Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

25 February 2020

Edisi ke 19 Le French Festival 2020

Persembahan menarik terus dari Perancis buat anda peminat setia filem dan kesenian. Untuk edisi kali ini, Martell – rakan kerjasama jangka panjang Le French Festival – mempersembahkan sebuah festival untuk semua dari segenap lapisan masyarakat termasuk keluarga dan kanak-kanak, penggemar Perancis, peminat filem, masakan dan seumpamanya.



Bukan sekadar kepelbagaian program dan aktiviti berteraskan kehidupan Perancis yang akan dipersembahkan, penganjur dan Kedutaan Perancis di Malaysia juga menjemput bintang rock terkemuka, Manu Chao. Sebagai sebahagian daripada siri jelajah ke Asia Tenggara, beliau akan mempersembahkan formasi akustik daripada albumnya Sibérie m’était contée, sebuah rancangan berteraskan kekeluargaan dalam Bahasa Perancis dan Sepanyol.


Dari 19 Mac sehingga 26 April 2020 akan berlangsung Le French Festival bakal menayangkan filem-filem menarik dari Perancis disamping pameran kesenian, persembahan muzik, makanan dan pelbagai lagi.

Menariknya tahun ini, empat bandar telah dipilih bagi festival ini iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Le French Festival 2020 ini akan berlangsung di:

Kuala Lumpur : 19 Mac - 5 April
Pulau Pinang : 9 April - 19 April
Johor Bahru : 16 April - 19 April
Kota Kinabalu : 23 April - 26 April



Selain itu, LFF 2020 juga menampilkan jurumasak selebriti terkemuka Malaysia, Anis Nabilah yang akan menjadi tetamu kehormat dan ‘Friend of the Festival’ (Rakan Festival) di atas sokongan dan minat berterusan beliau terhadap gaya kehidupan Perancis. Menurut beliau, masakan dan budaya Perancis telah banyak mengasah kepakarannya sehingga menjadi jurumasak terkenal.



Bagi Jacques Bounin, pengarah Alliance Française Kuala Lumpur pula berkata: “Untuk edisi Le French Festival kali ini, kami amat teruja untuk membawa ramai orang ke satu pengembaraan seni Perancis sebenar – menerokai muzik dan masa yang boleh melangkaui imaginasi seseorang".


“Beserta semua rakan kerjasama, kami amat pasti bahawa melalui festival ini, budaya Perancis mendapat penghargaan daripada kalangan rakyat Malaysia pada tahap yang lebih tinggi. 16 filem pilihan terkini bakal membawa penonton menelusuri kepelbagaian ciptaan Perancis dalam semua genre, dari Norway ke Kyrgyzstan, dan hentian di Venice, Tunis dan semestinya di Perancis.”

Untuk edisi kali ini, LFF 2020 akan menampilkan beberapa trend dan hiburan terbaharu dari Perancis, termasuk:


- Festival filem Perancis terbesar di Malaysia dengan 16 filem Perancis pemenang anugerah (beserta sarikata dalam Bahasa Inggeris)
- Pemuzik-pemuzik dari pelbagai ras yang mempersembahkan muzik Perancis
- Pertunjukan teater secara langsung
- Acara Art de Vivre termasuk bengkel pembuatan roti, sesi merasa makanan dan minuman, kelas memasak dan banyak lagi!


Di samping itu, beberapa soroton menarik yang boleh anda ikuti sepanjang festival LFF 2020 ini, termasuk:


“The Malaysian Premiere of ‘Solstice Lunaire
Terokai seni alat muzik hap bersama Maia Darmé, seorang pemuzik hap klasik tersohor berbangsa Perancis serta ensemble tali terkemuka Malaysia, Kamerata. Konsert ini akan menampilkan sebuah ciptaan istimewa untuk persembahan ini, iaitu harp concerto ‘Solstice Lunaire’, yang akan diarah di bawah komposer dari Colombia, Carlos Mejia yang menulis didedikasi kepada Darmé.


“Gasp by Company Circoncentrique” 
Sebuah pertunjukan sarkis menarik bertaraf dunia yang telah berjaya menampilkan persembahan penuh jenaka, pintar dan hebat untuk seisi keluarga.


“Roger Kasparian – The Eyes of the Sixties”
Pelancaran pameran utama dunia yang akan memperagakan gambar-gambar jurugambar terkenal Perancis era 1960-an, Roger Kasparian membuat kali pertamanya. Beliau juga turut serta dalam pameran ini. Tokoh-tokoh yang anda kenali seperti The Beatles, the Rolling Stones, Edith Piaf dan Serge Gainsbourg boleh dilihat di pameran ini.


Bengkel pembuatan roti 
Pelajari cara membuat roti mengikut gaya Perancis daripada pakar pembakar roti Master Bakers of PAUL, selaku duta seni art de vivre Perancis.


Sehubungan itu, edisi kali ini berhasrat melibatkan ramai rakyat Malaysia untuk mengalami dan menghayati budaya Perancis.

Menurut penyelaras kebudayaan festival dari Alliance Française Kuala Lumpur, Julie Loffi, “Tahun ini akan kami bawakan sesuatu yang boleh menarik minat rakyat Malaysi melalui lima deria, iaitu penglihatan, bunyi, rasa, bau dan sentuhan sempena penyertaan aktiviti-aktiviti budaya Perancis yang kami anjurkan.

“Kami telah meleluaskan beberapa aktiviti yang dijalankan di LFF2020. Bagi acara Art de Vivre kami berkolaborasi dengan pembuat minyak wangi terkenal Perancis, yang akan membawa kita ke pengembaraan wangian eksotik Perancis yang kagumi. Selain itu, kita teranjak kembara muzik yang menyerlahkan kepelbagaian gaya muzik Perancis dari klasik ke romantik, untuk pengalaman yang mengujakan… sesuatu yang menarik dari hasil kolaborasi antara Malaysia dan Perancis,” tambahnya lagi

Untuk maklumat lanjut mengenai Le French Festival 2020:

Laman web rasmi: www.lefrenchfestival.com.my

Laman Facebook rasmi: facebook.com/lefrenchfestivalmy

Laman Instagram rasmi: @lefrenchfestival_my

#lefrenchfestivalmy #lefrenchfestivalmy2020 #lffkl


Sukarelawan, tempahan (acara merasa, dll), pertanyaan am: info@lefrenchfestival.com.my / +60 3-2694 7880

Alliance Française de Kuala Lumpur

Laman web rasmi: www.alliancefrancaise.org.my

Laman Facebook rasmi: facebook.com/AllianceFrancaisedeKL

Laman Instagram rasmi: @alliancefrancaisedekl

No. telefon: +603-2694 7880


1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com