Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

12 March 2020

Glide Lubricants Minyak Pelincir Enjin Pilihan Ramai

Pemilik kereta dan motosikal pastinya mahu kenderaan yang mereka miliki berada dalam keadaan yang baik dan enjin yang optimum bagi mendapatkan perjalanan yang lancar.

Terdapat banyak minyak enjin di pasaran dan salah satunya keluaran Glide Technology Sdn Bhd. Glide Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat di bawah Glide Group yang telah ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.

Wajah baharu Glide Lubricants

Qiss berkesempatan ke acara perasmian "THE NEW GLIDE" yang telah diadakan pada 12 Mac 2020, bertempat di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO – Glide Technology Sdn Bhd.

CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO – Glide Technology Sdn Bhd

Turut memeriahkan majlis pelancaran ialah Ybhg Datin Zarita Azlin Bt Ibrahimn CFO – Glide Technology Sdn Bhd, Ybhg Dato’ Ahmad Husaini Bin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan Malaysia. Ybhg Encik Md Silmi Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Ybhg Laksamana Madya Maritim Dato’ Abu Bakar B Idris Timbalan Ketua Pengarah Logistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Ybhg Laksamana Muda Abu Bakar B Mohamed Ajis Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia.


Objektif acara ini adalah untuk memperkenalkan wajah baharu dan penambahan rangkaian produk Glide Lubricant.

BEYOND SAE 0W16 dan SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan.

Maxiglide Beyond SAE 0W16 dan SAE 0W20 menyediakan coating effect daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga(Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)


SAE SW30 API SP/SN PLUS (RC) dan SAE SW40 SN CF dikategorikan sebagai Maxiglide Beyond Series memberikan prestasi yang premium, diformulasikan daripada minyak asas fully synthetic dan bahan tambah yang berkualiti tinggi.

Minyak enjin ini beroperasi dengan baik terhadap semua jenis enjin pada suhu pelbagai dan menyediakan perlindungan dan pelinciran yang baik. Ia juga dapat mengurangkan kadar haus dan kadar pengoksidaan di dalam enjin. Sesuai digunakan untuk enjin gasolin dan pacuan empat roda enjin diesel.


Kini Glide Technology Sdn Bhd bekerjasama dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) bagi menyokong penyelidikan berkaitan dengan biodiesel.

Penyampaian sijil kepada pengedar Glide Lubricants

Terdapat lebih 13 pengedar utama Glide Lubricants seluruh negara dan anda boleh dapatkan minyak pelincir ini pada harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W16 API SP/SN PLUS iaitu RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W20 API SP/SN PLUS dengan harga RM170.00.

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari:

Laman Web:
https://www.glidetechnology.com.my/

Facebook :
https://www.facebook.com/glide.lubricants/


Instagram :
https://www.instagram.com/glide.lubricants/

#glidetechnology
#glidelubricants
#beyondexpectation
#glidewithUs
#newGlide2020

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com