Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

11 July 2020

Pengeluar Racun Serangga No. 1 Di Jepun Teroka Pasaran Malaysia Dengan Enam Produk

Assalamualaikum dan hai,

Memiliki rumah tanpa serangan serangga memang diidamkan oleh semua orang. Bagi Qiss sekeluarga, pencegahan amat penting dalam mengawal serangan serangga di rumah. Qiss kerap menggunakan racun serangga dan pelbagai produk penjagaan rumah bagi mengelakkan terkena serangan serangga.

Kini, Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia. Jadi Qiss pun tak perlu risau kerana produk ini dapat membantu Qiss menjaga persekitaran rumah.

Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.


Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran.

Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini.   

Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah: 

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR
Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.

Penyembur Fabrik NATUCAIR

Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90

2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.

Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90

3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg.

ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60

4. Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap  

100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi.

Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap

Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90

5. Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand!

Perangkap Tikus Bergam ARS

Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90

6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur.
Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk.


Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH


Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.” 

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.

Sertai Peraduan EARTH HOME INSTATALENTS dan Menang Hadiah Menarik


Bermula dari 11 Julai hingga 31 Julai 2020, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai peraduan ini.

Langkah-langkah:

1. Post video atau gambar anda bersama produk Earth Home.

2. Sertakan tanda pagar/hashtag #earthhomemalaysia #earthhomeinstatalent

3. Tag 3 orang rakan anda dan@earthhomemalaysia

4. Set kan profil Instagram anda ke mod awam/public mode

Haa senang je kan nak menang hadiah tu. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Laman rasmi 

Facebook

Instagram 

1 comment:

  1. I nak join contest. 🙈 Nak menang baucar Aeon seribu ringgit. Hehehehe. Sambil2 pakai produk dia alang2 kan join. Mana tau rezeki.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com