Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

12 September 2019

Minuman Baharu Coolblog Fire Tiger King Kini Boleh Didapati di Cawangan Coolblog Seluruh Negara

Boba Hari Harimau..eh..! Petang tadi Raja Harimau mengaum dekat Berjaya Times Square tau. Siap ada persembahan api yang unik.

Jadi, Qiss berkesempatan meraikan pelancaran minuman baru Coolblog iaitu Fire Tiger King yang bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Shamshuzaman bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Jarangkan korang tengok Qiss minum minuman boba ni kan..sebab Qiss tak boleh minum susu tanpa perisa..hehe tapi minuman baru Coolblog ni memang sedap dan banyak perisa korang boleh pilih tau.

Antaranya, Fire Tiger King, Fire Red Tiger, Fire Thai Tiger dan Fire Green Tiger.

Untuk harga setiap minuman ni pula ialah:

1. Fire Red Tiger RM7.80
2. Fire Green Tiger RM7.80
3. Fire Tiger King RM8.80
4. Fire Thai Tiger RM8.80



Yang dalam gambar ni Fire Thai Tiger, menggunakan teh premium dan mousse keju dan dilengkapkan dengan taburan krim keju yang dibakar brulee. Yang ni Qiss boleh habiskan sebab ianya diperbuat daripada serbuk teh.


Dengan setiap jualan siri Tiger King On Fire ni, sebahagian hasil jualan akan didermakan ke satu badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam usaha menyelamatkan spesis dan habitat Harimau Malayan Tiger yang semakin pupus di Malaysia.


Ok! Jom support. Korang boleh rasa keempat-empat perisa ni di Coolblog berdekatan dengan korang.


Jelajah Suria FM Bersama Coolblog

Coolblog bekerjasama dengan stesen radio Suria FM untuk kempen Fire Tiger King dengan menaja acara Jelajah Suria 2019 di beberapa lokasi terpilih.

14 September 2019 Kuantan City Mall, Pahang

21 September 2019 Plaza Angsana JB, Johor

Cabaran Tarian Tiktok Fire Tiger King

Korang peminat aplikasi Tiktok boleh sahut cabaran #FTKDanceChallenge. Korang cuma perlu beli mana-mana perisa minuman Fire Tiger King Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Fire Tiger King dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

Untuk maklumat lanjut,

Ikuti laman Instagram Coolblog : http://www.instagram.com/coolblogmalaysia

Untuk carian di media sosial:
#firetigerking #FTKSDS #CoolblogMalaysia
Reactions:

12 comments:

  1. waa-- akak tak berapa berkenan dengan CB sebenarnya sebab terlampau manis.. tapi nanti boleh try yang Tiger King ni plak.. hee~ thanx qiss untuk entri nya !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips nak order: minta kurang manis sebab orang yang order pun dah cukup manis..heheh

      Delete
  2. I like I like I like. Tapi mintak kurang manis sesiap hehehehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I kena manis sikit sebab nak hilangkan pahit teh tu.hahahha

      Delete
  3. Akk n ank2 mmg minat cb ni, nanti nak try yg tiger ni plak...mesti ank2 mengaum kepuasan 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best time sedut bubble tu. Terus minum sampai habis nanti

      Delete
  4. Perghhh.. nampak sedap siot... Harga pun ok juga..

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak minum cool blog . Sy follow blog akak tau

    ReplyDelete
  6. tak pernah try minum lagi..anyway, done follow ur blog

    ReplyDelete
  7. sesekali boleh la try CB ni tapi Tiger King mmg buat terliur dahla harga pun murah kan

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com