Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 March 2020

Keunikan Taman Negeri Kenaboi Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan hai,

Kebosanan akibat melihat bangunan batu dan pencakar langit di bandar, Qiss ambil keputusan untuk turut serta dengan program #Back2Nature Perkampungan Media Tempatan dan Luar Negara pada 3-6 Mac bagi memperkenalkan tempat menarik sekitar Negeri Sembilan.



Alhamdulillah program berjalan lancar dan tahniah kepada penganjur iaitu Nadi Skill SB dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Semua peserta bermalam selama dua malam di Taman Negeri Kenaboi. Taman Negeri Kenaboi ini terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Sebelum ini Taman Negeri Kenaboi dikenali sebagai Taman Alam Liar, Jelebu. Keluasan Taman Negeri Kenaboi ini ialah 9,045 hektar. Besar kawasan dia dan paling menarik masih banyak tumbuhan dan unggas di sini. Qiss rasa bersyukur sangat sebab masih dapat merasa pengalaman hidup di hutan yang sukar nak dapat di Bandaraya Kuala Lumpur.

Aktiviti kat Taman Negeri Kenaboi ni memang banyak yang mencabar dan kena tidur dalam khemah tau. Jom teruskan baca aktiviti yang Qiss buat kat sini.

Berkhemah

Taman Negeri Kenaboi dibahagikan kepada 3 zon iaitu A,B dan C. Zon A merupakan bahagian Administrative di mana terletaknya pejabat dan dewan. Zon B pula ialah tapak perkhemahan. Kat sinilah para peserta akan berkhemah selama 2 malam. Zon C pula merupakan Taman Alam Liar yang bakal menempatkan tempat pemuliharaan Tapir dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN. Bagus juga kan sebab ramai orang tak pernah jumpa tapir, termasuklah Qiss sendiri.


Para peserta dibahagikan mengikut khemah masing-masing setelah makan tengah hari.
Ada pelbagai jenis khemah yang disediakan oleh pengurusan Taman Negeri Kenaboi ni. Qiss dapat satu khemah dengan Zandra dan Kak Ayue.


Masing-masing dah tak sabar nak letak barang dalam khemah dan teruskan aktiviti kedua. Selama tidur dalam khemah tiada apa-apa perkara yang tidak diigini berlaku kecuali anda akan dapat merasa dinginnya pada waktu malam dan bunyi unggas hutan menemani malam anda.


Demonstrasi memanjat pokok dan mengambil biji benih

Aktiviti kedua ini memperkenalkan kepada para peserta cara memanjat pokok dengan menggunakan tali dan peralatan yang bersesuaian.



Tujuan memanjat pokok ini adalah untuk mengambil biji benih pokok yang terdapat di atas pokok kerana biji benih ini adalah lebih baik daripada biji benih yang gugur ke tanah. Antara pokok yang dipanjat bagi mendapatkan biji benih ini ialah Pokok Meranti.


Air Terjun Lata Kijang

Air terjun Lata Kijang merupakan air terjun tertinggi di Negeri Sembilan. Dari tapak perkhemahan di Taman Negeri Kenaboi ke kawasan Air Terjun Lata Kijang agak jauh dan para peserta di bawa ke sana dengan menaiki pacuan empat roda.



Sebelum sampai ke kawasan air terjun peserta diturunkan di kawasan tinggi yang membolehkan para peserta melihat Gunung Kecil Hantu dan Gunung Besar Hantu.



Lepas buat tinjauan tu baru kami teruskan perjalanan ke Air Terjun Lata Kijang. Sampai je kat kawasan air terjun ni masing-masing sibuk main air. Seronok sebab air sungai yang sejuk dan bersih serta jernih.



Tak rugi kalau anda datang ke sini melihat keindahan air terjun dan juga tumbuhan hijau di sini.

Jeram Berungut

Beruntung Qiss sebab dah sampai kat sini. Walaupun kena meredah sungai 1 jam lebih untuk sampai kat kawasan jeram tapi memang puas hati sebab pemandangan cantik. Tambahan pula air sungai yang sangat jernih dan sejuk.


Tapi Qiss nak ingatkan kalau nak ke sini jangan sorang-sorang. Bawalah kawan atau mereka yang lebih berpengalaman sebab keadaan jeram yang agak dalam dan air yang deras amat berisiko tinggi bagi mereka yang tidak tahu selok belok jeram ni.

Pakej bagi anda yang ingin datang ke Jeram Berungut 

Ada masa nanti nak datang lagi sebab dah rindu Jeram Berungut.

Peserta program #Back2Nature bersama Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Jabatan Perikanan melepaskan 2000 anak ikan ke sungai


Kat Jeram Berungut ni Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bersama Jabatan Perikanan Negeri bersama para peserta #Back2Nature Perkampungan Media Tempatan dan Luar Negara bersama-sama melepaskan lebih 2000 ekor anak ikan lampam sungai dan Terbol ke sungai. Tujuannya agar ekosistem sungai dan alam kat Taman Negeri Kenaboi ni terpelihara.

Qiss bersama wakil media dari Jepun, Megumi bersama-sama melepaskan anak ikan ke sungai.




Survival Camp / Ikhtiar Hidup

Beruntung para peserta bila dapat mempelajari cara-cara ikhtiar hidup di dalam hutan. Qiss pun pertama kali tengok makanan selain pulut ataupun lemang dimasak menggunakan buluh.



Jadi kat sini Qiss dapat belajar cara-cara menghidupkan api sebagai sumber pemanasan badan bila tersesat dalam hutan sorang-sorang. Ada juga sesi mengenalpasti tumbuhan hutan yang boleh dimakan dan pokok yang boleh dijadikan peralatan memasak.






Selain itu, Qiss dapat juga melihat cara anyaman daun yang boleh dijadikan tempat berteduh sepanjang berada di hutan. Penerangan yang bagus daripada kakitangan yang terlibat dan ilmu ini akan dapat dipraktikan ketika masuk ke hutan pada masa akan datang.



Muka masing-masing dah kelaparan. Dapat juga makan lepas ke Jeram Berungut.






Water Tubing

Aktiviti santai petang hari kedua ni agak mencabar ye. Para peserta dikehendaki duduk diatas pelampung dan hanyut di dalam sungai bersebelahan tapak perkhemahan.


Yang paling mencabar bila air deras dan laju. Time ni kena ringankan badan dan angkat punggung kalau taknak sakit terlanggar batu. Memang seronok dan pengalaman paling berharga kat sini. Kelakar pun iye juga bila tengok aksi sorang-sorang kat sini. Hehee..


Segala usaha pemulihan dan pemuliharaan Taman Negeri Kenaboi memerlukan kerjasama dan bajet yang besar seperti yang dikatakan oleh Tuan Haji Saleh Bin Awaludin, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, "Sekiranya orang ramai hendak datang ke Taman Negeri Kenaboi Negeri Sembilan ini, mereka perlu memastikan mereka tidak membuat kerosakan kepada alam sekitar seperti membakar pokok dan membuang sampah merata-rata. 

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga sedang giat mempromosikan keunikan Taman Negeri Kenaboi serta eko pelancongan lain yang terdapat di Negeri Sembilan sebagai usaha menaikkan ekonomi masyarakat setempat dan mendapatkan sokongan dari orang Asli dan masyarakat untuk sama-sama menjaga hutan di Negeri Sembilan ini".

Semoga infrastruktur dan kemudahan di Taman Negeri Kenaboi dapat ditambah bagi kemudahan orang ramai berkhemah dan melakukan aktiviti di sini.

Bagi anda yang nak tengok gambar-gambar Qiss masa aktiviti mencabar dan menyeronokkan ni, boleh buat carian # atau tanda pagar ni di Instagram dan Facebook.
#Back2Nature
#HutanKitaNadiKita
#JPNNS
#DiscoverJelobu
#VM2020
#VisitMalaysia2020
#TamanNegeriKenaboi
#JeramBerungut
#LataKijang
#JeramToi
#TakeMeAnywhere

Gambar-gambar adalah dari Zandra, Zulhilmi, Zharif, Fareez, Fadzil, Pocket Production dan lain-lain. Terima kasih semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan pelbagai aktiviti menarik kat Taman Negeri Kenaboi Negeri Sembilan ni, boleh layari:

Laman web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan: http://forestry.ns.gov.my/index.php/my/


17 comments:

  1. Sayang sekali saat bermain water tubing hanya sekejap saja. However, aku Jadi kangen Taman Negeri Kenaboi, kangen kalian semua..

    ReplyDelete
  2. Perghh. Tengok mcm menarik je jeram berungut tu

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat rendam2 dalam air sungai yang sejukkkkkkkk

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa..nyaman dan tenang aje yaa..belum pernah sampai lagi Taman Negara..nanti lpas habis Covid19 ni nak juga laa bercuti di sini makan angin ...

    ReplyDelete
  5. comey nya nama..Taman Negara kenaboi, Negeri sembilan.. Bestnya tengok korang ber camping kat situ.. nak pulak tengok makan dalam buluh tu.. waaahhh sangat teruja kan! mesti salah satu kenangan indah kan pi situ

    ReplyDelete
  6. seronoknya aktiviti outdoor mcm ni... mandi air sungai ada air terjun.. camping..tapi best la masak dlam buluh.. 1st time tgk selain masak lemang la...hahahha.. boleh la gi sana dgn family nnt..

    ReplyDelete
  7. Masa tgh muda muda ini elok lah join program macam ini. Kak Fas dulu pun rajin malah masa buat story mengenai Lagenda Puteri Guning Ledang siap panjat Gunung Ledang dan redah bukit di Pulau Besar Melaka dimana khabarnya Puteri bertemu suaminya... ahamdullilah penulisan berepisod dalam Majalah Wanita berjaya memenangi Anugerah Kewartawanan Majalah Terbaik anjuran Institut Akhbar Malaysia..

    ReplyDelete
  8. Yayy selamat datang ke Negeri Sembilan yeaa Qiss and the geng hehee! Memang cantik dan menenangkan kan bila join aktiviti back to nature mcm tu. Qeela tak pernah lg ke Jeram Berungut tu, tp mmg nampk cantik dr gmbr Qiss tu. Seronok kan aktiviti2 tu semua 😁

    ReplyDelete
  9. cantiknya tempat ni..mmg meninggalkan pengalaman manis bila dapat bercuti ke tempat macam ni...dan air terjun tu sangat cantek

    ReplyDelete
  10. Bestnya tengok semua gambar Qis. Paling nak cuba tu Maggie dalam buluh tu. Macam sedap gilerrr je.

    ReplyDelete
  11. Bestnye pergi camping. Sejak kawen tak pernah gi camping. Masak makanan dalam buluh tu prngalaman paling menarik

    ReplyDelete
  12. Wah!!!!!! Nanti kena rancang trip ke sinie dgn member2 la. Dah lama x buat nature activity. Thank you for sharing your review ya. Btw, liked your pictures.

    ReplyDelete
  13. Wah bestnye buat aktiviti nature nie..negeri sembilan memang bznyak tempat menarik..aktiviti tubing tue best kan :))

    ReplyDelete
  14. Bestnya..macam2 aktiviti kat sini. boleh la nanti iena ajak kawan2 iena pergi sini

    ReplyDelete
  15. Astaga. Gambar2 Qiss nie buat Rawlins nak pergi dan mandi bawah air terjun tu. Bahagianya jika dapat menyelam dalam air yang bersih dan sejuk. Next trip sila khabar kat Rawlins ye: mana tau berkelapangan

    ReplyDelete
  16. thanks info sharing. lepas covid19 mesti ramai teruja nak ke tempat2 camni.

    ReplyDelete
  17. Bestnya lahai Taman Negeri Kenaboi N9 ni. Moga satu hari nabti dapat pergi back to nature dekat sini.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com