Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

10 September 2019

Kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Kita Lebih Selesa’ TENA Melibatkan Pereka Terkenal Malaysia Dr Eric Leong Untuk Mencadangkan Pengubahsuaian Mudah Di Rumah Untuk Ibubapa Yang Telah Meningkat Usia

Sejauh mana kita sebagai anak-anak memahami tentang kesulitan yang dialami oleh ibu bapa ketika di usia emas? "Inkontinens adalah masalah yang biasa, menjejaskan kira-kira 50% orang tua. Ini memberi impak kepada kualiti kehidupan mereka dalam banyak cara, seperti terperuk di rumah seharian dek rasa segan atau kekerapan berulang alik ke tandas. 


TENA Malaysia and the Continence Foundation of Malaysia (CFM) team up with renowned Malaysian designer, Dr Eric Leong to introduce home improvement ideas for caregivers with adult parents who experience incontinence. From left to right: Loving daughter and caregiver, Pn Norhayati Sulaiaman, Consultant Urologist and CFM President Dr Peter Ng, Marketing Manager, Vinda Malaysia, and Dr Eric Leong


Oleh kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah, ia adalah amat penting untuk mengelakkan ibubapa kita daripada terjatuh mahupun tersungkur kerana ia boleh membawa banyak komplikasi seperti kesulitan untuk pulih, serta risiko -risiko lain jika diwadkan di hospital,” jelas Dr Peter Ng, Pakar Urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia.


Di samping menggunakan TENA Pants, idea pengubahsuaian rumah yang mudah juga dapat memberi impak yang besar memandangkan ibubapa kita banyak menghabiskan masa di rumah. Turut menyokong kempen 'Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Kempen Ibu Bapa Lebih Lebih Selesa' adalah pereka terkenal Malaysia Dr Eric Leong yang akan berkongsi beberapa idea pengubahsuaian rumah secara berperingkat di laman Facebook TENA (www.faceboook.com/ TENA.Malaysia) dan laman web TENA (www.tena.com.my).



TENA, Pakar Yang Memahami dan Yayasan Kontinens Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Kita Lebih Selesa’ untuk mengalakkan anak-anak agar lebih peka dengan perkara-perkara kecil yang boleh dilakukan, serta bagaimana mereka dapat memainkan peranan aktif dalam memahami cabaran yang dihadapi oleh ibubapa, terutamanya apabila setiap 1 daripada 2 orang warga emas1 mengalami masalah inkontinens.

Oleh kerana inkontinens boleh menjejaskan pergerakan dan kualiti hidup seseorang, kempen ini menawarkan cadangan praktikal dari para pakar mengenai penjagaan yang betul menerusi pengurusan dan pengubahsuaian mudah di rumah bagi membantu ibubapa yang semakin tua merasa lebih selesa, sambil mengurangkan risiko terjatuh.

Salah satu produk TENA


Inkontinens menjejaskan 1.4 juta rakyat Malaysia dan dianggarkan meningkat sebanyak 4.5% setiap tahun.1 Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa 69% daripada mereka tidak mendapatkan bantuan disebabkan stigma sosial dan sebahagian besarnya merasa malu.

“Di TENA, kami percaya bahawa mereka yang mengalami inkontinens masih dapat terus menjalani kehidupan yang aktif. Oleh itu, kesedaran perlu dipertingkatkan agar keadaan ini dapat diuruskan secara berkesan serta mendapat sokongan orang ramai, terutama sekali daripada anggota keluarga,” kata Debby Ho, Pengurus Pemasaran, Vinda Malaysia.

TENA pants lebih mudah dipakai


"Ibubapa memang tidak berniat untuk menyusahkan anak-anak mereka, malah ada juga yang segan untuk membangkitkan topik yang sensitif seperti inkontinens kepada anak-anak. Oleh itu, TENA membekalkan anak-anak dengan idea dan sokongan yang mudah serta praktikal bagi membantu ibubapa kita berasa lebih selesa, terutama di rumah, tanpa memperkecilkan perasaan mereka,” jelas Debby.

Selaras dengan ini, TENA bekerjasama dengan beberapa pakar dalam menyediakan penyelesaian holistik termasuk idea pengubahsuaian mudah di rumah dan penyelesaian produk, seperti TENA Pants yang menyerupai seluar dalam yang boleh menyerap. Dengan TENA Pants, ia membantu mereka mengekalkan maruah diri dan kebebasan dalam menikmati usia emas tanpa rasa takut mahupun malu.


"Salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk ibubapa kita adalah membantu mengekalkan kebebasan mereka. Idea pengubahsuian di kamar tidur, bilik mandi dan ruang tamu dapat memudahkan pergerakan mereka dengan selamat," kata Dr Leong. "Ini boleh dilengkapkan dengan penggunaan warna yang betul dan aroma yang menyegarkan untuk menjadikan rumah mereka lebih santai."

Selain idea pengubahsuaian rumah bagi keselesaan ibubapa kita, kempen ini turut menyediakan sumber pendidikan lain menerusi laman web TENA, di mana e-Buku Panduan Caring 101 boleh dimuat turun dan sampel produk yang boleh dipohon secara online.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web TENA (www.tena.com.my), laman Facebook TENA (www.facebook.com/TENA.Malaysia) atau hubungi talian bantuan bebas tol TENA 1-800-88-9988 (9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat).

2 comments:

  1. aritu masa ibu mentua akak sakit bulan puasa pakai pampers jenama lain tak pernah try lagi tena ni nanti boleh try ni

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com