Tapi bagi Qiss yang suka cuba produk penjagaan wajah, Qiss memang suka cuba produk baru sebab produk baru dalam pasaran sebenarnya telah diuji serta dinilai dan diperbaiki dari segi formula dari semasa ke semasa.
Qiss bukan saja-saja tukar skincare ni, kadang terlampau lama guna skincare yang sama, kulit dah serasi tapi Qiss nak juga cuba sesuatu yang baru.
Majlis pelancaran produk penjagaan muka dari Australia iaitu Glamogenic telah berlangsung pada 16 Julai 2019 Di Glasshouse at Seputih.
Menarik tentang produk ini ialah duta produk adalah penyanyi terkenal iaitu Nicholas Teo. Maknanya, tak kira lelaki atau perempuan memang sesuai guna produk ini.
Bahan utama untuk produk ini ialah ekstrak brokoli terbaik. Menarik kan.
Terdapat beberapa jenis produk antaranya:
✔️ Dynamic Brightening Mask
Mengurangkan bintik hitam, melembapkan kulit dan tiada lagi sel kulit mati sebab mask ni ada bahan pengelupasan untuk melembutkan kulit.
✔️Glamogenic Vitalize Soothing Mask efektif melegakan kulit sensitif dan keletihan serta mempunyai pelembap untuk menyegarkan kulit.
✔️Brassica Peeling Gel, gel pengelupasan yang tidak meninggalkan iritasi/keradangan pada kulit.
✔️ Antioxidant Vit C + Serum
Mengurangkan kedutan di wajah dan melindungi kulit wajah daripada sinaran UV merbahaya
✔️ Hyaluronic Booster Serum
Menegangkan kulit wajah dan melambatkan tanda penuaan kulit
✔️ Enliven Brightening Cream
Krim pencerah kulit, memudarkan parut dan melembapkan kulit wajah.
Kalau korang nak tahu, Qiss peminat Nicholas Teo ni. Dup dap dup dap tengok dekat-dekat. Tak dapat nak selfie pulak. Aduh. Tengok muka dia memang kulit cantik.. aumm..hehee.
Qiss nak kena cuba juga produk ni. Mana tau makin cantik berseri. Lagipun dia guna ekstrak brokoli kan. Tak merbahaya pada kulit.heee... korang nak cuba jugak tak?
Glamogenic skin care boleh dibeli di www.gladiz.com
Maklumat lanjut:
Facebook: Glamogenic Official Facebook
Instagram: @glamogenicofficial
Tak aci lah cantik sensorang...menariknya sbb ada ekstrak brocoli.. 1st time dengar
ReplyDelete