Assalamualaikum dan hai,
Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Dalam banyak-banyak tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga nanti, Qiss pilih untuk membawa keluarga berbuka di Me'nate. Me'nate yang terkenal dengan steak membuatkan pelanggan tidak sabar untuk menikmati menu juadah berbuka puasa di situ.
Kali ni Me'nate membawakan tema Western Mediterranean. Campuran pelbagai masakan barat dan Mediterranean menggamitkan rasa juadah berbuka puasa yang pastinya menarik pelanggan untuk mencuba dan merasa semua menu yang ada.
Walaupun masih mengekalkan hidangan secara buffet namun Me'nate sangat mementingkan penjarakkan fizikal serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.
Menu
Tidak lengkap rasanya kalau tiada menu steak jika ke Me'nate. Istimewanya kali ini terdapat hidangan Kambing Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi yang menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan yang meminati kambing panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang di goreng panas dan kuih-muih tempatan.
Jangan ketinggalan dengan masakan enak gabungan Western Mediterranean di Me'nate |
Pelbagai jenis pasta disediakan mengikut tema Western Mediterranean |
Kuih-muih dan pencuci mulut enak |
Harga
Pakej buffet ramadan kali ini sangat berbaloi, harga bagi dewasa ialah RM89.90 seorang dan RM49.90 untuk seorang kanak-kanak, manakala bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk setiap tempahan awal pihak Me’nate akan memberi potongan harga sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung terma dan syarat.
Sudah pastinya kita sebagai pelanggan tetap inginkan rasa yang sama seperti kebiasaan kan. Jadi, setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate. Mesti sedap kan.
Pakej
Ada juga pakej GROUP STEAK FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.
Jadi lebih berbaloi untuk makan bersama keluarga.
Produk Sejuk Beku MeatLab
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu jenama MeatLab yang boleh dijadikan hidangan berbuka atau bersahur bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Produk sejuk beku MeatLab dari Me'nate |
Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Me’nate juga ingin menjemput syarikat atau badan-badan Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini.
Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.
Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia antaranya Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johor Bahru dan hanya enam (6) sahaja cawangan yang menganjurkan Buffet Ramadan kecuali di Ampang yang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang. Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau bertanya tentang pakej yang di sediakan.
Pakej Buffet Ramadan • Pakej Group Steak • Ala Carte
• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347
Pakej Heavenly Beef/Lamb • Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte
• AMPANG +6016 8795 947
Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat. Jadi pelanggan dapat menunaikan ibadah solat dengan selesa selepas menikmati juadah berbuka puasa.
0 comments:
Post a Comment