Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 July 2019

KILAFIT Bantu Kurangkan Berat Badan Dan Tampil Langsing

Qiss tertanya-tanya apa rahsia Kilafairy untuk kekal langsing dan sentiasa cantik setiap hari.

Namun, nampak kurus atau langsing, tidak bererti tiada lemak yang tersembunyi. Mungkin lemak itu boleh disembunyikan menerusi pemakaian korset, pemilihan busana gelap, teknik suntingan atau mungkin bergambar dengan mempraktikkan sudut yang betul. Demikian antara dilema yang dilalui sendiri  seperti pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan, Kilafairy suatu ketika dulu.



Anak bongsu kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil itu sendiri mengakui menceburi dunia seni juga menuntut dirinya sentiasa nampak cantik di setiap sudut. Terutamanya jika muncul di kaca TV atau skrin layar perak, saiz sebenar pasti akan mengembang.  Itu antara senario dan hakikat sebenar yang harus ditelan.


Malah suatu ketika dahulu juga, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan juga berdepan fasa sama seperti mereka  yang mengalami naik turun  dalam  berat badan.

Tapi kini tidak lagi, KILAFIT  yang diusahakan sejak September tahun lalu menjadi ‘penyelamat’ kepada dirinya dan juga mereka yang turut berdepan masalah kenaikan berat badan mendadak.  KILAFIT bagai cinta hati yang menyembuh kedukaan di hati Kilafairy.

Perniagaan
Rutin harian Kilafairy kini juga sudah berubah kerana sibuk mengendalikan perniagaan apabila produk KILAFIT mendapat sambutan luar jangkaan. Produk kesihatan dan pelangsing badan itu diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri.



“Keyakinan diri itu perlu ada setiap pada kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,” katanya.

Menurut penyanyi lagu  Put The Word In bersama Sean Kingston itu, dia sentiasa percaya untuk terus menjadi seperti mana yang dimahukan.

“Saya percaya soal fizikal ini bergantung kepada diri sendiri. Saya tak bermaksud mahu memaksa sesiapa perlu menukar menjadi seperti itu dan ini. Hidup ini adalah pilihan. Pilihan saya ialah untuk mengamalkan KILAFIT. Anda juga boleh ikut jejak saya.

Membantu Jana Pendapatan

“Pada dasarnya, kita akan buka ruang untuk semua orang untuk berniaga bersama KILAFIT. 'Super Agen' dan Stokis kami sudah pun berjaya menjana pendapatan lebih daripada RM 5 angka. Tetapi saya sendiri mahu membantu orang ramai yang tidak ada modal dan mahu berjinak jinak dalam dunia perniagaan. Dengan itu kita melancarkan program Agent Tanpa Modal (ATM) ini.


“Sesiapa saja boleh memulakan perniagaan dan jana pendapatan sampingan. Begitu juga dengan kalian,” katanya.

“Sekarang nak bakar lemak di pusat gimnasium pun sudah jadi terbatas kerana faktor masa. Jadi saya letakkan 100 peratus harapan dan tanggungjawab kepada KILAFIT. Dengan KILAFIT ini juga saya sudah mampu menolong mereka menurunkan berat badan termasuk menjana pendapatan. Sudah ramai yang mempercayai kredibiliti KILAFIT. Tapi andai ada masa, saya memang akan cuba buat diri berpeluh dengan aktiviti riadah,” katanya.




Ditanya kenapa KILAFIT menjadi pilihan utama dan ramai masa kini, Kilafairy lebih mempercayai produk yang mengutamakan kandungan semula jadi.

“Produk ini berkesan dengan cara yang semula jadi. Kalau kita mengamalkan KILAFIT dan pada masa sama aktif dengan aktiviti membuang peluh, keputusan itu akan diraih dengan lebih cepat. Tapi kalau sebaliknya pun masih akan dapat keputusan yang terbaik. Ia terpulang kepada diri masing-masing. Ada testimoni kami yang berjaya menurunkan 12 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya menjaga makan dan mengamalkan KILAFIT.

Kebaikan KILAFIT

“Fungsi produk ini bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan tetapi ia bagus untuk kulit dan rambut. Ekstrak L-Karnitina dan Garcinia mampu membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga, mengurangkan paras gula dalam darah, menurunkan kadar kolesterol selain memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa selepas senaman.

“Kolagen pula untuk kulit, mengurangkan selulit selepas penurunan berat badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku serta memudahkan pergerakan sendi. Sumber makanan Sunnah seperti kurma mampu membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan penghasilan sel darah merah dalam badan. Manakala buah delima juga membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B,” katanya.

Sementara, Kilafairy memaklumkan KILAFIT juga mahu menggalakkan ramai menjana pendapatan sampingan.




Manfaat Utama

1). Penurunan Berat Badan / Melangsingkan Badan & Mendapatkan Tenaga:

Tubuh badan anda tidak gemar membakar lemak untuk mendapatkan tenaga, ia lebih suka mengambil tenaga daripada karbohidrat dan protein. Membakar lemak selalunya menjadi jalan terakhir apabila tiada pilihan lain. Dengan KilaFit, badan anda akan membakar sel-sel lemak terlebih dahulu sebagai cara untuk mendapatkan tenaga. Ia membantu anda menurunkan berat badan sekaligus mengekalkan paras tenaga yang tinggi.

KilaFit mampu mencapai semua ini melalui formula khas pelangsingan badan yang kami hasilkan sendiri dengan penggunaan ekstrak Garcinia & L-Karnitina. Kedua-duanya merupakan bahan semulajadi [L-Karnitina dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh anda] yang digabungkan dalam kuantiti yang tepat bagi menjamin keberkesanan KilaFit.


2). Kulit & Rambut:

Apabila berat badan anda sudah semakin menurun, anda mungkin akan mendapati terdapatnya bahagian kulit yang longgar atau berlebihan disebabkan oleh kehilangan berat badan itu. KilaFit membantu menegangkan kulit di seluruh badan anda untuk mengelakkan sebarang kelonggaran, serta mengurangkan kesan selulit semasa dan selepas proses penurunan berat badan.

KilaFit ialah satu-satunya produk pelangsingan badan dalam pasaran yang dapat membantu di setiap peringkat perjalanan anda dalam menurunkan berat badan.

Kami menggunakan kolagen berkualiti tinggi yang turut memberi kekuatan pada rambut agar rambut anda sentiasa kelihatan bersinar dan bermaya.


3). Senaman:

Dapatkan hasil terpantas dengan menggabungkan KilaFit dan senaman!

Di samping KilaFit membantu tubuh anda membakar lemak untuk mendapatkan tenaga, L-Karnitina berperanan untuk mengurangkan rasa sakit dan bisa-bisa badan selepas anda menjalani sesi senaman. Dengan ini, masa yang diambil untuk badan anda kembali pulih dapat disingkatkan, jadi anda boleh mendapat bentuk badan yang diinginkan dengan lebih cepat. Dengan adanya kolagen untuk mengurangkan sakit-sakit sendi, KilaFit ialah produk cukup sempurna yang mampu menyokong anda mencapai matlamat yang disasarkan!


4). Makanan Sunnah:

Tidak lengkaplah KilaFit sekiranya ia tidak mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan anda. Jadi, kami telah mengenalpasti dan memilih Makanan Sunnah yang paling berkhasiat untukk menyempurnakan ramuan KilaFit.

Buah kurma membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan menurunkan berat badan berlebihan, serta menggalakkan penghasilan sel-sel darah merah. Buah delima pula kaya dengan Vitamin B, iaitu antara vitamin terpenting yang menyokong semua fungsi badan termasuk mencegah penyakit. Di samping itu ia turut menambahkan tenaga badan, menggalakkan metabolisma dan mengurangkan kesan stres.


Ramuan Utama

Formula istimewa KilaFit dengan ekstrak L-Karnitina & Garcinia;
- Membantu badan membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga
- Mengurangkan paras gula dalam darah
- Boleh menyumbang ke arah menurunkan kadar kolesterol
- Memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa-bisa selepas senaman


Kolagen
- Menegangkan kulit dan mengurangkan selulit selepas penurunan berat badan
- Menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut tampak bermaya, menguatkan kuku, dan memudahkan pergerakan sendi


Makanan Sunnah
- Kurma membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan menghilangkan berat badan berlebihan
- Kurma turut membantu penghasilan Sel Darah Merah dalam badan
- Buah Delima membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B, yang membantu mencegah penyakit dan turut menyokong kebanyakan fungsi badan
- Juga dapat mengurangkan stres, memberi tenaga dan menyokong fungi metabolisma.


Aloe Vera
- Mencantikkan dan melembapkan kulit
- Memudahkan penghadaman dan mengurangkan radang.

Korang jangan risau sebab produk KilaFit  boleh didapati dalam dua perisa dan kedua-duanya telah mendapat lesen daripada KKM.



Terdapat 14 paket dalam setiap kotak. Cukup stok untuk 2 minggu. KilaFit dijual dalam bentuk paket serbuk yang sangat mudah digunakan. Korang hanya perlu mencampurkannya dengan air panas dan nikmati minuman yang sedap rasanya.


Seeloknya KilaFit diambil pada waktu pagi bersama sarapan. Inilah rutin yang diamalkan oleh Kila selama ini. Tapi boleh saja minum pada bila-bila masa yang paling menyenangkan korang.


KilaFit telah pun memulakan proses mendapatkan status Halal.



Semua golongan lelaki dan perempuan boleh minum KilaFit kecuali ibu mengandung dan dan menyusukan anak sehingga 6 bulan.

Kesan sampingan daripada pengambilan KilaFit ialah senang membuang air di tandas, dan korang mungkin berasa lebih dahaga daripada biasa.

Kalau korang minum KilaFit, korang kena minum banyak air. Ini akan membantu setiap proses badan korang mendapatkan hasil positif yang lebih cepat, serta memastikan korang kekal terhidrat dan sihat.


Instagram: kilafit
Harga: RM88 sekotak

15 comments:

  1. wah kila sekarang nak jadi usahawan jual produk sendiri. bagus terutama mereka yang mahu kekal langsing dan sihat macam selebriti kila ni. kena amal & istiqomah baru dapat result yang diingini kan

    ReplyDelete
  2. Wow dah ada produk sendiri, suka tengok Kila ni, memang langsing hee nasib baik da langsing haha

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kila dah ada produk sendiri. Patutlah semakin cantik sekarang. Nampak menarik produk Kilafit ni, kena konsisten dan bersenam mesti hasilnya pun kebabommm.

    ReplyDelete
  4. Kita geram jer tengok macam mana dengan minum boleh kurus macam kerengga ni terutama orang perempuan kita ni laki susah betul nak kurus wakakakaka nak juga lah cuba produk ni kalau berkesan kita nak jadi duta juga boleh...

    ReplyDelete
  5. Kila fairy ni memang patut boleh jadi rujukan orang nak kuruskan badan. tengok je lah macam mana dia jaga badan dia kan. Dari dulu macam ni je.

    ReplyDelete
  6. makin ramai ya artis yang menceburi bidang perniagaan. semoga perniagaan makin maju. macam nak try je produk ni. :) terima kasih share.

    ReplyDelete
  7. wahhhh Kila pun dah join buat produk sendiri. Produk pun ada bahan bagus, kolagen, makanan sunnah dengan aloevera. Good luck untuk Kila & KilaFit

    ReplyDelete
  8. Dah berbisnes sekarang kila ni ye. Jual produk kelangsingan.
    Harapnya bahan bahan nya semua luulus kkm la ye, baru lah selamat

    ReplyDelete
  9. Badan pun dah best guna Kilafit ni, sekarang uols try guna face serum ni.. bila body dah elok, sekarang saatnya buat uols punya face glowing macam artist Korea

    ReplyDelete
  10. Owh Kilafairy ada produk sendiri rupanya. Tak tau pun. Bahan-bahan utama dia nampak macam bagus je. Maybe boleh la try nanti. Iza pun macam nak carik produk boleh turunkan berat. Tapi apa-apa pun kenanjugak minum buk air n bersenam.

    ReplyDelete
  11. Nama dia dh mcm highlighter make up pulak. Hehe. Qis payung satu video guna kilafit sikit. 🙈

    ReplyDelete
  12. Wow, kilafary pun dah ada produk sendiri. Bagus artis sekarang, selain kerja dalam dunia hiburan, tapi dorang ada future plan dengan buat business. Terbaiklah

    Qis guna produk kilafit ke? Patut lah makan banyak pun maintain slim. Hehe

    ReplyDelete
  13. Read about this slimming product the other day. I am sure it will be effective in helping women and ladies to get their ideal weight and shape. :)

    ReplyDelete
  14. bagus nya Kilafairy dah ada produk sendiri. So lepas ni boleh lah cuba dan ikut tips selebriti ini langsing kan.

    ReplyDelete
  15. Jeles sunggu tenfok body Kilafairy tu kan, cantik melentik lentik gitu..hehehe. Sis belum lagi try, tapi memang nak try jugak nanti bila dah ready mental dan fizikal..hehehe

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com