Telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan kedua mempelai dengan penuh indah di Okad Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.
OKAD Event Space Bukit Jelutong |
Bertemakan Fairytale dalam taman, dewan dihias dengan bunga dan rama-rama. Sangat cantik dan mempesonakan semua tetamu yang hadir.
Upacara Memotong Kek |
Dewan ini baru sahaja dibuka pada Disember 2019 dan Majlis Resepsi Mukhriz dan Suzaeka merupakan majlis persandingan pertama yang diadakan di sini.
Anda boleh bayangkan betapa cantiknya hiasan dewan yang mengikut tema pengantin walaupun baru julung kali membuat majlis ini. Ini kerana kepakaran pihak pengurusan majlis OKAD sendiri yang telah berpengalaman dalam tatarias dewan.
Bilik Pengantin
Di dalam dewan turut disediakan bilik pengantin bagi memudahkan pengantin untuk bersiap dan OKAD Event Space turut menyediakan baju pengantin untuk disewa.
Bilik pengantin yang dinamakan Bidadari ini agak luas dan selesa.
Makanan
Sempat juga Qiss merasa makanan kat sini. Dihidangkan secara buffet pastinya Nasi Minyak dan lauk-pauk yang disediakan amat menyelerakan.
Di satu sudut yang lain pula ada meja kuih-muih dan makanan ala Barat serta pecal dan nasi impit.
Pakej
Selain dari majlis perkahwinan, Okad Event Space turut menyediakan sewa dewan serta pakej menarik yang mampu milik.
Antara pakej lain yang boleh diadakan di sini ialah:
💗 Pertunangan
💗 Akad Nikah
💗 Seminar
💗 Makan malam
💗 Sambutan Ulang Tahun
💗 Aqiqah
Serta....banyak lagi dan paling best kat sini, bajet pakej boleh custom mengikut anda punya bajet.
500 pax
Bronze RM 23,900
Silver RM 25,900
Gold RM 26,900
1000 pax
Bronze RM 29,900
Silver RM 32,900
Gold RM 34,900
OKAD Event Space turut mengadakan promosi bagi dewan ini dan untuk tempahan dewan dan pakej boleh hubungi
Az 012-686 4515
Hamidah 017-735 0117
Majidah 017-650 3436
Alamat:
OKAD Event Space
No. 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
Emel:
okad.my@gmail.com
Facebook : okadeventspace
Instagram : okad_event_space
Senarai vendor yang bekerjasama
Deco & Planner by Myj by Nabies
@myj_by_nabies
Dress by Myj By Nabies
@myj_by_nabies
Make-up by Nurul Shukor
@nurulshukor_official @queenxenddra_
Card Printing by GoodMAN PRINTING
@th3goodman
Video & Photography by Kuppifilm
@kuppifilm
Catering oleh zai seri gemilang.. @zai.srigemilang
Selawat pengantin oleh
@mh.hanafi
band oleh @lerumbaofficial
Lighting oleh
@warisanstudio_
Hall oleh okad event space
#okad #dewankahwin #bukitjelutong #akadnikah #jomkahwin #kahwinlahexpo #weddingdecor #weddingdress #weddingdaykl #pelaminkl #weddingmakeup #weddingkualalumpur
#okadeventspace
#eventspacemalaysia #shahalam
#pakejperkahwinan #openday
#weddfest
#wedding #weddingphotography #eventplannerkl #weddingideas #malaywedding #kualalumpurwedding
cantik juga vibee dewan ni.. glam nampak =)
ReplyDeletecantik hiasan dewan nii
ReplyDeleteDah tua gini teringin plak nak kawin ala fairytale gini hahahahahah..
ReplyDeleteTunggu laa turn anak nanti...tapi serius cantik snagat tempatnya..pakejnya pun berbaloi lee dengan servis yang disediakan kan...nampak sangat mewah ..
skarang byk space mcm ni disewakan utk buat majlis kawin...utk bakal2 pengantin bole la tgk tmpt ni..nice hiasan dewan tu
ReplyDeleteCantiknya dewan ni. Kalau area berdekatan boleh la usya dewan ni. Nak pakej yang mana kena dengan budget para pengantin.
ReplyDeletesenang kalau ambik pakej dewan yang sediakan semua service. bayar lebih pun tak pening nak pikir banyak benda
ReplyDeletecantiknya. tengok siapa lah pereka nya kan. by the way, good luck with the dewan majlis perkahwinan yang super b cantik serius. harga pun boleh tahan :)
ReplyDeletekahwin sekali dalam sehidup kan :)
Nice! lawa tempat ni nak buat majlis dan majlis lain. Bilik utk pengantin bersiap pun besar dan selesa. Kalau dah cantik deko macam ni mesti makanan dia pun tip top kan?
ReplyDeleteThis is beautiful. But I don't think I will be using this kind of theme and i am not a Malay. And I don't think I will kahwin anymore hahah! Thanks for sharing! Indeed, beautiful.
ReplyDeleteCantik decoration hall ni.. harga pun berpatutan.. apa lagi qis, cepat la booking utk wedding qis.. hehe
ReplyDeletesgt suka deko nyer. rama2 yg bergantungan tu, so sweet :)
ReplyDeletematching dgn bunga2an di sekeliling.
tone warna deko dewan pun sgt ada kelas. tone yg ekslusif.
terbaik la OKAD ni. kalau nak buat majlis yg sgt personal but ekslusif, sini sesuai, kan.
Cantik dewan dia and byk kemudahan dan pakej yg blh dipilih oleh bakal pengantin
ReplyDeleteDalam tempoh PKP sekrang ni sudah tentu sukar utk membuat tempahan waima tidak bole berkumpul ramai ramai.... kesian mrk yg dah rancang...
ReplyDeleteCantik dekorasi ni. .Banyak tempat sekrg nak buat majlis. Teringin nak kawin semula je.. Haha
ReplyDeleteMeriah juga majlis perkahwinan mereka ya di Okad ni. Nampak besar dan luas. Dekorasi pun nampak cantik dan mewah. Bolehlah promote pada kawan kawan yang nak buat majlis kahwin tak lama lagi ni. Suruh mereka datang survey Okad ni pulak
ReplyDeleteDah makin banyak ruangan sebegini kan. Rawlins suka sebab memudahkan pasangan mempelai, keluarga dan orang yang meraikan mereka - semua di satu ruangan je
ReplyDeleteCantikkan dewan dia. Suka tengok. Kalau nak adakan majlis yg lebih privasi dan esklusif akk syorkan di sini
ReplyDelete