Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

14 February 2020

Koleksi Terkini Jubah Dan Pakaian Muslimah MUNAWWAREEN 2020

MUNAWWAREEN Holdings Sdn Bhd melancarkan koleksi jubah dan pakaian muslimah untuk wanita Malaysia yang mementingkan kualiti, gaya, keselesaan dan pada masa yang sama, menepati kehendak-kehendak syarie.

Qiss sempat meluangkan masa ke
Majlis Pelancaran Busana Munawwareen 

Koleksi MUNAWWAREEN 2020 ini merupakan koleksi terkini dan kehadiran MUNAWWAREEN di pasaran adalah untuk menyemarakkkan lagi industri fesyen muslimah di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan lagi bakat dan rangkaian perniagaan di kalangan wanita moden Malaysia.

Puan Hajah Aliza Binti Abu Bakar, Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd
Gambar ihsan dari kitepunye.com

Munawwareen Holdings Sdn Bhd diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Binti Abu Bakar selaku Pengarah Urusan mengadakan kerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dan bakat bakat baharu dalam melahirkan koleksi terbaharu MUNAWWAREEN 2020.



Antara koleksi MUNAWWAREEN ialah:

Telekung LUXE

Didatangkan dengan perincian batu yang berbeza warna, terdapat tiga pilihan warna batu iaitu emas, hitam dan perak buat anda yang sukakan kelainan dan telekung yang ekslusif.

Telekung Luxe Munawwareen 

Material yang digunakan pula ialah Soft Italian Cotton di mana kainnya tidak panas malah sangat selesa digunakan untuk menunaikan solat. Dibahagian muka direka untuk memudahkan pemakaian telekung tanpa perlu penggunaan anak tudung.

Abaya/Jubah

Pemilihan warna koleksi abaya Munawwareen amat memikat hati pelanggan. Selain dari warna putih dan hitam terdapat juga beberapa warna lain.

Antara koleksi abaya/jubah Munawwareen


Rekaan abaya pula sangat ekslusif dan mampu menampilkan ciri-ciri muslimah yang patuh syariah. Koleksi abaya Munawwareen didatangkan dengan satu set baju dan tudung yang sepadan.


Sarung tangan ekslusif dari Munawwareen 

Ciri-ciri tudung pula mempunyai poket zip sembunyi dibahagian tengah tudung yang boleh digunakan untuk menyimpan buku doa kecil, barang perhiasan ketika mengambil wuduk dan juga telefon pintar.

Ciri tudung ini mampu mengelakkan kita dari tercicir barangan berharga ketika menunaikan solat.

Koleksi Travel Kit Umrah dan Haji

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai yang akan menyambut bulan Ramadan di Mekah dan Madinah sambil menunaikan umrah.


Set telekung, beg, sarung tangan menjadikan set ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Menarik tentang set ini ialah kain untuk telekung dijahit menjadi palazzo bagi memudahkan pergerakan semasa tawaf dan saie.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini, boleh dapatkan di:

Alamat:
Munawwareen beroperasi di No 72, Jalan Wangsa Delima 6, KLSC Pusat Bandar Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama juga MUNAWWAREEN akan mengadakan pameran koleksinya dan pusat jualan di St Mary Place, Jalan Tengah Kuala Lumpur.

Telefon: 
0123508118

Laman web: 

Facebook: 

Instagram:


1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com