Assalamualaikum dan hai semua,
Pejam celik, pejam celik dah sampai pertengahan Ramadan kan. Tak sangka betul. Selepas beberapa hari pembukaan Lulu Hypermarket Setia City Mall hari tu, Qiss sempat beli barangan untuk menyambut bulan Ramadan. Seronok sebab dapat berjimat masa tu. Banyak promosi yang menarik dan harga pun murah.
Kali ni dah tiba masa untuk membeli barangan persiapan raya dan menambah stok makanan untuk berbuka dan sahur. Menarik tentang promosi kali ini adalah Super Savers! Super Savers kali ini membawakan pelbagai jenis potongan harga menarik bagi barangan persiapan raya dan pelbagai.
Jualan Super Savers Lulu Hypermarket |
Kalau anda nak cari barang persiapan hari raya nanti boleh datang Lulu Hypermarket kat Setia City Mall ni sebab mulai 28 April hingga 5 Mei 2021 ni ada pelbagai promosi barangan yang menarik pada harga yang berpatutan. Jom tengok barangan ni. Ada pelbagai jenis barangan yang ditawarkan pada harga yang murah tau. Bukan setakat Lulu Hypermarket Setia Alam je, tapi Lulu Hypermarket Shamelin dan Lulu Hypermarket Kuala Lumpur turut ada promosi ini. Jadi jangan sedih-sedih kalau anda berada jauh dari Setia Alam tau. Boleh je pergi kedua-dua Lulu Hypermarket yang lain.
Lulu Hypermarket Super Savers, berbaloi beli pek ini untuk siapkan juadah berbuka dan bersahur. Harga promosi ialah RM9.99 sahaja |
Lulu Hypermarket Setia City Mall ni berkeluasan 150 000 kaki persegi, ada 3 tingkat semuanya. Tingkat paling bawah terletaknya barang makanan, minuman, barang kelengkapan dapur, pencuci pakaian dan pinggan mangkuk serta banyak lagi.
Tingkat kedua ada pakaian kanak-kanak, lelaki dan perempuan, barangan sukan, kasut dan pelbagai lagi.
Ada salah satu bahagian dipanggil LuLu Celebrate yang menjadi tarikan bakal pengantin untuk memilih pakaian di sini. Lebih kepada pakaian seperti saree dan churidar. Terdapat promosi menarik serta potongan harga bagi setiap barangan.
Tingkat ketiga ada barangan elektrik, cadar, barang perhiasan rumah, alat tulis, perabot dan pelbagai lagi.
Besar dan selesa sangat nak shopping kat sini kan. Nak pilih barang pun takdelah berebut.
Kalau tak sempat nak shopping kat pusat membeli-belah ni tak perlu risau sebab anda boleh membeli-belah secara online sahaja di
http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi boleh ke Facebook https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/
#LuLuSuperSavers #LuLuKL #LuLu1Shamelin
#LuLuSetiaCityMall #JomKeLuLu #RamadanSpecial #BeliOnline
@luluhypermarketkl
@luluhypermy
0 comments:
Post a Comment