Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

23 July 2020

Aktiviti Menarik Di Taman Burung Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hai semua,

Sejak PKPP ni banyak taman dan tempat awam telah dibuka semula untuk dilawati oleh pengunjung. Di Kuala Lumpur sendiri telah banyak tempat pelancongan dibuka bagi menaikkan ekonomi negara kita semula.

Taman Burung Kuala Lumpur
Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga ialah Taman Burung Kuala Lumpur. Taman burung ini terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 200 spesis burung dari dalam dan luar negara dengan jumlah 3000 ekor burung kesemuanya.



Taman Burung Kuala Lumpur mengadakan promosi pengurangan harga tiket bagi membolehkan orang ramai berkunjung ke taman burung ini dan promosi ini berlangsung sepanjang bulan Julai 2020.

Spesis burung menarik


Burung Enggang

Terdapat beberapa jenis spesis burung Enggang dan inilah kali pertama Qiss melihat burung Enggang secara dekat. Burung Enggang selalunya lebih banyak terdapat di kawasan Borneo.

Burung Enggang

Jadi pada anda yang ingin melihat burung Enggang, tak perlu pergi jauh. Hanya datang ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Black Swan

Black Swan yang ada di Taman Burung Kuala Lumpur ini sangat cantik.

Black Swan
Burung Undan

Pertama kali Qiss melihat burung undan yang tinggal berkelompok di atas pokok.

Burung Undan
Jadi bagi anda yang datang ke Taman Burung Kuala Lumpur, anda boleh jumpa pelbagai lagi spesis burung dan yang menariknya di Taman Burung Kuala Lumpur ini burung-burung bebas terbang ke sana sini.

Aktiviti menarik


Terdapat banyak aktiviti menarik dijalankan oleh Taman Burung Kuala Lumpur seperti:

Melihat Burung Enggang diberi makan - 11.30 pagi
Pengunjung berpeluang menyaksikan bagaimana kakitangan Taman Burung Kuala Lumpur memberi makan kepada burung Enggang di sini.

Lorries Feeding 10 pagi hingga 5 petang
Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman memberi makan kepada burung-burung kecil yang cantik dan comel di sini. Burung-burung ini akan berkumpul di atas tangan sambil makan.


Pertunjukan Burung 12.30 tengah hari dan 3.30 petang



Telatah dan gelagat comel burung kakak tua yang petah bercakap serta menyapa pengunjung di sini betul-betul mencuit hati. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi burung-burung ini.

Bergambar bersama burung

Taman Burung Kuala Lumpur

Pematuhan SOP PKPP di Taman Burung Kuala Lumpur


Sepanjang berada di taman burung ini Qiss tak perlu lagi risau sebab terdapatnya poster peringatan untuk para pengunjung supaya menjaga jarak antara satu sama lain dan juga peringatan membasuh tangan menggunakan sabun selepas menyertai aktiviti yang dijalankan seperti memberi makan kepada burung dan bergambar dengan burung.





Bagi anda yang ingin datang membawa keluarga dan anak-anak ke sini dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Taman Burung Kuala Lumpur

Harga promosi tiket sekarang ialah:

Harga tiket Taman Burung Kuala Lumpur

Waktu operasi Taman Burung Kuala Lumpur ialah dari 9 pagi hingga 6 petang

Setelah penat berjalan di Taman Burung Kuala Lumpur ini perut terasa lapar mujurlah ada Restoran Hornbill yang terletak sebelah pintu masuk ke taman burung.

Melihat menu yang pelbagai betul-betul menarik minat Qiss untuk mencuba makanan kat sini. Saiz hidangan yang besar juga menjadi faktor ramai pengunjung yang bukan dari kalangan pengunjung taman burung makan di sini.

Jom tengok antara menu yang ada:

Mee goreng mamak style

Spaghetti Carbonara 

Chicken Chop

Rice with chicken curry

Seafood Aglio Olio
Jadi anda semua kena datang dan cuba menu kat sini. Semuanya sedap-sedap belaka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Burung Kuala Lumpur boleh layari:

Website

Instagram

3 comments:

  1. Bestnyaaa... nak juga masuk sini walau takde anak kecik, takpe one day, ku ajak le sapa-sapa nemannya hehehehe

    ReplyDelete
  2. bestnya, bagus untuk anak-anak nak membesar ni

    ReplyDelete
  3. Bestnya . Okey lah juga ada cafe , boleh rehat makan sekali .

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com