Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

01 March 2020

Semarak Iftar Dorsett Grand Subang | Buffet Ramadan 2020

Lebih 90 menu di Buffet Ramadan Semarak Iftar yang bertempat di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang. Semarak Iftar akan diadakan dari 24 April hingga 23 Mei 2020 bermula 7.00 malam hingga 10.30 malam, harga untuk Dewasa RM138  seorang dan RM89 untuk kanak-kanak 6-12 tahun dan Senior Citizen 60 tahun ke atas.

Semarak Iftar Dorsett Grand Subang 

Pelbagai pilihan Kerabu dan Sambal sebagai pencicah untuk Keropok Sotong, Keropok Ikan, Keropok Sayur, Emping Malinja dan Papadom ada di sini.


Terazza Brasserie juga menyediakan masakan Melayu seperti Sup Ayam Cendawan,  Sup Tulang Kambing Berempah, Sup Pindang Ikan Merah, Chicken Yoke Chuk Soup, Chi Kut Teh Chicken Herbal Soup, Sup Singgang Ikan dan Sup Ayam Tom Yam.

Di bahagian luar Terazza Brasserie ada Sup Gear Box dan Sup Campur Utara sersa Roti Canai, Roti Telur,  Murtabak Ayam dan Roti John.


Masa tengah round dekat stall yang ada, Qiss nampak satu stall yang menghidangkan Nasi Mandy dengan Kambing Bakar. Memang Qiss rasa nasi Mandy ni.. SEDAP! rasa rempah dia tu. Daging kambing bakar pun tak liat. Ada juga Bubur Lambuk. Sinonim dengan bulan puasa ni kan. Tak lupa juga sate, nasi impit dan kuah kacang.




Ada juga stall Laksa Sarawak, Penang Prawn Noodle Soup, Laksa Johor, Laksa Kedah, Kelantanese Laksam dan Mee Soto Jawa.

Nasi Kukus, Ayam Goreng Berempah, Pajeri Nenas/Pajeri Terung dan Hati Ayam Goreng Sambal.


Bagi anda yang nak makan kat sini, kena cuba Nasi Tomato, Daging Rendang Tok, Gulai Kawah Kambing, Stir-fried Chicken with Dried Chilli Cashew Nut, Udang Masak Cili Api, Kai Lan Ikan Masin, Nasi Briyani Gam Sayur, Sambal Udang, Wok-fried Fresh Prawn Kong Poh, Kari Ikan Tenggiri, Kambing Kuzi, Braised Beef Ribeye with Mild Pepper Sauce dan banyak lagi.











Jangan lupa rasa kuih-muih kat sini. Ada Onde-Onde, Badak Berendam, Tapai Pulut dan Ubi, Pulut Panggang dan juga Bubur Pulut Hitam.


Cendol dan Ais Kacang



Diskaun untuk Early Bird. Dengan pembelian bermula 1 Mac sehingga 22 April 2020 hanyalah RM98 seorang dan mesti buat booking sebelum datang untuk berbuka.

Buffet Sahur

Buffet sahur istimewa dengan hanya RM78 seorang di Terazza Brasserie bermula 4.30 pagi hingga 5.30pagi.

Bagi pelanggan yang menginap di hotel boleh cuba promosi In-Room Sahur bermula dari 4.30 pagi to 5.30 pagi dengan harga  RM78 seorang dan order sebelum pukul 3.00 pagi.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:

Terazza Brasserie

Telefon: +603 5031 6060 EXT 1912

Email: bookfnb.subang@dorsetthotels.com.

Instagram: @dorsettgrandsubang

#SemarakIftar #DorsettDiscoveries #EatLikeALocal #GoodVibes #GoodEats #StayVibrant #VM2020 #VisitMalaysia2020 #DorsettGrandSubang #DorsettHospitality #DorsettHotels #Malaysia #SubangJaya #Ramadan #Iftar #BukaPuasa

1 comment:

  1. Ramadhan tiba... Ramadhan tiba.. Meriah lah dengan pelbagai juadah di bulan Ramadhan ni. Yummy!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com