Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 February 2020

Input Dari Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak kongsikan pengalaman menyertai Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020. Program ni berlangsung 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Qiss menjadi salah seorang peserta
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

Seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.

Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan
yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.

Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.
Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.


Masa mula-mula Qiss masuk dewan ni, terfikir juga betul ke Qiss boleh ubah hidup Qiss? Tapi bak kata Dr Azizan Osman, dengar dan buat. Tak perlu pedulikan keadaan sekeliling dan tak perlu ambil pusing cakap orang. Buat, buat, dan buat ape yang mentor ajar.


RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan macam Qiss sendiri dan Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.



Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya
berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu
dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Lawatan tidak rasmi Tun Dr. Mahathir


Tun Dr. Mahathir berkesempatan menyaksikan program Nak Ubah Hidup 2020. Dalam program ni kebanyakan orang-orang yang ingin berjaya.


Dah realisasi dah impian nak tengok Tun depan-depan kan.

Perkongsian dari Eriyca Baiduri, Noir Health & Beauty

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty.

Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi
trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau
tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau
terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang.


Beliau mula menuntut ilmu marketing
dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman).

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia.
Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Perkongsian dari Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery

Seterusnya, Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan
membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019,
RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta.

Bisnes beliau yang hanya bermula
dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk
beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang.


Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Perkongsian dari Rosli Ismail, Oli Collection

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan.


Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis.

Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi.

Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.







Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia



▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu
setahun

▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta
pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program kami adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring
yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan
dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Input dari Program Nak Ubah Hidup 2020

1. Bina perniagaan yang membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Setelah 3 hari berkampung kat Dewan Setia City Convention Centre ni, Qiss percaya dengan membantu orang lain dapat membantu diri kita sendiri untuk lebih kaya dan berjaya.

Jadi dah boleh mula fikirkan perniagaan yang dapat membantu orang lain.



2. Hormat pada ibu bapa

Doa ibu tu sangat makbul ya. Jadi sebagai anak-anak kita kena minta ibu doakan kita yang baik-baik dan minta doakan yang spesifik supaya kita dapat apa yang kita inginkan.

3. Bersangka baik dengan Tuhan

Tuhan itu mengikut sangkaan umatnya. Apa yang kita fikir itu yang Tuhan makbulkan. Untuk dapatkan apa yang kita inginkan, kita perlu bersangka baik dengan Tuhan kita.

Dan....ada banyak lagi input menarik sepanjang program ini. Tak dapat Qiss nak kongsikan kesemuanya.

Bagi anda yang ingin turut serta program Nak Ubah Hidup, korang boleh layari laman web
www.NakUbahHidup2020.com

1 comment:

  1. last time ray nak join tp xde rezeki pulaks. dah tutup penyertaan.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com