Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 January 2020

Teater Semarak Pertiwiku Dipentaskan di Istana Budaya 30 dan 31 Januari 2020

Assalamualaikum dan hai,

Pembukaan teater pilihan Qiss bagi tahun 2020 ni ialah teater Semarak PertiwiKu yang akan dipentaskan selama dua hari bermula 30 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Sekali lagi dengan cukup teruja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tampil mempersembahkan sebuah teater yang mengangkat integriti sebagai subjek utama.

Barisan pelakon, pengarah dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berusaha Puan Latheefa Koya

Diberi judul Semarak PertiwiKu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berusaha Puan Latheefa Koya cukup teruja mengumumkan teater yang mendapat sambutan hangat saat dipentaskan di Kuching, Sarawak pada Julai 2019 lalu dan kini akan dipentaskan di Kuala Lumpur hujung Januari ini. Semarak PertiwiKu adalah didalam dialek Melayu Sarawak.

Tahun 2020 disambut dengan antusias oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila projek yang dllaksanakan pada tahun lalu bakal dilanjutkan pada tahun ini.

Mendekati masyarakat melalui seni telah lama SPRM laksanakan. Sebelum ini pada Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Aswara telah mementaskan naskhah bertajuk "Bahara Emas".

Melaluinya, mesej disampaikan kepada penonton tentang bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan.

"Begitu juga dengan Semarak PertiwiKu, pengisiannya akan membawa aspirasi kepada setiap anggota masyarakat termasuk penjawat awam supaya berintegriti tinggi. Saya yakin ia juga mampu menyemai semangat patriotisme selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera." ucap Latheefa Koya.



Semarak PertiwiKu mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan dan kerana Iitu tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega.

lnilah sumbangan SPRM kepada rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan yang bersih dan bebas rasuah.

Disutradarai oleh Muhammad Azri Ali bersama Pengarah Projek, Abdul Walid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Bin Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq, persembahan teater ini juga menggunakan khidmat pelakon berkaliber dalam menyampaikan mesej penting yang cuba disalurkan dalam medium hiburan.

Aktor berprofil tinggi, Ungku lsmail diberi tanggungjawab besar bersama dramatis Sherie Merlis dalam menggerakkan Semarak PertiwiKu bersama barisan pelakon lain temasuk Anding dan Taufik Hanafi.

Ungku Ismail

"Semarak PertiwiKu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membanteras gelaja rasuah, Ia juga adalah sebuah teater yang bertemakan integriti dan sebuah usaha cukup baik untuk mendidik masyarakat tentang rasuah khususnya dalam kalangan penjawat awam," kata Pengarahnya, Muhammad Azri Ali.

Mengikut perancangan, akan diadakan 2 slot persembahan pada waktu petang dan 1 (satu) pada waktu malam dan adalah percuma melalui jemputan khas kepada para penjawat awam dan 'stakeholders' (pemegang taruh) SPRM yang telah banyak bekerjasama sepanjang 2019 di dalam pelbagai projek pencegahan yang dianjurkan.

Semarak PertiwiKu akan masih menggunakan dialek Sarawak kerana ingin mengekalkan keaslian persembahan malah kerana mesejnya yang kuat.

Untuk tempahan tiket, sila hubungi nombor yang tertera:
0388911501 Kumaran Regaya
0388911468 Azami
0388911471 Saiful Azri

1 comment:

  1. Penghayatan yang cukup mendalam untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Syabas dan tahniah SPRM & UNIMAS.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com