Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

09 April 2021

Ayam Gangjeong Citarasa Korea Kini Di Marrybrown

Annyeonghaseyo!

Eh! Tiba-tiba lak Qiss cakap Korea. Bukan apa, Marrybrown ada menu baru tau. Masa dilancarkan hari tu terus Qiss ajak suami untuk cuba.

Ayam Gangjeong Marrybrown

Qiss dah lama teringin nak pergi Korea tapi belum berkesempatan lagi. Cuma selalu Qiss suka makan ayam sos Korea ni. Sedap-sedap. Pernah cuba masak sendiri tapi kadang tak jadi. Amatur masakan memang gini kan. Heheh..

Mujur Marrybrown adakan menu Korea ni diberi nama Ayam Gangjeong. Rasa ayam yang manis dan pedas daripada Marrybrown. Memang sedap! Rasa dia memang ngam dengan tekak orang Malaysia.

Walaupun masih di Malaysia tapi terubat juga rindu kita nak berjalan ke luar negara kan. Qiss suka Ayam Gangjeong ni sebab rasanya pasti akan menambat hati anda. Ayam Gangjeong ni disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. Korang kena cuba

● Gangjeong Rice Bowl Combo – harga dari RM11.90

● Gangjeong Burger Combo – harga dari RM15.90


● 2-pc Gangjeong Chicken Combo – harga dari RM17.90

● 3-pc Gangjeong Chicken Combo – harga dari RM21.90


● Gangjeong Box – harga dari RM25.80


Semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli. 

Bagi anda yang mahu menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat. 

Set kombo ini dilengkapi dengan Burger Gangjeong dan dua ketul Ayam Gangjeong, juga termasuk segelas Coca-Cola® Rasa Asli dan Potato Wedges, yang berharga RM 25.80. 

Bagi mereka yang “tidak lengkap tiada nasi” tawaran terbaru Marrybrown rice bowl sangat sesuai untuk anda. Bermula dengan harga RM 11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam.  

Pastinya korang akan teruja nak cuba menu-menu ni. Sedap sangat dan kenyang!

Ayam Gangjeong, hasil sentuhan inspirasi Korea dari Marrybrown telah dilancarkan pada 8 April 2021. Seiring dengan tagline something different selama 40 tahun, sekali lagi Marrybrown ingin membawa rakyat Malaysia alami dunia fenomena Korea dengan penangan makanannya yang pasti memenuhi citarasa anda.

"Walaupun kita harus menjalani norma baharu, kami tahu kebanyakan rakyat Malaysia sedang kancheong untuk melancong ke luar negara sambil menikmati makanan budaya lain. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, jangan Gangjeong! kita pasti akan mendapat peluang itu. Untuk itu, biarlah kami yang membawa kegembiraan kepada anda dengan memperkenalkan makanan daripada pelbagai pelusuk dunia yang anda rindu atau tidak pernah anda alami," Dato' Joshua berkata.

Marrybrown juga menawarkan peluang ekslusif kepada penggemar yang bersemangat untuk mendapatkan menu tersebut melalui pra-pesanan Shopee pada 4 April (4.4) yang telah jual lebih daripada 1,000 set hidangan pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my


#JanganGANGJEONG

#MBGangjeongChicken

#MarrybrownMY

#SomethingDifferent

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com