Hari ni Qiss nak sembang santai dengan anda pasal pengalaman Qiss mula-mula pakai tudung.
Cerita menarik ni Qiss nak kongsikan sebab sebagai seorang perempuan mesti pernah terdetik hati bila mula-mula nak pakai tudung kan. Tidak kisah cepat atau lambat moga kita semua diberikan hidayah untuk bertudung satu hari nanti.
Kali Pertama Berhijab / Memakai Tudung
Qiss mula pakai tudung masa umur 12 tahun. Bila umur 12 tu masih sekolah rendah kan. Kawan lelaki sekelas Qiss tegur kalau awak pakai tudung lagi nampak cantik. Haa balik sekolah tu Qiss terus minta umi belikan tudung bawal untuk Qiss pakai kalau keluar rumah. Umi terkejut masa tu, betul ke kak nak pakai tudung. Qiss angguk jela sebab ada orang puji cantik. Haa sekarang dah betulkan niat bertudung tu untuk menutup aurat.
Alhamdulillah, Allah jentik hati Qiss seawal umur 12 tahun untuk bertudung melalui seorang kanak-kanak lelaki. Betapa bagusnya didikan mak ayah dia kan. Dia sendiri pun bagus sebab berani tegur Qiss bab tudung ni. Sampai sekarang Qiss masih berkawan dengan dia walaupun kami dah bawa haluan masing-masing.
Tapi sejak pakai tudung memang rasa taknak buka dah tudung. Kalau mandi kat laut pun masih bertudung. Bila pakai tudung ni rasa lebih selamat dan orang lebih hormat kat kita. Lelaki pun tak ada yang nak dekat dengan kita sebarangan.
Bila dah ada kerja sendiri Qiss mula cari tudung yang cantik-cantik dan sesuai dengan citarasa Qiss. Pernah juga Qiss pakai tudung terbaru keluaran jenama tempatan. Sampailah Qiss kenal jenama Shera Lee.
Selalu tengok kat laman web dan online sahaja. Tapi bila Shera buat open house Hari Raya Aidilfitri hari tu, dapatlah Qiss berjumpa dengan Founder Shera Lee sendiri dan tengok pelbagai jenis koleksi Shera Lee yang selama ni Qiss tengok online je. Haa teruja tengok warna dan corak tudung yang ada kat outlet Shera Lee.
Pengalaman Digayakan Hijab Oleh Shera Lee
Paling menarik masa open house Shera Lee kat outlet Shera Lee di Tamarind Square, Cyberjaya, Shera sempat membuat styling dan make over Qiss tau. Haaa gaya yang Shera buat sangat memenuhi citarasa Qiss.
Ni gaya Qiss sebelum di make over oleh Shera |
Menggunakan Satin Diamond berwarna Warm Violet. Pertama kali Qiss pakai shawl Satin Diamond ni tau. Rupanya senang nak digayakan. Jeng..jeng..jeng.. jom tengok Shera gayakan shawl Satin Diamond ni kat Qiss.
Shera dah mula untuk make over gaya tudung Qiss menggunakan Satin Diamond Warm Violet |
Cun tak? Cantik tak? Cantik kan.. Selalu kita gunakan tudung bawal je nak dapatkan tudung macam ni. Rupanya kalau guna Shawl Satin Diamond ni pun masih boleh digayakan ala-ala tudung bawal. Haa gitu..
Jom tengok video ni
Lepas ni boleh Qiss cuba gaya bawal gunakan Satin Diamond Shera Lee je. Cantik shawl dia dan kain pun lembut. Senang nak dibentuk dan digayakan. Banyak pilihan warna yang ada. Boleh beli secara online ataupun walk-in ke outlet Shera Lee di Tamarind Square, Cyberjaya.
Satin Diamond Shera Lee pelbagai warna dan pilihan yang ada. |
Pembukaan Semula Pushcart Shera Lee di Nu Sentral
Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada di Kuala Lumpur ada outlet Shera Lee ataupun tidak, bermula 1 Julai yang lalu, Shera Lee telah membuka semula pushcart mereka di Nu Sentral tetapi di pushcart ni hanya dijual tudung dan shawl yang defect ataupun tidak melepasi standard Quality Control Shera Lee. Jadi anda masih boleh dapatkan tudung Shera Lee pada harga yang lebih murah. Kebanyakan defect tak teruk sangat dan kadang-kadang tak perasan pun.
Bagi yang nak membeli secara online shawl dan tudung oleh Shera Lee boleh beli di laman web https://sheralee.my/
Cantik. 😍😍😍😍
ReplyDeletePengalaman yang bermakna tu..
ReplyDeletecantikk.. Salam kenal. done follow sini.
ReplyDeleteCantik sangat... Betul kata budak lelaki itu....
ReplyDeleteLain org lain rezeki dia Allah hntr kan. Hehe. Tantiknyaaaa iyeeeee
ReplyDeletesekarang lagi cantik..dah jumpa dpn2..")
ReplyDelete