Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

27 July 2019

4 Orang Pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia

Hari ini tercipta sejarah selepas dua bulan pencarian wajah cantik dan sihat serta duta Guardian Malaysia.

Empat orang daripada 16 orang peserta akhir telah dinobatkan sebagai pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia di pertandingan peringkat akhir The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia yang berlangsung di Central I-CITY Shah Alam.

Pemenang The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia


Tahniah kepada KARYLL CHEE KAR YEE, YASMIN BINTI KHALID, NURUL EZZATY BINTI HASBULLAH dan NUR AIMI BINTI ABDUL GHANI. Kesemua keempat-empat peserta ini akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian dan membawa pulang hadiah RM10 000 wang tunai dan RM10 000 baucar Guardian serta wang tunai RM5000 akan diberikan kepada peserta untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih.




Pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian kali ini akan menjadi wajah pilihan Guardian untuk katalog-katalog yang akan dicetak oleh Guardian sepanjang tahun 2019.

Di peringkat akhir pertandingan, cabaran pertama peserta ialah memperkenalkan diri dan diminta untuk menceritakan tentang pakaian yang mereka pilih untuk pertandingan akhir.

Cabaran kedua ialah memilih salah satu produk di Guardian dan mereka diminta memberi sebab kenapa memilih produk tersebut.

Cabaran terakhir ialah menghias terrarium menggunakan produk dari Guardian.



Peserta diberi masa 30saat untuk menjelaskan tentang rekaan terrarium mereka




Menarik kan. Pertama kali juga Qiss dengar tentang terrarium ni.

16 orang finalis The Face Of Healthy Beauty Guardian

Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah:

Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex

Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh

Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani

Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee

Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah

Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal

Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon

Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmĂ©) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman

Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500.


Barisan juri The Face Of Healthy Beauty Guardian
Peserta diadili oleh 5 orang juri antaranya Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid yang merupakan artis dan pelakon Malaysia.



Qiss juga tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama pemenang, Nurul Ezzaty. Nak ambil aura untuk pertandingan tahun depan. Hahahah..

Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500. 

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

Reactions:

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com