Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

17 February 2020

Pilih T-shirt Boxy.my Untuk Aktiviti Riadah Dan Senaman

Assalamualaikum dan hai,

Hujung minggu anda buat apa kat rumah? Qiss rajinkan diri untuk berjogging petang-petang hari. Qiss pilih nak berjogging kat Taman Tasik Cempaka kat Bandar Baru Bangi. Seronok dan ramai juga orang kat sini. Cuaca agak panas dan mujurlah Qiss gunakan baju t-shirt microfiber lengan panjang dari Boxy.my.

Microfiber round neck long sleeves
t-shirt dark violet dari Boxy.my


Ciri-ciri t-shirt lengan panjang

Selalunya Qiss rajin berlari dan masuk Fun Run. Jadi Qiss suka bila dapat t-shirt yang selesa untuk berlari cuma kebanyakan t-shirt fun run tu lengan pendek.

Sebab nak juga t-shirt microfiber tapi lengan panjang, Qiss jumpa laman web BOXY ni dan banyak rupanya pilihan warna untuk microfiber round neck long sleeves t-shirt ni.

Sangat selesa untuk buat pelbagai aktiviti
riadah tanpa perlu risau aurat terdedah
Selesa dengan t-shirt ni dan Qiss mampu melakukan aktiviti riadah tanpa perlu risau baju terselak. Yang penting perlulah pilih saiz baju yang betul kan.

Jom tengok pilihan warna yang ada untuk microfiber round neck longsleeves t-shirt boxy ni:

Forest Green 

Black

Navy

Royal Blue

Maroon

Red

Turquoise Blue

Grey

Khaki

Dark Violet



Kalau anda lihat warna Dark Violet ni warna yang terbaru untuk t-shirt microfiber round neck long sleeves ni kan. Jadi Qiss dengan lajunya order sebab berkenan pula dengan warna tu.

T-shirt ini merupakan plain t-shirt dan tidak mempunyai corak. Boleh digayakan dengan tudung bercorak mahupun tudung plain.

Keselesaan menjadi pilihan

Qiss pilih material kain microfiber ni sebab kainnya tak panas, menyerap peluh dan longgar. Selain itu baju ini juga amat ringan dan senang untuk dijaga.

Qiss pakai saiz M dan saiz paling besar ialah 3XL. Boleh semak carta saiz sebelum beli ya. Saiz M ni ngam-ngam dengan saiz Qiss.


Carta ukuran baju microfiber round
neck long sleeves t-shirt 

Carta ini mengikut ukuran orang Asia dan saiz M amat padan dengan Qiss dan agak selesa.

Harga sehelai t-shirt ini ialah RM27 dan sekarang tengah promosi dengan harga RM14.90 sahaja. Berbaloi untuk anda tambah koleksi baju untuk bersukan dan beriadah tiap pagi dan petang.



Kod Kupon Diskaun

Sebelum buat pembelian tu kita bajet dulu berapa helai kita nak beli sebab Boxy ada bagi kupon diskaun bila kita beli banyak.

Pembelian RM20 ke atas, akan dapat diskaun RM1, RM100 akan dapat diskaun RM5 dan seterusnya. Cuma anda perlu masukkan kod kupon semasa hendak buat pemesanan.


Selain t-shirt microfiber long sleeve ni, BOXY turut mempunyai pelbagai lagi pilihan baju t-shirt seperti Polo dan cotton t-shirt.  Bergantung kepada pilihan dan keselesaan anda.

Penghantaran Cepat

Selalunya Qiss kalau beli barang online Qiss memang suka kalau barang yang dibeli tu sampai cepat tanpa perlu menunggu lama. Pembelian di Boxy.my sangat mudah dan amat cepat, dalam masa sehari je barang dah sampai.

Kalau ada pertanyaan, Qiss terus hubungi customer service mereka dan layanan yang diterima juga sangat baik.

Untuk maklumat lanjut dan membuat pembelian, boleh layari:

Laman web: 

15 comments:

  1. Eh kaler tshirt kita samalah. Baju ni memang selesa. Suka sangat

    ReplyDelete
  2. Sekali nengok Sis suka akan colornya, sebab purple is my peberet color hehehe.. dan keduanya sangat selesa tengok Qiss pakai laa..serap peluh nampaknya tu...

    ReplyDelete
  3. wahh warna green tu cantik. betul, baju beli apa yang kita selesa dan sesuai dengan kita. barulah bebas untuk buat aktiviti kan

    follower here #93

    ReplyDelete
  4. Cantek tshirt ni. Bila pakai pun nampak selesa dan simple

    ReplyDelete
  5. Menario baju dia.. Baju mcm ni pakai untuk hari biasa atau buat aktovoti dengan anak menarik.. Buat jalan pun boleh kalau pandai padankan.. Material pun nampak ok

    ReplyDelete
  6. Cutting baju dia kemaslah. Suka baju macam ni. Kalau keluar gi mana2 marina memang prefer baju macam ni

    ReplyDelete
  7. Memang best t-shirt Boxy ni. Mai pun ada warna maroon hehe. Pakai masa bersukan, memang selesa. Kain pun sedap

    ReplyDelete
  8. memang cantiklah, selesa. kalau buat aktiviti outdoor memang sesuai sangat la camni gayanya

    ReplyDelete
  9. Finding a shirt to exercise always a struggle for me. Thanks for the recommendation! 😆

    ReplyDelete
  10. thanks sharing tshirt lengan panjang yang bagus dipakai masa riadah nanti.

    ReplyDelete
  11. Ala 3XL jer ker kita tak muat lah hehehe cantik tengok t-shirt ini memang nampak kemas dan juga bagus kalau pakai bukan sahaja untuk bersuka tapi nak berjalan pun bagus ni selesa...

    ReplyDelete
  12. Ramai juga yg rekomen t shirt ni ya.... mesti best dipakai tu...

    ReplyDelete
  13. nampak selesa ya. bolehlah beli nnti. harga pun brrpatutan. terima kasih share ya

    ReplyDelete
  14. suka sbb ada bnyk pilihan warna pastu size pun pelbagai juga,., best ni! nk beli shirt leps ni mudahlah.,.. order online je terus

    ReplyDelete
  15. Material dia selesa eh qis? Nampak macam selesa je tu. Kalau material dia okay boleh la beli jugak.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com