Assalamualaikum dan hai,
Sekarang Qiss sibuk buat persiapan untuk bulan puasa. Sekali pergi Giant, wahhh nampak ada perubahan pada logo dan uniform staff. Suka dengan logo Giant terbaru ni, nampak lagi ceria dan segar. Logo Giant masih mengekalkan warna hijau dan tulisan yang lebih mudah dibaca serta kemas.
Uniform Staff Giant Lebih Ceria |
Memandangkan Giant dekat dengan rumah, memang Qiss selalu pergi sini. Qiss suka sebab masa promosi memang harga murah dan selesa nak beli barang-barang dapur.
Qiss suka bahagian sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan kat Giant sebab semua segar-segar. Harga pun lebih murah dan berbaloi kalau beli kat sini. Qiss jenis suka tempat lapang dan selesa, tak suka bersesak-sesak masa membeli-belah. Jadi Giant memang pilihan Qiss setiap hujung minggu untuk beli barang keperluan rumah.
Kalau nak ikutkan bajet belanja Qiss akan ke bahagian Zon RM3, banyak juga barangan pada harga ni. Tinggal nak pilih je. Bukan setakat RM3 je, tapi ada juga RM1, RM2 dan beli barangan kat sini memang berbaloi tau.
Giant juga memperkenalkan lebih 2000 produk baru yang akan dijual di rangkaian pasaraya mereka.
Di Giant juga terdapat barang makanan yang didatangkan dari negara lain seperti Australia, New Zealand dan pelbagai lagi. Bagusnya bila makanan yang dipamerkan di rak ini sememangnya telah dijamin halal oleh Giant.
Wajah baru Giant juga menampilkan lebih banyak produk SME keluaran peniaga tempatan. Jadi lepas ni senang nak cari produk yang kita suka.
Giant memperkenalkan bahagian makanan sedia untuk dimakan, di bahagian ini terdapat produk bakeri seperti roti dan kek. Selalunya kalau kat bahagian ni memang Qiss akan ambil roti pizza dan juga kek coklat.
Boleh rambang mata kalau tengok promosi terbaru kat Giant ni. Bayangkan periuk ni hanya RM15 saja tau. Qiss nak beli buat hadiah kahwin kawan-kawan jela. Berbaloi-baloi.
Lepas ni nak beli make up atau keperluan penjagaan diri, boleh beli dalam Giant je sebab Guardian pun dah ada dalam Giant dan pembayaran pun di kaunter Giant. Haaa senang kan.
Jom membeli-belah di Giant dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah yang selesa dan ceria bersama Giant.
#GiantMY #NewGiantRebrand #NewGiant #GiantKotaDamansara
mudah gitu...tapi kalau kat Wangsa Maju pun buat gini mmg best la
ReplyDelete