Assalamualaikum dan hai,
Hari ni Qiss nak kongsikan pada anda satu restoran yang sedap yang perlu anda kunjungi di Central I-City, Shah Alam dan IOI City Mall, Putrajaya. Pelbagai menu menarik yang ada pastinya anda juga teruja untuk mencuba menu-menu di sini.
Menu sajian terbaru Restoran IndoAsli sempena Ramadan |
Jom tengok menu menarik dan baru daripada Restoran IndoAsli ni sempena Ramadan. Nanti boleh ajak keluarga berbuka puasa kat sini.
Menu pertama sebagai pembuka selera adalah Tempe Sira. Kerangupan ikan bilis, kacang, tahu goreng dan tempe yang disira dengan sambal membangkitkan selera untuk memulakan sesi makan. Semangkuk cukup untuk 4 orang makan berharga RM4.90.
Kemudian Qiss cuba Signature Menu di IndoAsli iaitu Tahu Telur. Sedap dan Qiss sukakan tekstur telur seperti sarang ni. Sesuai dimakan untuk 4 orang juga. Harga RM11.90.
Lauk-pauk hidangan utama dan sesuai dimakan bersama nasi menaikkan selera Qiss dan Qiss juga teruja nak cuba kesemua lauk-pauk ini.
Pertama, Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara. Ikan talapia digoreng rangup dan dihidangkan bersama 3 jenis sambal iaitu Sambal Balado, Sambal Ijo dan Madura Sauce. Ketiga-tiga sambal ini mempunyai rasa yang tersendiri. Harga untuk Ikan Talapia ini ialah RM39.90.
Cumi Bakar Jimbaran. Merupakan sotong bakar bersama rempah asli dari Indonesia dan dihidangkan bersama 2 jenis sambal. Harga RM35.80.
Ayam Bakar Sate saiz ayam yang besar tetapi tidak dicucuk dengan lidi. Dihidangkan bersama kuah sate yang cukup rasa. Anda kena cuba tau. Harganya ialah RM19.90.
Gulai Ayam Padang, rasa pedas cili padi dan dimasak bersama santan menjanjikan rasa enak buat penggemarnya. Harga RM16.90.
Rendang Kambing. Pertama kali mencuba rendang ni memang sedap dan isinya lembut. Suka rempah rendang asli Indonesia ni. Yang ni Qiss makan sorang sebab sedap sangat. Harga RM27.90.
Rendang Sapi. Suami Qiss suka rendang ni. Katanya cukup rasa dan daging sapi ni lembut je. Harga pun ok. RM22.90 sahaja tau.
Terung Raos Khas Bandung. Qiss kurang makan terung tapi menu Terung Raos Khas Bandung ni memang rangup dan dihidangkan bersama kuah sambal yang sedap. Harganya cuma RM11.90.
Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali. Qiss suka nasi ni sebab rempah dia, makan nasi sahaja pun sedap tapi kalau makan dengan ayam bakar percik Bali ni lagi lah sedap kan. Harganya RM25.90 sahaja.
Kemudian sebelum balik kita makan dulu pencuci mulut. Kat sini tak rugi cuba 2 jenis pencuci mulut terbaru iaitu Jeli Dalam Telur dan Popia Pisang.
Rasa jeli dalam kulit telur yang manis dan ada juga campuran jeli nata de coco menaikkan rasa dan pelengkap pencuci mulut ini. Turut dihidangkan bersama aiskrim vanila dan jem strawberry.
Bagi Qiss, Qiss suka pisang yang dibalut kulit popia kemudian digoreng dan dihidangkan bersama keju dan coklat. Memang sedap dan cukup rasa. Nanti boleh pergi makan lagi kat sini.
Bagi minuman pula, IndoAsli menyajikan minuman berasaskan avocado sebagai minuman terbaru mereka. Es Alpukat merupakan avocado yang diblend dan dihidangkan bersama coklat. Sedap dan kurang manis rasanya.
Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli pula sedap dan menghilangkan dahaga pada hari panas terik. Rasa avocado serta campuran strawberry dan aiskrim sangat menyelerakan.
Tak lupa juga yang terakhir sekali ialah minuman soda serai. Sedap dan rasa agak dingin dari daun pudina.
Jadi anda yang sedang membeli-belah masa bulan Ramadan nanti boleh la datang ke sini untuk berbuka puasa. Mesti teruja sangat-sangat nak cuba menu kat sini.
*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya
Untuk maklumat lanjut mengenai IndoAsli boleh ikuti laman sosial IndoAsli di:
Facebook:
Instagram:
Outlet:
IndoAsli Central i-City, Shah Alam
Lot LG-58
IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya Lot LG-36
0 comments:
Post a Comment