suasana memang meriah dengan deretan motosikal berkuasa tinggi dan teksi yang akan mengikuti konvoi.




Seusai sarapan dan ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri
Dr. Mujahid bin Yusof konvoi ini dilancarkan dan berlepas ke destinasi  pertama iaitu Masjid Al-Mukhlisin Taman Alam Damai, Cheras.




Majlis Perlepasan Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP


Destinasi Pertama: Masjid Al-Mukhlisin Taman Alam Damai, Cheras

Konvoi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato' Haji Kamaruddin Jaffar di Masjid Al-Mukhlisin Taman Alam Damai.





Majlis dimulakan dengan pelancaran Dewan Al-Mukhlisin dan seterusnya penyampaian bantuan. Antara bantuan yang disampaikan ialah:

1. Bantuan Peralatan Kesihatan


2. Bantuan Perubatan berjumlah RM23.35 juta
 
3. Bantuan Perniagaan RM3.13 juta

4. 200 cenderahati asnaf kepada asnaf yang hadir.





Suasana di dalam Dewan Al-Mukhlisin


Selesai majlis penyampaian bantuan, konvoi Kembara Rahmah bergerak ke destinasi seterusnya.

Destinasi kedua/terakhir: Pusat Komuniti Eco-Park Lembah Pantai

Destinasi terakhir Konvoi Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP bersama Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah. Lokasi terakhir ini ialah dia Pusat Komuniti Eco-Park, Lembah Pantai.



Bantuan yang disampaikan ialah:

1. RM5.1 juta bantuan untuk pakaian persekolahan anak-anak asnaf

2. RM9.82 juta Bantuan Am Persekolahan

 3. RM12.45 juta Bantuan Am Pelajaran IPT

Selain itu, Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong turut mengurniakan bantuan keperluan harian kepada 500 orang asnaf yang hadir.



Suasana di dalam dewan


Di majlis ini juga kali pertama Qiss dapat melihat sendiri Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong secara lebih dekat dan rasa amat bertuah.

Lebih menarik tentang Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP ini ialah penunggang motosikal berkuasa tinggi ini bukan sahaja terdiri daripada yang beragama Islam malah ada yang bukan beragama Islam yang bertujuan untuk membuktikan bahawa agama Islam membawa mesej sejagat iaitu menyeru kepada kesejahteraan dan kedamaian selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin.


Antara penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terlibat


Sebahagian teksi yang mengambil bahagian

Jadi barulah Qiss tahu bahawa pengagihan zakat itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan asnaf memperbaiki kehidupan seharian dengan penyampaian bantuan perniagaan kepada mereka selain meningkatkan ekonomi mereka.

Manakala bantuan pelajaran dapat membantu pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan untuk menampung kos di kampus agar tidak hilang fokus pada pelajaran dan seterusnya melahirkan graduan cemerlang yang dapat menempatkan diri dalam industri pekerjaan kelak.

Sempat merakam gambar kenangan bersama di destinasi terakhir

Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan MAIWP ini juga merupakan salah satu inisiatif MAIWP untuk memperhebatkan hebahan tentang usaha MAIWP melaksanakan program agihan zakat.

Alhamdulillah selesai majlis dengan keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan majlis makan tengah hari.

Sehingga berjumpa lagi pada entri akan datang.

14 comments:

  1. Alhamdulilah sebab adanya promosi sebegini dapat menyampaikan bantuan kepada sasaran dengan lebih meluas dan menyeluruh. Moga usaha ini akan sentiasa dirahmatiNya

    ReplyDelete
  2. Qiss ni nampak je lenbut kan tapi suka motor berkuasa tinggi rupanya. Program yang amat bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah, harapnya dengan bantuan dari Zakat dapat laa serba sedikit mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan. Badan korporat lain patut lebih ramai join sama program sebegini.

    ReplyDelete
  4. So cool!!! BIG MOTORS! Sure very interesting. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah bagus usaha yang dilakukan MAIWP dalam menyampaikan zakat yang diamanahkan ramai pemberi zakat. Ni yang kita nak. Bantuan disampaikan kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada semua yang terlibat. Qis pon hebat sebab turut serta dalam program ni. Pengalaman yang tak dapat dibeli.

    ReplyDelete
  7. wah bagusnya program sebegini kan. Kita dapat menaikkan dan membantu saudara seagama kita. tahniah semua yang terlibat dalam program konvoi kembara rahmah ni.

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya! Nampak menarik aktiviti yang dijalankan. Tahniah kepada semua termasuklah para penganjur dan peserta :)

    ReplyDelete
  9. seronok tengok jelajah ni..puat zakat ni memang bagus bila ada buat aktiviti csr dengan masyarakat...so boleh mendekatkan lagi peranan agensi ini dengan masyarakat islam khasnya

    ReplyDelete
  10. Bagusnya MAIWP mengadakan Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan sebagai langkah MAIWP dalam usaha MAIWP untuk menghebahkan tentang usaha MAIWP melaksanakan program agihan zakat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...
    Pusat Zakat mmg bagus buat program CSR mcm ni kan...
    Baru la dekat dengan msyarakat kan

    ReplyDelete
  12. Hai babeh. Hahaha. Menariknyaaaaaa konvoi. I suka yg csr gini sambil beraktiviti sambil beramal. Sumbangan pulak besar sampai 5 juta lebih untuk orang asnaf. Ini yang kita mahukan, kita should be supportive to this kind of thing and menyumbang sekali jika mampu kan kan~~

    ReplyDelete
  13. kembara mcm ni patut diteruskan sbb merapatkan hubungan pihak zakat dgn masyarakat. selain dpt membantu asnaf bolehbjuga mencakna utk menyumbang

    ReplyDelete
  14. You completed certain reliable points there. I did a search on the subject and found nearly all persons will agree with your blog. zakat

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com