Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 April 2021

Hadiah Bernilai RM100,000 Buat Pemenang Peraduan Makan & Menang Bagi Produk LengQuas

Assalamualaikum dan hai, 

Qiss ada berita gembira buat kawan-kawan yang suka masuk peraduan tu. Kali ni peraduan menarik bagi anda yang suka makan. Mudah dan senang je untuk turut serta.

Peraduan Makan & Menang Produk bagi produk LengQuas telah dilancarkan oleh En. Khairu Najhan Bin Zainuddin, Pengerusi Kopetro


Peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah dilancarkan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. 

Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO. 

Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.

“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.”

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.

KOPETRO juga menganjurkan peraduan bagi pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas untuk menggalakkan persaing8an dan menambah jumlah jualan.

Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.

Haa.. mesti anda tak sabar kan nak turut serta peraduan ni. Hadiah lebih RM100,000 untuk dimenangi tau.

Antara produk LengQuas yang mendapat tempat di hati pelanggan. Qiss pun suka juga. Qiss suka rendang ayam, ayam masak hitam, nasi beriyani ayam masak merah dan pelbagai lagi.

Kadang-kadang teringin nak makan tapi taknak masak dalam kuantiti banyak kuan. Jadi nak mudah, Qiss beli produk LengQuas ni simpan dalam peti sejuk. Nak makan, tebuk lubang sikit lepas tu masukkan dalam microwave.  Kemudian boleh terus makan. Dapur pun tak berkecah kan.

Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.

Butiran lanjut mengenai peraduan Kempen Makan & Menang, boleh didapati dengan melayari akaun media sosial LengQuas:

Facebook : @lengquas.official

Twitter : @lengquas

Instagram : @lengquas

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com