Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

27 February 2020

Buang Tahi Lalat Hidup Dan Bulu Halus Di Bahagian Muka Guna Kaedah Laser Di Toscana Mediclinic

Zaman moden sekarang menawarkan perkhidmatan kecantikan dari segi rawatan canggih. Tanpa perlu pembedahan major kita mampu menjadi cantik.

Baru-baru ni Qiss berkesempatan ke Toscana Mediclinic bagi rawatan buang bulu halus di muka, menegangkan kulit muka dan membuang sel kulit mati serta membuang tahi lalat hidup di bawah mata dengan menggunakan kaedah Fotona Laser.

Khidmat Konsultan

Sebelum memulakan rawatan, Dr. Lashela yang merupakan doktor aestetik bagi Toscana Mediclinic akan memulakan sesi mengenalpasti masalah kulit yang  dihadapi oleh pelanggan.

Konsultan oleh Dr. Lashela dari Toscana Mediclinic 
 Ini untuk memastikan pelanggan tahu jenis kulit, masalah yang dihadapi dan penyelesaian yang boleh Toscana Mediclinic berikan menerusi rawatan yang terdapat disini.

Rawatan Buang Bulu Halus Di Bahagian Muka

Jambang dan misai mungkin menjadi minpi ngeri bagi seorang perempuan. Atas sebab hormon lelaki yang tinggi, seorang perempuan mungkin menghadapi masalah memiliki bulu halus seperti jambang dan misai ini.

Rawatan buang bulu halus di bahagian muka

Bulu halus di bahagian muka juga menyebabkan tona warna kulit tidak sekata. Bagi menyelesaikan masalah ini, kaedah pembuangan bulu secara laser dengan menggunakan mesin Fotona Laser yamg merupakan teknologi terbaru mengurangkan kesan kemerahan pada kulit dan tidak menyakitkan.

Muka lebih bersih dan tona kulit lebih sekata

Fotona Fractional Rejuvenation


Mesin laser Fotona juga mampu mengembalikan keremajaan kulit muka. Kita hari-hari terdedah kepada persekitaran yang menyebabkan kulit muka menjadi kusam, kering dan kekurangan kolagen.

Rawatan Fotona Fractional Rejuvenation

Kaedah Fotona Fractional Rejuvenation ini merupakan kaedah laser tanpa rasa sakit dan tidak membuatkan kulit mengelupas dan kemerahan. Kaedah ini mengembalikan keremajaan kulit dengan penggunaan haba laser dibahagian dalam lapisan dermis bagi merangsang pembentukan kolagen baru. Barulah kulit kita akan kelihatan lebih segar dan awet muda.

Buang tahi lalat hidup

Punyai tahi lalat itu cantik dan menyerikan wajah. Tetapi ada jenis tahi lalat yang kian membesar dari sehari ke sehari. Qiss punya tahi lalat bawah mata ni makin lama makin besar sehingga mengganggu penglihatan mata.


Qiss ambil keputusan untuk buang terus tahi lalat ni. Prosesnya tidak lama dan masih menggunakan mesin laser yang sama dan tidak menyakitkan.



Nampak menakutkan tapi sebenarnya tak sakit pun. Tak sabar nak tengok hasilnya kan.


Gambar dibawah ini merupakan gambar selepas 2 hari rawatan, kulit muka agak cantik sebab tiada kemerahan melampau kesan dari laser. Di bahagian tahi lalat yang dibuang masih berbekas luka dan tak sabar nak tunjuk kat korang hasilnya nanti tanpa bekas luka tersebut.



Lagi 4 minggu akan pergi follow up sama ada masih ada akar tahi lalat tersebut ataupun tidak.

Selepas rawatan, pemilihan pencuci muka yang tidak berasid dan tidak mengandungi bahan pemutih amat penting untuk memastikan kulit tidak pedih. Tempat luka buang tahi lalat hidup tu kita sapukan aloe vera gel supaya cepat kering dan senang tanggal kulitnya nanti.

Hasil setelah buang tahi lalat hidup,
buang bulu halus kat muka dan
rawatan Fotona Fractional Rejuvenation.

Terdapat banyak lagi rawatan yang disediakan oleh Toscana Mediclinic dan harga rawatan sangat berpatutan.



Jadi bagi anda yang nak cuba rawatan kat sini memang Qiss syorkan sangat-sangat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Toscana Mediclinic, Publika Solaris
03-61438866
016-6088846
012-2912137

Waktu : 10 pagi - 7 petang

#toscanamediclinic #rawatanlaser #buangtahilalathidup #moleremovallaser
#fotonalaser
Reactions:

2 comments:

  1. kemain berseri sekarang ni ye..senang la dah ada tempat yang boleh buat semua tu

    ReplyDelete
  2. wow.. sekarang ni tahi lalat pun boleh buang erkk.. cantikkk..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com