Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

23 October 2019

Jangan Tension! Jom Quattro 4 Perisa Atas Satu Pizza Dari Domino's Pizza

“Nak makan apa?” Soalan yang akan Qiss tanya kat kawan-kawan kalau keluar sama-sama. Kadang-kadang sepakat nak makan pizza tapi masing-masing ada perisa kegemaran sendiri.

Tapi sekarang dah mudah bila Domino’s Pizza menghasilkan pizza Quattro yang mengggabungkan empat perisa popular dan kegemaran orang ramai di atas satu pizza dan terdapat dalam dua saiz, besar dan Xtra besar.


Keunikan pizza Signature Quattro mempunyai empat pilihan kegemaran ramai, Aloha Chicken, yang dibuat dengan potongan ayam segar dan potongan nanas yang kecil, pilihan kepingan yang lazat Beef atau Chicken Pepperoni, Prawn Sensation yang premium, menawarkan udang yang lazat dan tomato ceri segar, serta Cheese and Mushrooms, yang semestinya tidak dapat ditolak orang ramai, di atas sos khas Domino’s, yang dibuat daripada tomato yang dipetik segar.

Signature Quattro


Veggie Quattro mempunyai kombinasi topping bukan daging yang sihat seperti keju, buah zaitun, cendawan segar dan tomato ceri untuk penggemar sayur.

Mengulas mengenai konsep pizza Quattro, Naib Presiden Kanan, Pemasaran Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, "Kami amat berbangga menjadi QSR pertama di Malaysia untuk melancarkan pizza yang dapat memenuhi pelbagai citarasa. Mengenai reka bentuk konsep Quattro, kami ingin menghasilkan pizza yang dapat dinikmati oleh pelanggan kami bersama rakan-rakan dan keluarga mereka. 

Jangan Tension, Jom Quattro!: (Tiga dari kiri) Shamsul Amree, Deputy President, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore dan Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing Domino's Pizza Malaysia and Singapore


Kami faham dilema yang dirasai pelanggan ketika memesan dan memilih makanan, terutama sekali pizza. Selaras dengan janji jenama kami 'It’s All About You', kami ingin menghasilkan pizza yang boleh dikongsi dan menyatukan rakan-rakan dan keluarga bersama, yang akan menghapuskan konflik dan pendapat tidak sehaluan semasa membuat pesanan dan semestinya tidak mengorbankan pizza kegemaran seseorang. 

Kini kami memudahkan pelanggan untuk memesan pizza kegemaran mereka, "Jangan Tension, Jom Quattro". Dengan Quattro, semua pihak dapat menikmati pizza kegemaran mereka serta mencuba perisa baru yang jarang mereka pesan. Ini mewujudkan gabungan rasa yang menarik untuk mereka nikmati bersama!"


Gambar dari Hans Hanis

Pelanggan boleh memilih variasi kombo besar atau Xtra besar untuk masa yang terhad sahaja, terdiri daripada dua pizza Quattro dengan keju tambahan percuma, masing-masing dari RM59.90 dan RM82.90, dari 30 September dan seterusnya.



Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih untuk menambah pesanan makanan sampingan mereka dengan Combo Basic Quattro dan Ultra Combo, dengan harga hanya RM42.50 dan RM58.50. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran Combo Four Fabulous yang mempunyai empat hidangan sampingan kegemaran dengan hanya RM19.90.

Domino’s patuh dengan janji jaminan penghantaran 30 minit serta kepuasan produk. Komitmennya ditunjukkan melalui polisi tiada pembatalan dan bayaran balik atau penggantian pesanan akan diberikan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan tersebut.

Bagi mereka yang ingin mencuba pizza Quattro, kunjungi di mana-mana kedai Domino’s, pesan menerusi dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com