Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 July 2019

Promosi Sempena Pembukaan LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall Cheras

Hai korang, Qiss ada berita baik nak share dengan korang ni. Mulai 1 Julai 2019, LuLu Hypermarket ada buka lagi satu cawangan kat 1 Shamelin Mall, Cheras.

Cawangan ini merupakan cawangan kedua LuLu Hypermarket setelah cawangan pertama dibuka di Kuala Lumpur bersebelahan bangunan Jakel.



Sempena pembukaan ini LuLu Hypermarket ada buat promosi sehingga 4 Julai dan sehingga habis stok lah kiranya. Tapi promosi bersambung dari 5 Julai dan korang masih boleh dapatkan barangan dengan harga murah.



Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Juga ramai jemputan VVIP yang hadir termasuk Yusuff Ali Chairman of LuLu Group memeriahkan majlis.



Seronok dapat shopping kat LuLu Hypermarket ni. Dah la dekat dengan rumah. Tawaran harga barangan pun menarik juga. Dalam pelbagai barangan yang ada kat sini, Qiss suka sangat dengan set periuk ni. Harga pun murah. Qiss jimat banyak.

Set periuk ni memang ramai yang beli sebab ada promosi

Qiss Beli ayam sebab sekilo hanya RM2.99 sahaja

Pada hari keempat Qiss datang kebanyakan barang promosi dah habis tapi ramai pelanggan menunggu kat pintu ni untuk dapatkan barangan mereka.

Masih ramai menunggu

Periuk nasi hanya RM25.00 Murah kan!

Bahagian pakaian juga terdapat di sini

Barangan kelengkapan dapur

Barangan masakan

Alhamdulillah lagi satu berita gembira, beras kat sini murah sebab ada promosi tau. Beza banyak tu.

Yeayy! Beras ada promosi

Boleh juga semak harga kat sini sebelum buat bayaran


Periuk ni sesuai untuk korang rebus daging. Cepat empuk tau.


Ok. Sini bahagian kekacang, kismis dan sebagainya. Korang boleh pilih nak kekacang yang mana dan berat yang korang nak.



Kat sini pun ada bahagian masakan panas dan banyak jenis makanan yang ada seperti ayam goreng, sotong goreng dan pelbagai lagi.



Telur memang murah untuk sepapan. Semua orang serbu kat tempat ni tau.
Qiss pun ambil juga sepapan. Boleh masak-masak kat rumah.

Masa baru sampai banyak lagi. Lepas tu, habis.hahahha

Kebiasaan kalau hypermarket baru buka memang ramai orang. Tengok je keadaan untuk ke kaunter bayaran LuLu Hypermarket ni. Memang ramai orang.



Tak puas lagi tengok gambar. Meh layan video Qiss ni. Jom tengok Qiss shopping.



Tahniah buat LuLu Hypermarket yang telah memberikan harga murah sempena pembukaan cawangan kedua mereka ini. Beruntung orang-orang Cheras.


Ada ke yang nak ikut Qiss shopping kat sini? Mesti korang teruja dan gembira.

Info lanjut promosi dan harga murah layari :
Laman web : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermy

1 comment:

  1. gila kalau shopping kat LULU ni tau.. kak Liez mmg jarang pergi tapi kalau pergi memang borong sakan..especially cheese

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com