Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

28 October 2019

Majlis Resepsi Perkahwinan Adik Dato' Aliff Shukri Diraikan Oleh Lebih 1000 Tetamu Di Dewan Perdana Felda

Perkahwinan atas restu ibunda tercinta, Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah telah disatukan dalam majlis persandingan di Dewan Perdana Felda malam tadi.

Mengulas tentang persiapan perkahwinan tersebut, Bonda Rozita mengakui telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meraikan kedua mempelai. Memilih untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anak kesayangannya, Bonda Rozita telah menghadiahkan sebuah Mercedes Benz kepada Aiman Hazeem.

Pasangan mempelai di atas pelamin

Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya ke jinjang pelamin kini menjadi kenyataan. Tidak mendesak untuk Aiman Hazeem memilih bakal isteri mengikut pilihannya, Bonda Rozita telah menerima Siti Nurhafizah yang juga merupakan salah seorang kakitangan syarikat beliau menjadi menantu.

Bertemakan Melayu klasik majlis yang diadakan amat meriah dan dihadiri oleh tetamu undangan yang mengikut tema.

Para tetamu anggun berbaju Melayu Klasik

Sebanyak empat resepsi majlis diadakan bagi meraikan pasangan pengantin dan menelan kos belanja melebihi setengah juta ringgit.

Jom tonton video sepanjang sesi sidang media.






Majlis persandingan turut diserikan dengan persembahan artis Malaysia terkenal iaitu Jamal Abdillah.

Dato' Aliff Shukri turut menaja doorgift tetamu dan hadiah cabutan bertuah berupa beg tangan mewah buat tetamu yang hadir pada majlis resepsi tersebut.

Alhamdulillah Qiss dapat bersama-sama meraikan pasangan pengantin dan melihat sendiri keakraban keluarga ini.



Semoga pasangan Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah berkekalan jodohnya hingga ke syurga. Inshaa Allah aamiin..

2 comments:

  1. Penah pegi dewan ni majlis kawen. Memang besar lah. Boleh bayangkan meriah majlis mereka. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Teruja tengok betapa eratnya hubungan Bonda Rozita dan anak2nya dan betapa sayangnya DS Alif Syukri pada adiknya kann

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com