Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

01 February 2020

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Assalamualaikum dan hai,

Kata orang, cantik saja tidak cukup tanpa memiliki daya intelektual yang tinggi. Namun bagi yang dikurniakan kedua-duanya ia diibaratkan bonus untuk menyerlahkan kekuatan diri. Ini diakui Dr Irma Shida Abu Samah, 40, apabila berpendapat kecantikan itu sesuatu yang subjektif dan perlu digunakan ke arah kebaikan.



“Mungkin pada kita nampak cantik pada orang lain tidak. Apa-apa pun saya sangat bersyukur jika ada mengatakan saya memiliki paras yang cantik. Ia kurniaan Allah, alhamdulillah,” katanya yang bertugas sebagai doktor gigi dan membuka klinik pergigian Irma Ariandi di Plaza Larkin, Johor Bahru.



Dibesarkan oleh nenek, anak sulung lima beradik ini banyak mewarisi keperibadian arwah nenek yang gemar berdandan. Tambah pula semasa zaman mudanya nenek yang juga seorang guru turut berkebolehan mengandam pengantin.
Dr Irma menjadi bahan uji kaji neneknya dalam solekan. Sifat suka berdandan dan bersolek ini terbawa-bawa dalam kehidupan sehingga dia dewasa.



Kini, produk DR. IRMA Skincare meluaskan rangkaian produk dengan memperkenalkan set LUNAGLOW yang akan dilancarkan suku pertama 2020. Dalam pada itu,  rangkaian penjagaan kulit DR. IRMA dikhususkan untuk jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi termasuk:

- Set RADIANT WHITE untuk keremajaan kulit dan antipenuaan (dalam proses eksport ke China)

- Set MIRACLE WHITE untuk antijeragat dan mengelakkan penggelapan kulit (dalam proses eksport ke China)



- Set RADIANT CLEAR untuk kulit berjerawat, whitehead & blackhead

- Set ANGEL WHITE utk kulit remaja , menutup pori-pori besar , dan berminyak. Sudah berjaya dieksport ke Indonesia dengan PT Sehat Cantik Djelita dan mempunyai izin edar BPOM Indonesia.

Bercerita lebih lanjut tentang produk baharu, LUNAGLOW, Dr. Irma memberitahu,  produk ini terdiri daripada set pencerahan kulit yang sangat efektif, menggunakan ekstrak manggis. LUNAGLOW.

Terdiri daripada FACIAL WASH (pencuci muka), ESSENCE (intipati) dan TINTED LOTION (losen) yang memberikan efek pencerahan kulit serta merta hingga tiga tona dengan sekali sapuan dan menegangkan kulit agar nampak 10 tahun lebih muda.

Istimewanya, harga produk ini sangat mampu milik  dan dijual pada harga bawah RM 45 sebagai hadiah DR. IRMA kepada pengguna setia produknya. Produk tetap pada kualiti paling tinggi, boleh digunakan oleh kulit sensitif.

“Sasaran saya agar LUNAGLOW dapat memasuki pasaran retail dan rak-rak farmasi dan kedai kecantikan ternama. Agar jenama DR. IRMA lebih berdaya saing dengan jenama popular di Malaysia,” katanya berkongsi sasaran produk sepanjang 2020.





Tambah Dr. Irma, penggunaan produk ini sangat mudah. Berikut merupakan cara penggunaan produk ini.

LUNAGLOW FACIAL WASH – picitkan ke telapak tangan, busakan denga air dan sapukan ke wajah secara membulat agar buih lembutnya membersihkan kulit tanpa mengeringkan. Senang dibilas dengan air



LUNAGLOW ESSENCE – sapukan dan tepukkan pada wajah selepas mencuci muka



LUNAGLOW TINTED LOTION – sapukan pada wajah secara menyeluruh setiap pagi untuk mendapat kulit 3 tona lebih cerah dengan serta merta



Dalam pada itu, LUNAGLOW hanya boleh didapati di kedai fizikal DR. IRMA SKINCARE di Plaza Larkin dan Galleria@kotaraya Johor Bahru, ataupun di atas talian dengan menghubungi 0189867511/ 0183865100.



INFO

Irma Shida binti Abu Samah, Doktor gigi berasal dari Johor Bahru, lulusan UKM. Mengusahakan klinik gigi sendiri iaitu Klinik Pergigian Irma Ariandi di Plaza Larkin dan pada masa yg sama  adalah Managing Director Irma Ariandi Global Sdn Bhd yang membawa jenama DR. IRMA

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com