mudah alih premium yang luar biasa. Qiss berpeluang mencuba sendiri peranti ini semasa majlis pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur.
Kamera depan pop naik |
“NEX 3 adalah peranti yang sempurna untuk pengguna yang inginkan peranti utama yang terhebat. Paparan POLED Waterfall FullView™ Display amat luas dimana ia memaparkan skirn yang hampir tanpa bingkai, membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual dan interaktif yang lain daripada yang lain. Gabungan tiga kamera bertujuan untuk memberikan liputan fokus yang penuh untuk kualiti gambar yang mantap.
Peranti ini hadir dengan bateri tahan lama yang disokong prestasi pengkomputeran, dan keupayaan kecerdasan buatan yang dinaik taraf. Dengan NEX 3, kami telah melampaui batas inovasi dalam industri untuk menyediakan pengalaman yang paling premium untuk para pengguna pada hari ini,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.
SPESIFIKASI
Paparan
Qiss suka paparan POLED Waterfall FullView™ Display untuk NEX3 ni sebab pengalaman menonton video dengan paparan yang menarik. NEX3 mempunyai tiga kamera termasuk lensa utama 64MP dan diisi penuh dengan aplikasi pintar.
Rekaan NEX 3 yang mempunyai skrin dwi-lengkung dan reka bentuk dan hampir tiada bingkai mampu menyediakan pengalaman visual yang terbaik. Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menakjubkan setiap kali mengangkat telefon mereka.
Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan.
NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik.
In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.
Kamera
Peranti NEX 3 ada gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System di bahagian belakang peranti.
NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro.
Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar.
Pro Mode membantu pengguna menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang mungkin rumit untuk difahami dan berat untuk dipikul.
Kamera depan 16MP jenis pop-naik dan FullView Display™ memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil.
Qiss sempat jugaklah berswafoto guna NEX3 ni dan gambar yang dihasilkan memang cantik.
Hasil gambar tanpa edit kamera depan pop naik NEX3 |
Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0.
Bateri
Kapasiti bateri (4500mAh) had jangka penggunaan untuk seharian dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat.
Storan dalaman
256 GB sesuai untuk korang yang suka simpan gambar dalam peranti. RAM 8GB.
Audio
Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul.
Warna
Glowing Night
Harga
RM3,899 dan sudah boleh didapati di pengedar yang berdekatan.
Harga NEX3 RM3899 |
5G
NEX3 merupakan peranti pertama memperkenalkan liputan 5G di Malaysia.
Gambar dari m3g4tzreview |
Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan sebuah NEX3 untuk pengalaman premium.
Maklumat lanjut layari laman web www.vivo.com/my
smart gila hp tu kan.. siap 5g lagi tu.. kelajuan skala apa nak panggil tu hihi
ReplyDeletePeranti nampak cukup menarik terutama desainnya dan imej waterfall pd skrin. Tahniah juga Qish menang tv u alls...
ReplyDeleteIt does have pretty good hardware configuration. It is no doubt that Vivo's flagships are getting better and better. Surely it will give the likes of samsung and apple a run for their money.
ReplyDeleteThe next big thing in gadgets and mobiles. Thank for sharing your review. Have a good day.
ReplyDeleteBanyak kan phone di pasaran ni. Nak kena tengok apa yang kita nak. Nak gambar cantik ke?....ada orang nak bagi boleh call atau orang call je. Saya suka kamera yang cantik sebab senang nak wefie nanti.
ReplyDeleteWow cantiknya camera dia. Elle kalau nak beli phone mmg tengok camera cantik ke tak je. Hehe. Boleh la usha nnt phone ni kat kedai.
ReplyDeleteWowwww... Harga dia.. Boleh tahan.. Ingat biasa2 ja vivo ni.. Tpi boleh tahan.. But no wonder.. The spec is quite high
ReplyDeleteSpec dia memang awesome lah. Sesuailah tu dengan harganya kan. Camera mestilah kena sharp kan. Baru puas hati nak swafoto
ReplyDeleteWow! Specifications telefon ni menjangkau pemikiran! Nasib baik baru je beli phone. Tergoda sangat baca.
ReplyDeleteMenarik kan. Suka dengan paparan skrin dia agak luas dan cantik. Storage pun not bad. Spec agak tingggi
ReplyDeletePeggh Vivo bukan main baru je hari tu up telefon ngan Dato CT ni ada lagi satu. Tapi kira sama sikit lah cuma dia 5G je lah kan?
ReplyDeleteWow harganyaa!! Apapun nampak harga berpatutan dgn spesifikasinya. Makin lama makin banyak ya telefon pintar di pasaran. Nk kena kumpul duit la ni.
ReplyDeleteFuhhh 5G dah sekarang! Phone pun nampak sangat smart. Gambar pun cun. Dengan orang-orang dia sekali nampak cun. Hehehe
ReplyDeleteCanggihnya. Kita memang suka camera vivo. Masuk fon ni dalam wishlist dulu
ReplyDeletelaju gilerlah kiranya tu 5g weh. canggihnya vivo terkehadapan dah ni
ReplyDelete