Realisasikan penjimatan anda dalam kehidupan sebenar!
Pakar penghantaran pizza, Domino's Pizza Malaysia bekerjasama dengan jenama pakaian streetwear Malaysia yang terkenal, TNTCO, mencipta rangkaian pakaian Ultrapocket edisi terhad yang unik. Apa yang dilancarkan oleh kedua-dua jenama itu adalah gabungan sempurna kreativiti Domino’s dan kepakaran TNTCO dalam pakaian streetwear. Ini benar-benar menghidupkan visi penjimatan Domino’s sambil meneroka pelbagai aspek evolusi pakaian streetwear.
Sekiranya ada peluang untuk melihat penjimatan yang dapat anda kumpulkan, tafsiran Domino’s akan menjadi yang pertama seumpamanya! Keinginan untuk kegunaan harian dan “Everyday Value” jelas terbukti dengan barisan pilihan pakaian, memikat hati para pencinta piza dan peminat fesyen.
Bagaimana pula siri Ultrapocket dapat dikaitkan dengan Everyday Value? Janji Domino’s "It’s All About You" dan tawaran “Everyday Value” adalah untuk mengembangkan poket anda dengan penjimatan yang lebih banyak dan siri Ultrapocket merealisasikannya secara visual.
Siri ini terdiri dari T-shirt bersaiz besar hingga seluar ‘baggy’, serta jaket, pakaian edisi terhad dan aksesori seperti beg tote.
Kerjasama ini memperlihatkan usaha jangka panjang Domino’s untuk meringankan beban kewangan pengguna dengan memperluaskan dompet mereka dengan penjimatan yang luar biasa. Everyday Value adalah promosi yang sentiasa berlangsung yang menyediakan pelbagai tawaran nilai wang untuk dinikmati oleh pelanggan, dari pizza serendah RM5, DISKAUN 50% dan tawaran Beli 1 Percuma 2, untuk kedua-dua perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang – Domino’s mempunyai semuanya.
Tidak kira kumpulan besar, pasangan mahupun individu, Domino’s mampu memenuhi keperluan mereka dengan menyediakan set makanan yang berbeza untuk golongan kumpulan yang berbeza. Tawaran ini memberikan nilai yang baik untuk pelanggan, terutamanya apabila dinikmati dengan kumpulan besar di mana harga purata setiap orang hanya serendah RM 7. Ini adalah nilai simpanan yang telah disediakan oleh Domino’s untuk dimiliki bagi mengembangkan poket pelanggan mereka.
Menurut Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino's Pizza Malaysia & Singapura “Kami menghargai pelanggan kami dan kami yakin dengan matlamat kami. Kami tahu kami ingin mencipta sesuatu yang tidak dijangka. Kami yakin sudah tiba masanya untuk memberikan penjimatan yang berterusan kepada pelanggan secara visual melalui pengembangan poket yang menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua orang, sesuai dengan reka bentuk bersaiz ultra. Siri Ultrapocket dibuat untuk menunjukkan betapa banyak pelanggan kami dapat berjimat dari Domino’s dan bagaimana penjimatan terkumpul ini dapat mengembangkan poket mereka. Saya yakin pelanggan kami yang menikmati penjimatan luar biasa dari Everyday Value dapat memahami siri Ultrapocket ini."
"Walaupun pandemik ini telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan seharian kita, ianya turut memberikan impak yang sama kepada ekonomi. Berdasarkan sentimen pengguna, kami sentiasa mengkaji dan mengembangkan tawaran yang tidak boleh ditandingi untuk semua pencari nilai dan pengguna yang bijak di luar sana bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan bermakna. “Everyday Value” adalah usaha kami untuk memberikan nilai sebenar kami pada masa yang sama menunjukkan komitmen yang kami miliki untuk pelanggan kami dalam mengembangkan poket mereka dengan lebih banyak penjimatan. Ini adalah kempen yang melangkaui promosi kerana kami menggabungkan perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang yang kami yang lancar. Di kala fokus kami kekal jelas pada penjimatan yang kami ingin salurkan kembali ke dalam poket pelanggan kami, kami juga memastikan bahawa kualiti perkhidmatan dan produk kami tidak terganggu. Kami berpegang dengan janji kami “It’s All About You" dan kami percaya dalam memberi nilai wang sekaligus mengekalkan jaminan kepantasan, kemudahan dan keselamatan sepanjang perjalanan pelanggan dengan kami, "tambah Linda.
Sepanjang kempen ini, Domino’s memastikan untuk menggabungkan kaedah pesanan yang lancar melalui laman web dan platform aplikasi, dilengkapi dengan ciri khas penghantaran PERCUMA dan perkhidmatan bawa pulang Pandu Ambil.
“Koleksi streetwear adalah merupakan tren dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami menyerahkannya kepada pakar untuk menghidupkan idea kami. Saya secara peribadi terarik dengan reka bentuk, penampilan serta percaya idea pakaian poket besar akan memberikan tahap keyakinan dan kepercayaan pelanggan yang lebih tinggi dari segi harga dan nilai ketika menikmati produk dan perkhidmatan di Domino's” simpul Linda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Domino's Pizza Malaysia dan promosi yang sedang berlangsung, lawati http://www.dominos.com.my/. Ingin melihat reka bentuk poket besar? Layari laman web TNTCO di https://tntco.co/.
0 comments:
Post a Comment