Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

02 July 2019

Gempar! Promosi 2 set RM10 The Chicken Rice Shop Tarik Pelanggan Sehingga Sanggup Beratur

Hari ni Qiss tak ada pergi event mana-mana jadi Qiss minta ayah teman beli barang kat IOI City Mall Putrajaya. Dari pagi berjalan mula la perut berbunyi. Nak keluar cari makan memang malas. Jadi Qiss ajak ayah ronda-ronda je dalam IOI City Mall tu.

Tekak rasa nak makan nasi ayam, tempat pertama Qiss tuju ialah The Chicken Rice Shop. Tengok ramai beratur, Qiss tanya kenapa beratur ramai-ramai ni sebab tak nampak banner, banner terlindung dek barisan yang panjang.. Rupanya semua beratur nak makan nasi ayam promosi yang 2 set RM10 tu.

Muka lapar masing-masing.


Gigih tau Qiss beratur nak dapat makan kat The Chicken Rice  Shop, sebab mulai hari ni sampai 5hb Julai nanti, dari 12.30-1.30 tengah hari, korang boleh dapatkan 2 set nasi ayam dengan harga RM10 je tau.




Tapi itulah.. Kena bersabar sikit untuk beratur tu ye. Sambil beratur sambil sembang-sembang, sedar tak sedar dah sampai giliran duduk kat meja.


Kena beratur panjang.. sabar tau korang

Janji order sebelum 1.30 petang. Yeayy..


Tapi....hanya ada 10 outlet sahaja yang terlibat.

Kalau korang ada sekitar
1. IOI City Mall
2. Mid Valley
3. Sunway Pyramid
4. Central i-City
5. Aeon Mall Shah Alam 6. KL Gateway
7. One Utama
8. Melawati Mall
9. SubangParade 
10. Sunway Putra Mall

Jangan lepaskan peluang ini tau. Bawak kawan-kawan office korang tu, cakaplah nak belanja. Mesti dorang teruja. Kalau korang belanja pun sorang satu set baru RM5. Amacam.. bagus tak idea ni?

Kegemaran Qiss kalau datang The Chicken Rice Shop, Roasted Chicken

Yeayy tengok pun terliur. 2 set RM10. 


Promosi ni sempena pembukaan ke 100 outlet The Chicken Rice Shop tapi sekarang dah ada 104. Untunglah rezeki Qiss nak makan kat The Chicken Rice Shop ni tercapai. Nak tunggu orang belanja idokle..

Haa korang tu, takkan tengok je. Jomlah makan kat sini. Untung sangat dan korang jimat banyak tau.

Eh! Takkan tengok je tu?

Jom kalau tak percaya korang boleh cari # kat bawah tu kat media sosial korang.

#JomSamaSamaMakan
#100TCRSOutlets
#TheChickenRiceShop @ The Chicken Rice Shop

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com